Bab 28

12.2K 614 10
                                    

Subhanallah. Betul ke apa yang aku lihat ni? Matanya terpaku dengan perubahan Husna Humaira yang agak drastik.

"Saya suka awak bertudung. Manis sangat. Sopan."

"Terima kasih. Alhamdulillah."

Jawapan Husna Humaira acuh tak acuh. Dia masih tidak mengerti apa yang Aiman Amzar mahukan sebenarnya. Dia cuba meraih kasih dari seorang lelaki, tidak pernah dibuat orang perempuan mengejar cinta lelaki tapi hasilnya tidak semanis yang diharapkan.

"Omg! You're so beautiful sayang. Haih. You dah berhijrah. I ni bila lah nak berhijab jugak kan?"

"Its okay Sarah. You can learn slowly."

Rayyan salah seorang lelaki yang terpukau dengan perubahan Husna Humaira. Dia mendekati Husna Humaira. Matanya tidak lepas dari memandang gadis rupawan di depannya.

I want her back. I dont care. Tekad Rayyan sambil senyum sinis. Aiman Amzar semakin susah untuk melepaskan wajah manis Husna Humaira yang bermain dimindanya.

"Dia buat hal lagi. Hilang lagi. Dah 2 minggu asyik hilang. Apebendalah yang dia buat agaknya?!" Getus Syahir.

"Awak memang tak tahu dia pergi mana ke? Rumah ibu ayah dia ke? Rumah kawan dia yang lain ke?" Tanya Husna Humaira.

"Dia mana ada kawan lain selain kita-kita je. Rumah ibu dia jarang dia balik. Saya syak dia memang ada sembunyikan sesuatu. Takpe. Saya cuba usaha cari tau." Kata Syahir dengan nada agak tegas.

"Saya bagi kamu ubat tahan sakit tak semestinya kamu boleh survive. Saya takut umur kamu tak panjang jika tidak melalukan pembedahan. Berdasarkan anggaran saya, kamu ada masa 2 bulan. Ketumbuhan semakin besar. Kami tak jamin boleh selamat, rata-rata pesakit sembuh seperti sedia kala selepas pembedahan."

"Saya taknak dibedah dokter. One more, dokter bukan Tuhan yang menentukan segalanya. Dokter cuma meramal. Selebihnya kerja Tuhan."

Aiman Amzar meninggalkan ruangan Dokter Vinod dengan perasaan agak kecewa. Dia merasakan Dokter Vinod agak keterlaluan. Suka hati meramal panjang umur ke tak?

"Dokter, saya Syahir kawan baik Aiman Amzar. Saya tahu saya tak sepatutnya melanggar privasi Dokter, tapi saya perlukan jawapan Dokter. Kawan saya pelik. Asyik hilang. Terkurung dalam bilik seorang diri. Hari ini saya ikut dia kesini. Boleh saya tahu ada apa dia jumpa Dokter?"

"Syahir, sebenarnya saya diminta untuk merahsiakan perkara ini. Aiman Amzar disahkan ada ketumbuhan di otak dan perlu dibedah dengan segera. Saya jangka masanya... masih ada 2 bulan lagi."

Ya Allah jadi inilah punca dia selalu hilang. 2 bulan lagi? Masa yang cukup singkat. Apa yang harus aku lakukan untuk membantu sahabatku.

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Syahir dengan nada agak kasar.

"Aku.. pergi rumah ibu. Haa rumah ibu." Bohong Aiman Amzar.

"Kau takpayah tutup lagi dari aku. Aku dah tahu semuanya. Kau pergi hospital tadi."

"Eh mana ada."

"Sampai bila kau nak tipu aku? Kau ada masa lagi 2 bulan tau. Aku tak faham kenapa kau boleh mengalah tanpa usaha. Kau nak sangat mati ke? Fikirlah Aiman! Kalau kau takde ibu ayah macam mana? Kitaorang macam mana? Kau tak kesian kat Irdina? Dia masih kecik lagi. Kau mampu bayangkan dia kena hidup dengan tiada tempat bergantung lepas ayah kau takde nanti? Aku tak sangka kau seorang yang cepat mengalah. Kau loser!"

"Kau tak tahu ape-ape. Baik kau diamlah. Keputusan aku. Suka hati akulah."

"Hahahaha senang kau cakap? Kau tuh loser! Sebab tuh kau tak fikirkan orang lain. Kau tak fikirkan diri sendiri. Kau anak tak bertanggungjawab! Kau nak tinggalkan semua orang macam tu jeh?! Sekarang kau ambik borang nih! Kau pergi minta tanda tangan ibu ayah kau! Kau ambik sekarang!"

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now