"Eh tadikan masa i ontheway datang sini, i terserempak dengan Keysha and Rayyan. Dorang dating kat starbucks. Geli je tengok dorang peluk-peluk. Ergh! Keysha tu takde orang lain agaknya. Boyfriend you jugak dia nak caras."
"I tak pernah kisah pun Sarah. I dah tahu pun dorang ada hubungan. Lelaki macam Rayyan tu memang pakai buang jelah bagi i. Sampah."
"I respect you Maira, lagipun you kan ramai peminat. Just pilih je mana yang you nak."
Aiman Amzar POV
"Ibu... ayah marahkan Aiman lagi ke? Aiman ni menyusahkan ye ibu? Ayah macam tak sukakan Aiman je." tanya Aiman Amzar.
"Taklah, ayah bukan tak sukakan Aiman, dia cuma kecil hati Aiman taknak ikut cakap dia. Lupakan jelah. Nanti lama-lama ayah okay lah tu ye?" jelas Datin Mariah.
Aiman Amzar mengemas beg sekolahnya. Baju sekolah juga sudah siap digosok. Dia menarik nafas lega.
SMK SRI UTAMA
"Eh Keysha you dah siap kerja sekolah Sejarah?"
"Err belum lagi. I busylah semalam."
Eleh busy dating. Macam aku tak tahu. Menyampah aku.
"Cikgu Sejarah tak datang woi, apa lagi? Enjoylah!" jerit salah sorang pelajar.
Semua pelajar bersorak gembira. Lebih-lebih lagi pelajar yang tak sempat menyiapkan kerja sekolah. Kelas 5 Sains menjadi riuh. Semua pelajar membuat hal masing-masing. Suasana yang riuh tadi bertukar menjadi senyap bila Cikgu Wahyudin melibas rotan keramatnya pada pintu.
"Aiman, Husna jumpa saya sekarang," arah Cikgu Wahyudin.
"Habislah you Maira, entah-entah dia nak rotan you. Hahaha."Mulut jahat Keysha membuatkan Husna Humaira ingin saja menampar mukanya. Husna Humaira berjalan ke depan meninggalkan Aiman Amzar di belakang.
"Memandangkan Cikgu Sejarah kamu tak hadir. Saya nak kamu, Aiman mula membantu mengajar Husna. Husna Humaira tolong dengar cakap Aiman ye? Apa saja yang dia ajar, kamu fokus. Saya ada kelas sekarang. Satu jam lagi saya datang balik."
Cikgu Wahyudin keluar meninggalkan Aiman Amzar dan Husna Humaira berdua di pejabatnya.
Macam mana aku nak start ni? Nak ajar apa. Hish. Dia pun jeling aku je dari tadi. Pandang muka aku lagilah dia tak ingin.
"Okay, ada ape-ape soalan yang awak nak tanya? Saya boleh tunjukkan yang mana awak tak tahu." tegur Aiman Amzar perlahan.
"Kau takpayah nak pura-pura baik dengan aku. Aku tak ingin lah kau ajar aku. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan tegur aku!" tengking Husna Humaira.
Cikgu Wahyudin kembali menolak pintu pejabatnya selepas satu jam. Dia perasan Aiman Amzar mengulang kaji sendiri. Husna Humaira duduk diam saja.
"Ape masalah kamu berdua ni? Saya suruh belajar. Ape kamu buat sekarang ni? Husna, ape yang Aiman ajar kamu? Mentang-mentang saya takda korang boleh menipu saya?"
Masing-masing membatukan diri mendengar Cikgu Wahyudin marah.
"Oh masing-masing diam? Takpe saya check CCTV sekarang."
Terbeliak biji mata Husna Humaira. Pasti Cikgu Wahyudin akan tahu dia memarahi Aiman Amzar tadi. Nak taknak dia terpaksa mengaku sebelum Cikgu Wahyudin tahu.
"Cikgu, saya yang salah. Saya baru je kenal dia. Kami tak biasa lagi. Janggal lah cikgu,"
"Okay kalau macam tu, saya nak awak berdua mula berbual depan saya, sekarang."
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...