Bab 29

12.9K 651 3
                                    

Tingkap biliknya ditolak perlahan. Angin subuh mula menggelitik ketika dia bangun mengira usia harinya. Setitik embun mampu membasuh lukanya sepanjang musim.

"Aiman dah bersedia? Hari ini kita akan berhijrah ke London. Memulakan hidup baru selepas Aiman dibedah nanti."

Untuk beberapa saat, dibiarkan dirinya hanyut dalam kebisuan. Resah yang wujud mula ditepis jauh-jauh.

"Dah ibu. Aiman bersedia asalkan ada ibu, ayah and adik." Sepenggal senyuman terukir dibibirnya saat menjawab soalan ibunya.

Dia kembali mengimbas sekali lalu semua kenangannya bersama orang tersayang disini buat kali terakhir.

"Abang jangan risau. Adik dah buat buku skrap untuk abang. Kalau abang ditakdirkan hilang segala ingatan, buku ini akan membantu abang."

"Thanks adik. Abang takkan lupakan adik. Abang sayang adik."

*****************************

"Saya tahu awak sukakan Aiman tapi kenapa awak setuju nak tunang dengan Rayyan? Manusia paling awak benci, Husna."

"Salah ke keputusan saya? Aiman tak cintakan saya. Dia cuma permainkan saya. Dia lagi kaya dari saya. Selama ni dia tak ada perasaan apepun. Awak tak faham."

"Tak. Awak yang tak faham. Awak dengan dia dah kenal lama tau, awak tak dapat bezakan antara suka sebagai kawan dan suka sebagai kekasih? Awak salah. Dia sangat cintakan awak. Dia ada segalanya, tapi dia menolak. Dia meraih cinta awak dengan ikhlas Husna."

"Kenapa dia tak mengaku dia sukakan saya? Dia buat saya benci dia sejak akhir-akhir ini."

"Dia sakit Husna. Dia taknak bagi awak harapan. Dokter dah sahkan nyawanya tak lama. Dia taknak awak menahan derita dan kerinduan saat dia pergi nanti. Dia sengaja buat awak bencikan dia. Dia taknak dibedah. Dia memilih untuk mati dengan segala memori indah bersama kita semua. Kalau dibedah dia mungkin kehilangan ingatannya. Sekarang awak faham kan?"

"Kenapa awak tak pernah bagitahu hal yang sebenar Syahir?! Ya Allah. Saya dah lukakan hati dia dengan berita saya akan bertunang dengan orang lain, sementara dia? Sanggup sakit menyimpan semua kenangan bersama kita. Apa saya dah buat ni?"

Husna Humaira menangis meraung memeluk tubuh Sarah. Dia tidak berhenti menyalahkan diri sendiri. Enjin keretanya dihidupkan dan segera menuju ke KLIA. Harapannya moga sempat meminta maaf dan menatap wajah lembut Aiman Amzar untuk terakhir kali.

"Dah terlambat Husna, flight dia pukul 8.30 pagi. Lagi 5 minit Husna."

Setibanya di lapangan terbang, flight ke London sudah berlepas. Dia terlambat satu minit. Sebaknya menanggung perasaan bersalah.

"Dah Maira, you kena ikhlaskan dia. You tak salah. Remember what i said? Believe takdir and jodoh Maira. Kalau Allah dah takdirkan you untuk dia, lambat laun korang akan bersatu juga. InShaaAllah."

**************************

"Ibu, kalau operation ni gagal atau Aiman tak boleh ingat ape-ape lagi lepas ni, ibu janji yee ibu akan tetap kuat?"

Sebak Datin Mariah mendengar kata-kata terakhir anaknya sebelum ditolak masuk ke dalam ruang bedah.

Husna Humaira semacam dicengkam rasa bersalah yang amat sangat. Air mukanya melukis kepedihan yang maha dalam. Dia hanya mampu memanjatkan doa yang tulus untuk Aiman Amzar yang berada jauh darinya agar sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kekal tabah.

"Maira, mama tahu anak mama kuat. Sebulan lebih dia pergi namun Maira masih mendoakan untuk dia. Mama cuma berharap Allah satukan Maira and Aiman. Mama nak Maira bahagia."

Datuk Hamzah yang baru balik seperti orang tidak terurus. Datin Haliza mendapatkan suaminya yang seperti orang kehilangan sesuatu.

"Abang kenapa nih?"

"Daddy Rayyan tipu abang. Dia hantar anak dia untuk bertunang dengan Maira supaya projek besar jatuh ke tangan dia. Syarikat kita kalah Haliza. Syarikat kita hampir bankrup. Abang tak sangka... semua nih salah abang. Gadaikan anak sendiri dengan buaya. Papa minta maaf Maira. Salah papa. Papa lupa diri. Papa tak sedar papa dah tua. Perempuan tuh kikis duit papa. Ya Allah."

"Takpe papa, Alhamdulillah. Papa dah berubah. Maira bersyukur sangat Allah kembalikan papa Maira. Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Semua manusia pernah buat silap. Allah sayang papa sebab tuh dia bagi papa nampak kebusukkan orang aniaya papa. Maira nak kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Mencari redha Allah."

******************************

"Tak lama lagi Aiman dah nak habis belajar. Ternyata pilihan ayah hantar Aiman sambung belajar di Londol Bussiness School tepat."

"Yelah kan awak, saya masih teringat saat kita hampir kehilangan anak kita dulu."

Flashback

Lebih 3 jam menunggu di luar ruang bedah, kelibat Dokter Stephen masih belum kelihatan. Datin Mariah tidak berhenti membaca yassin berulangkali. Sungguh saat paling mendebarkan.

Sebaik Dokter Stephen memberikan khabar gembira mereka menarik nafas lega. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Flashback End

Aiman Amzar menguruskan AMRAN.CO HOLDING berpusat di luar negara. Fikirannya agak terganggu terkenangkan masa lalu. Wajah sahabatnya bermain difikiran.

"Excuse me Mr.Amzar? Mr.Amzar?"

Lamunannya terhenti ditegur pembantu peribadinya Alicia. Dia agak sibuk sejak memegang jawatan CEO syarikat ayahnya.

"Abang, abang meh sini kejap."

"Apedialah adik nih?"

"Hai Aiman! Kau apa khabar kat sana. Eh bila nak balik Malaysia. Kitaorang rindu tahu tak!"

Aiman Amzar berpura-pura tidak berapa mengenali mereka. Kepalanya digeleng sebagai tanda tidak mampu mengingati apa sahaja berkaitan sahabatnya.
"Takkan kau tak ingat kitaorang?"

Kepalanya digeleng lagi. Dia bohong demi mengusir segala keresahan berkaitan masa lalu.

"Takpelah kau tak ingat Aiman. Aku happy kau dah berjaya. Dah jadi CEO syarikat ayah kau pun. Afifah dah jadi peguam tau sekarang, minggu depan wedding dia. Dia jumpa jodoh di UITM masa belajar dulu . Thaqif busy jeh dengan klinik gigi dia baru bukak and dia dah tunang dengan Syira adik aku bulan lepas. Kau ingat tak? Aku uruskan syarikat daddy Sarah sebab Sarah busy jaga butik dia. InShaaAllah akan datang kitaorang dah rancang nak kahwin. One more, Husna? You still remember her? Dia dah kerja dengan papa dia sekarang and berita baiknya dia tak jadi tunang dengan Rayyan, family Rayyan ambik kesempatan je."

"Sorry i cant remember anything. I tried my best but... i really cant remember at all. I'm sorry.. what your name just now? Syahir? Okay. I'm sorry Syahir. InShaaAllah maybe we can meet one day."

"Abang ni jahatlah. Kenapa pura-pura tak ingat?! Abang ingatkan sebenarnya. Kesian Abang Syahir. Hish!"

*****************************

5 tahun sudah berlalu. Husna Humaira masih menunggu kehadiran pemilik hatinya kembali. Setiap hembusan nafas dilepaskan lembut. Rambutnya disikat perlahan.

Awak jangan pernah lupakan saya sebab saya takkan lupakan awak. Nama awak sentiasa tersemat di fikiran saya. Jaga diri bila saya tak lagi bersama awak. - Aiman Amzar

"Papa dah luluskan cuti Maira. So you're free for 2 weeks. Kesian Maira kerja keras tanpa cuti kan sebelum ini. Tapi! Haa ada tapi hehehe. Balik before cuti habis sebab Maira tahu mama and papa dah nak berangkat pergi menunaikan ibadah haji."

"Alright papa! Eh boss! Eh captain! Hahaha."

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now