Bab 8

12.5K 653 1
                                    

"Korang masuk dalam lah cari ape yang patut, dalam sejam kita jumpa kat cafe sana. Aku belanja makan."

"Serious bro taknak masuk dalam? Haa yelah aku masuk dulu, jom Syira."

"Abang, adik nak ikut Kak Syira boleh? Nak beli pencuci muka. Dah habis."

"Ah adik nih mengada jelah. Pencuci muka nak buat apa, beli kertas pasir lah haha."

Irdina memuncungkan bibirnya lagi. Syira memujuknya menarik masuk ke dalam Mall. Aiman Amzar berdiri di luar menyandar pada kereta sport merah pemberian ayahnya. Dia tak terlalu teruja tapi dia rasa agak keterlaluan. Semua orang yang lalu di parking memandangnya lebih-lebih lagi gadis.

"Ini yang tak suka ni. Kalau tak kerana nak jaga hati ayah, taknak aku guna kereta ni. Malu aje orang tengok. Kenapalah aku boleh salah pakai baju ni semua." Rungut Aiman Amzar sendiri.

"Ohmygod! Tengok tuh Maira, hot guy! Ahh sumpah handsome gila. Tengok kereta dia Maira, mesti orang kaya ni babes."

"Handsome? Okaylah daripada Rayyan tak guna tu. Of course lah anak orang kaya, takkan lah anak orang miskin guna kereta Lotus."

Mata Husna Humaira tak berkedip memandang lelaki kaya tadi. Siapa agaknya dia ye?

"Alamak! Tu bukan ke... Husna Humaira dan Sarah! Ape dorang buat kat sini. Bukan dorang selalu lepak Pavillion ke, aduh kalau dorang perasan aku macam mana,"

Berpeluh-peluh dahi Aiman Amzar. Dia tak sangka akan terserempak dengan gadis kaya itu di sini. Dia segera berjalan laju ke cafe. Harapannya moga tak berjumpa dengan Husna Humaira lagi. Cuak dibuatnya!

"Haa korang pergi mana, lama aku tunggu tau. Budak debab? Dapat kertas pasir? Hahaha."

"Abang ni. Tunggu adik bagitahu ibu hmm."

"Dah pesanlah ape yang korang nak makan. Aku belanja kecuali budak debab ni, biar dia bayar sendiri sebab dia ni makan banyak,"

"Abang!"

"Sudahlah tu sakat adik kau Aiman, kesian dia. Debab dia pun comel. Aku suka ada adik macam dia ni. Comel."

Irdina menjelir lidah kepada abangnya. Pujian daripada Syira membuatkan dia bangga. Dia merasa terbela.

"Maira, tengok tuh! That guy. Lelaki kaya tadi. Dia tengah makan kat depan tulah. Omg! Seriously i want him. You tak tergoda tengok dia? I tengok reaksi you biasa je."

Husna Humaira mempedulikan Sarah. Dia segera memesan makanan dan minuman. Sementara menunggu, dia mencuri pandang kepada lelaki kaya tadi. Hatinya ingin tahu siapa agaknya lelaki itu, perasaannya mengatakan dia sudah lama mengenali lelaki itu.

"Haa kantoi you perhatikan lelaki kaya tadi kan. Haa mengaku cepat. Mengaku. I tahulah you dah jatuh hati pada dia kan?"

Sarah terdiam bila Husna Humaira membuat jelingan maut padanya. Dia tahu kalau Husna Humaira menyampah, mata dia akan menjeling seperti itu. Segera dia senyap dan menukar topik perbualan.

"Dah makan-makan cepat, kesian ibu tunggu lama kat rumah. Mestu ibu risau."

Selesai makan Aiman Amzar mengeluarkan dompetnya untuk membayar bil makanan tadi. Inilah saatnya Husna Humaira melihat gambar IC lelaki tadi, namun hampa. Gambar IC ditutup dengan tangannya.

"Babes, ikut i. I nak follow lelaki tu. I nak tahu rumah dia kat mana."

Sarah senyum sinis. Tadi dia tak mahu mengaku, sekarang nak tahu rumah pula. Sarah ikutkan saja.

"Assalamualaikum, hello bro datang rumah aku sekarang, bawak Afifah sekali tau."

Panggilan telefon dimatikan. Aiman Amzar mahu Thaqif dan Afifah datang berjumpa dengan Syahir. Merapatkan lagi silaturrahim sesama Islam.

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now