"Hai papa awalnya papa balik harini" tegur Husna Humaira sambil mencium pipi Datuk Hamzah.
"Papa balik awal lah sayang, penat. Esok ada meeting lagi. Papa ingat papa nak rehat je harini. Nih kenapa tiba-tiba sambut papa nih, mesti ade ape-ape yang Maira nak kan?"
"Papa,papa,papa... emm Maira nak tukar design bilik Maira boleh tak? Bosanlah papa putih je semua. Maira nak katil lain daripada yang lain. Paling penting Maira nak tema warna pink and purple. Boleh tak papa?"
"Anything for you honey,"
"Yayyy! Maira sayang papa."
Datin Haliza memerhatikan gelagat dua beranak. Terbit rasa cemburu melihat anak gadisnya lebih rapat dengan suaminya berbanding dengan dia, ibu sendiri.
"Abang manjakan jelah anak abang sorang tu. Lama-lama naik lemak. Tengoklah tadi dia lansung tak pedulikan saya. Saya ni mama dia tau. Dia anggap saya macam tak wujud."
"Abang tak salahkan Maira bersikap macam tuh, awak yang sibuk dengan persatuan awak tuh. Saya tak kisah perabis duit untuk anak kesayangan saya, daripada habis duit belanja orang-orang pengikis,"
"Abang nak cakap kawan-kawan persatuan saya tuh pengikis lah?"
"Well you lebih mengenali perangai kawan-kawan you. Okaylah i nak mandi nak ajak Maira keluar shopping."
Husna Humaira membesar dengan kemewahan sehingga dia terlupa kadang-kadang dia telah menyinggungkan perasaan mamanya. Dia lebih rapat dengan papa sebab papa akan beri apa saja yang dia mahu.
"Papa you know what, kat sekolah kan ada budak baru. Ergh sumpah annoying gila. Berlagak suci tau papa. Dah lah nerd. Bencilah!" Husna Humaira melepaskan geram dengan menceritakan semuanya kepada Datuk Hamzah.
"Dah dah, relax sayang. Dah habis makan kan? Okay jom papa teman anak papa sorang nih shopping. Maira beli jeh ape yang Maira nak. Bagi lepas geram tuh." pujuk Datuk Hamzah.
Aiman Amzar POV
"Abang temankan adik beli buku latihan kat Pavi? Cikgu suruh buat latihan kat buku tu. Please abang... "
"Haa yelah, pergi siap 5 minit lagi abang tunggu kat bawah"
5 minit kemudian
"Nak pergi naik ape ni abang?"
"Kita naik bas okay tak?"
"Alah, dah pakai cantik-cantik naik bas? Taknaklah! Abang kan ade lesen. Bawaklah kereta ibu tu. Please abang..."
"Okaylah mak nenek. Membebel jeh"
Aiman Amzar menusuri jalan menuju ke Pavillion demi adiknya. Apa saja berkaitan pelajaran, Aiman Amzar pasti setuju. Dia menunggu di dalam kereta saja. Malas nak turun.
"Eh Afifah, cuba kau tengok siapa dalam kereta tu? Aiman lah weh!"
"Eh takkanlah Aiman naik kereta mewah macam tuh. Kan bapak dia kerja pasar malam jeh,"
"Hmm betul jugak. Takpelah esok kita tanya dia."
Thaqif dan Afifah yang juga dalam perjalanan menuju ke kedai buku terserempak dengan Aiman Amzar yang duduk selamba dalam kereta mewah. Pelbagai andaian bermain di fikiran mereka.
SMK SRI UTAMA
"Weh, semalam kau ade pergi mana-mana tak?" Thaqif menerjah Aiman Amzar yang duduk membaca nota di mejanya.
"Err... semalam aku...,"
"Eh kitaorang nampak kau kat Pavillion masa nak pergi beli buku. Kau duduk dalam kereta mewah. Kereta kau ke weh?" soal Afifah yang menginginkan penjelasan dengan apa yang dilihatnya semalam.
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...