Bab 24

12.2K 636 3
                                    

"Aku nak cari buku nota and alat tulis je"

"Aku rasa aku dah lengkap semuanya. Kau Syahir?"

"Aku pun dah siap semuanya."

Husna Humaira dan Sarah yang baru sampai terkocoh-kocoh berlari ke arah mereka. Sejuk mata Sarah melihat Syahir berpakaian kemas.

"Syahir teman i beli handbag baru boleh? Saya geramlah tengok koleksi beg Gucci terbaru tu,"

"Sarah, awak mesti dah ada banyak handbag kan? Saya tahu saya takde hak nak tegur awak tapi bukan ke lebih elok kalau awak simpan duit? Maybe untuk yuran belajar? Masa depan?"

"Hmm, saya teringin tapi... takpelah. Betul jugak cakap awak."

Anehnya gadis kaya itu boleh menerima nasihat dari seorang lelaki miskin. Aiman Amzar sempat mencuri pandang Husna Humaira di depan Sarah. Dia nampak berbeza hari ini. Pakaiannya sopan tidak sedikit pun menampakkan betis atau lengan. Cuma rambutnya saja dilepaskan terurai.

"Awak nampak cantik. Sopan harini." Tegur Aiman Amzar selamba.

Husna Humaira memandang muka lelaki di belakangnya, Aiman Amzar dengan tenang. Aiman Amzar redha jika dia ditengking. Dia cuma menyampaikan apa yang dirasakan betul.

"Terima kasih. Susah saya nak cari seluar panjang. Baju berlengan. Kebanyakkan baju saya dress singkat dan seksi."

Saya? Sebelum ini dia panggil 'aku' 'kau'. Aiman Amzar terus memberi semangat supaya Husna Humaira tidak mendedahkan lagi bahagian tubuhnya.

"Kalau macam tu lepas ni saya ingat, saya nak jual dress saya. Banyak jugak. Sarah, aunty you kan ada butik? Boleh you tolong jualkan semua dress singkat i? I pernah pakai sekali je, ada yang i belum pakai."

"Sure Maira, koleksi you pun mahal, kain bagus, designer hebat. I'm sure people will like it."

***************************

Husna Humaira menerpa papanya yang sedang menyiapkan fail-fail diatas meja kerja.

"Papa pernah jatuh cinta?"

"Pernah. Masa zaman universiti dulu papa jatuh cinta dengan seorang gadis ni tapi dia sebenarnya dia isteri orang. Lepas habis belajar, papa jumpa mama and we get married."

"Oh how sweet."

"Anak papa jatuh cinta ke? Dengan siapa?"

"Mana ada. Just asking lah. Err Maira tidur dulu lah. Esok kan hari pertama class Maira mula. Goodnight papa."

Pelik. Anak daranya pernah beritahu dia tak akan berkahwin. Sekarang? Tanya pasal cinta. Budak-budak.

*****************************

Today is the big and great day. Aiman Amzar mencapai tuala dan segera menyegarkan diri. Minyak wangi disemburnya sedikit. Pakaiannya lebih casual.

Sarah dah Husna Humaira menunggu di cafe. Kereta Saga milik Aiman Amzar lalu di depan mereka. Sarah tersengih seperti kerang busuk.

"Sorry lambat. Ni haa Aiman sibuk kemas rumahlah apelah. Macam balik class tak boleh kemas."

Husna Humaira tersengih mendengar rungutan Syahir. Aiman Amzar terlalu pembersih sehinggakan matanya tidak boleh melihat sekecil sampah sekali pun.

"Class start in one hour. So kita sarapan dulu lah." Arah Aiman Amzar.

Mereka makan dengan penuh berselera. Aiman Amzar kembali menatap wajah Husna Humaira yang segar dan pakaiannya juga sopan pagi ini.

"Oh sayang, i tak sangka kita akan jumpa kat sini lagi."

"Eh apa kau buat nih?!"

Tindakan Rayyan yang biadap mencium rambut Husna Humaira membuatkan darah Aiman Amzar mendidih. Ditahan kemarahannya agar tidak membuat masalah.

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now