Bab 14

11.7K 632 3
                                    

"Ergh kenapalah camping kena bangun subuh-subuh macam nih. Kalau kat rumah mesti papa kejut pukul 6 pagi. Hmmm."

Husna Humaira bangun mengambil tuala, pakaian dan alatan mandi yang lain menuju ke bilik air. Semua pelajar kelihatannya masih penat. Ada yang tersenguk sambil menunggu giliran masuk bilik air.

"Aaaa sejuknya!"

"Oi Maira, cepatlah sikit. Ingat you sorang je ke yang nak mandi."

Suara Sarah kedengaran di luar. Husna Humaira mula bergegas mandi dan keluar dari bilik air tadi. Dia merasa lebih segar sekarang. Aiman Amzar di surau menunggu untuk solat Subuh berjemaah sedangkan pelajar lain masih sibuk di khemah.

"Maira i nampak you seronok dengan kumpulan you? Dah lupa i ke?" Tegur Rayyan.

"Ape you ni? Dah sama kumpulan. Takkan i nak berdiri macam batu setiap kali dengan dorang. Eh pleaselah! Jangan sibuk. Pergi uruskan kumpulan you sana."

Rayyan semakin panas hati. Senang saja Husna Humaira marahkan dia. Dia semakin benci kepada Aiman Amzar.

"Selepas ini semua boleh berkumpul di kantin untuk sarapan pagi. Kita ada aktiviti lain harini."

Semua pelajar mengenakan kasut sukan dan tshirt biasa. Masing-masing bersedia untuk menghadapi cabaran. Semua dikalangan mereka mahu menjadi pemenang. Selepas bersarapan semua diarahkan berkumpul untuk senaman pagi.

"Harini aktiviti kita Water War. Game ini memerlukan kerjasama kumpulan anda semua. Setiap kumpulan akan diberi pistol air setiap sorang. Isi dengan air cat kat sana. Tembak ahli kumpulan lain untuk menyingkirkan mereka. Kumpulan mana ahlinya bertahan dan masih ramai ahli dikira pemenang. Faham?"

Semua pelajar bersorak gembira. Memang game yang menarik bagi lelaki. Pelajar perempuan hampa sedikit. Game pertama menyaksikan kumpulan lain dahulu. Pemenang game akan digandingkan dengan kumpulan Thaqif. Tiba giliran kumpulan Thaqif. Mereka lebih bijak mengatur strategi.

Kumpulan Thaqif tewas dengan kumpulan Rayyan. Kini Kumpulan Aiman Amzar akan berentap dengan kumpulan Rayyan. Masa yang tepat untuk Rayyan melaksanakan rancangan dendamnya.

"You better watchout bro! Your team is loser." Kata-kata yang mampu menjatuhkan pihak lawan dilemparkan oleh Rayyan kepada Aiman Amzar.

Dia sikit pun tidak gerun. Dia mampu mengawal rasa takutnya sejak akhir-akhir ini. Apa yang difikirannya hanyalah menobatkan kumpulannya sebagai pemenang. Kelebihan memihak kepada kumpulan Aiman Amzar yang dianggotai 4 orang lelaki.

Basah baju Husna Humaira ditembak. Dia sengaja dibiarkan dirinya supaya disingkirkan. Dia tidak suka permainan seperti ini. Hairannya Aiman Amzar seakan pandai mengelak bila ditembak Rayyan. Aiman Amzar menembak Keysha berkali-kali sehingga basah kuyup baju perempuan gatal itu.

"Hahahahahahaha padan muka! Rasakan kau. Haa gatal lagi hahahahaha. Kejap lagi scandal kau pulak basah kena tembak." Kegembiraan yang dilemparkan oleh Husna Humaira.

Sarah turut tergelak melihat kejadian lucu itu. Aiman Amzar tergelincir tiba-tiba.

"Alaa memang takkan menang punya group dengan si Nerd nih. Tak boleh pakai lansung!" Rungut Husna Humaira.

Aiman Amzar mengelak dengan pantas walaupun dia jatuh. Dia kembali berdiri dan mengacukan pistol air ke muka Rayyan seterusnya baju Rayyan berungkali. Habis muka dan baju Rayyan basah dek terkena cat warna merah. Seluruh pelajar disitu tergelak besar. Memang memalukan lelaki paling kacak dan popular di sekolah terpaksa melalui kejadian yang sangat memalukan. Sungguh memalukan!

"Oh. Gelakkan aku ye? Kau tunggu budak Nerd. Kau tunggu jer! Kau mainkan maruah aku." Dendam Rayyan di dalam hati dengan riak wajahnya yang cukup merah menahan geram.

Nerdy GuyWhere stories live. Discover now