"Oh you ada hubungan dengan perempuan tua tuh? Mak ayam you eh?"
Satu suara mematikan langkah mereka. Suara yang sangat dikenali. Sarah?! Tadi dah balik kan.
"Err, eh bukan mak ayam saya lah. Itu... itu..."
"Dahlah korang takpayah tipu i lagi. Korang ni sama. Ada sugar mummy."
"Saya boleh jelaskan Sarah. Itu ibu saya."
"Hah? Ibu you? You kata ibu you miskin. Rumah ni besar kot."
Aiman Amzar dan Syahir mati kutu. Satu alasan pun tidak terlintas di fikiran mereka saat ini. Mereka terpaksa beritahu hal yang sebenar.
"Okay, saya tipu awak. Saya bukan orang miskin. Tadi ibu kandung saya. Pemilik rumah nih ayah saya."
"You anak orang kaya Aiman?! Kenapa you tipu i? Kawan yang lain tahu ke hal ni?"
"Dorang semua dah tahu." Jawab Syahir.
"Jadi i dengan Maira jelah tak tahu. Haih. Takpelah... Hmm but jangan bagitahu Maira. Dia dalam proses berubah. I takut dia benci you terus."
****************************
"Hish macam manalah dia boleh fikir nak ngendap kita tadi. Haa kalau Husna tahu matilah aku!"
"Itulah kau nak sangat berahsia kan."
"Kau tak rasa pelik ke kenapa Maira hilangkan diri? Kelas tak datang, bagi salam takde yang jawab and call tak angkat. Aku rasa dia ada masalah keluarga."
"Ceh kau Aiman, poyo macam tahu sangat hahahaha."
Husna Humaira baring di katil. Biliknya persis bilik stor. Bersepah. Matanya bengkak. Puas menangis dengan apa yang jadi. Datin Mariah risau dengan keadaan anak gadisnya.
"Maira, sampai bila nak terkurung macam ni? Maira taknak pergi class ke?"
"Sampai lelaki tuh tinggalkan perempuan murahan dia."
"Maira janganlah macam nih. Tak baik, dia ayah kandung Maira."
"Habis dia buat macam tuh baiklah? Dia takde hati ke?"
Datin Haliza memeriksa sekali imbas handphone Husna Humaira. Beratus whatapps dari group. Berpuluh panggilan telefon yang tidak dijawab.
"Maira kena bangkit dan kuat. Mama pun sakit menelan semua ni, tapi mama kuatkan demi Maira. Mama mohon Maira kuat demi mama. Please sayang..."
Melihat wajah mamanya menahan sebak, Maira serba salah. Airmatanya diusap perlahan. Dia bertekad akan tidak akan lemah lagi demi mamanya.
*****************************
"Ya Allah finally! You muncul jugak. I risau tahu tak? I call you tak jawab."
Syahir menarik baju Sarah memberi isyarat supaya tidak gelojoh bertanya soalan bertubi-tubi. Kelihatan dia masih marah. Dia berjalan tanpa bercakap sepatah pun.
"Husna, kenapa bibir awak lebam ni?!"
"Takde apelah. Jatuh je."
"Ini bukan lebam jatuh. Tell me please?"
"Jangan kacau saya boleh tak? Saya taknak diganggu. Saya datang nak belajar dan terus balik."
Aneh hari ini Husna Humaira tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Memang ketara perubahan perangai Husna Humaira. Sarah pun tidak dilayan.
"Maira please tunggu! Kenapa you macam ni? Kitaorang ada buat salah ke dengan you?"
"I nak baliklah!"
YOU ARE READING
Nerdy Guy
Teen FictionHusna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasa...