BWM C7

5.6K 655 61
                                    

"Nak tidur kat sini dulu ke?"

Persoalan itu disoal oleh Taehyung yang sudah seperti cacing kepanasan. Sekejap-sekejap dadanya diurut perlahan. Entah perkara apa yang dirasa tidak sedap hati.

"Kau ni. Kan kita dah bincang haritu. Nak tidur satu dua hari kat sini. Kau dah lupa?" Seokjin menjawab.

"Ye mungkin. Mungkin aku lupa." Taehyung bersuara perlahan. Matanya melilau ke arah persekitaran sekelilingnya. Dia merasakan mereka diperhati.

"Kau ni kenapa, Tae?" Jungkook menegur sejak dari tadi melihat Taehyung seperti berada dalam ketakutan. Mendengarkan soalan Jungkook itu, semua mata terarah ke arah Taehyung.

"Tak.. tak ada apa." Taehyung tergeleng geleng.

Dia memalingkan wajahnya. Tidak mahu memandang rakan rakan. Bimbang ditanya yang bukan bukan.

Taehyung masih terasa lain. Dia pasti ada seseorang memerhatikan mereka dari arah yang dia sendiri tidak tahu. Matanya melilau ke arah syiling dan ke seluruh ruang tamu.

Matanya berhenti dan pandangannya tertancap ke arah sekujur tubuh yang sedang merangkak menaiki tangga. Rambut makhluk itu yang panjang mengurai hingga ke lantai tangga menyusur mengikut pergerakan.

Taehyung hilang kata kata. Makhluk menyerupai wanita itu masih merangkak perlahan menuju ke atas. Tidak semena mena, kepala wanita itu terpusing ke belakang dan mata hitamnya tajam menatap Taehyung secara mengejut.

"Argh!" Taehyung menyilangkan lengan menyembunyikan wajahnya. Kakinya ditendang tendang bagaikan mahu menolak apa sahaja yang ada di hadapan.

"Tae! Tae! Kau ni kenapa! Woi!" Hoseok melepaskan satu penampar berperisa pedas ke pipi Taehyung yang seperti dirasuk.

Taehyung tersedar. Dahinya berpeluh peluh. Dia memandang wajah rakannya satu persatu sebelum memandang semula ke arah tangga.

Wanita itu masih berada di situ. Tetapi sudah berdiri di atas balkoni ke bilik mereka berenam.

Taehyung berlawan mata dengan makhluk itu. Walaupun wajahnya tidak jelas tetapi senyuman dapat dilihat dari bibir pucat wanita itu.

"Tae, kau okay tak ni? Kenapa diam je?" Seokjin turut mengikut pandangan Taehyung. Namun dia tidak nampak apa apa yang mengejutkan.

"Tae?" Jimin turut memanggil dengan suara serak.

"#¥%&&*-+" Bibir makhluk berambut panjang mengurai itu terkumat kamit seperti bercakap sesuatu. Hanya Taehyung yang mendengar bahasa pelik yang disebutkan.

"Jimin!" Makhluk itu menjerit nama Jimin sebelum hilang seperti kepulan asap. Taehyung terkejut besar. Kenapa dengan Jimin? Kenapa dia sebut Jimin!

"Tae, kau.."

"Jimin! Jimin." Taehyung bangun dan pantas berpusu ke arah Jimin. Tangan lelaki itu digenggam erat. Wajah pucat akibat demam Jimin dipandang.

"Tae, Kim Taehyung, kau ni kenapa perangai macam ni, ha?" Jimin menyoal. Dia terus berasa tidak sedap apabila dipandang sebegitu oleh Taehyung.

"Jimin! Kau dengar sini baik baik. Kau kena kuat. Kalau kau rasa lain macam kau cakap dekat aku cepat cepat. Aku tak nak jadi apa apa dekat kau." Taehyung berkata laju.

"Aku just demam je lah." Jimin bersuara.

"Guys, sekarang aku rasa baik kita tidur. Sorang, tolong tidur dengan Jimin. Aku arahkan kau, Jungkook. Tidur dengan Jimin. Teman dia sampai esok. Dah pergi tidur cepat." Arah Taehyung.

Yang lain sudah tidak tahu mahu bercakap apa. Diikutkan sahaja arahan tiba tiba Taehyung itu. Mereka menuju ke bilik masing masing.

Namun, Namjoon yang paling belakang tiba tiba terduduk membuatkan mereka berhenti dan memandang ke arah Namjoon.

"Macam mana kau boleh jatuh ni? Meh aku tolong." Hoseok memapah Namjoon menaiki tangga.

Mereka menyambung langkah. Namjoon pula sedaya upaya menahan sakit yang tiba tiba menyengat di kakinya.

.
Hohoho sorry readers. Author dah lama tak update BWM. Hm, lagipun lagi dua minggu author nak SPM, gais. Maybe lagi slow nak update chapter baru. Harap bersabar ya gais..lobeu ya~

Be With Me [ Season 2 ]Where stories live. Discover now