Puan Park lantas membuka matanya apabila dia merasakan kereta berhenti dan enjin dimatikan. Dia memandang suaminya yang bergerak keluar sebelum pergi ke pintu tempat duduknya sekarang.
" Meh keluar. " Encik Park membukakan pintu untuk Puan Park.
Puan Park menyambut huluran tangan suaminya lalu turut keluar dari kereta.
" Eh biar saya bawak Jimin, awak tolong bukakan kunci pintu tu. " Halang Puan Park sebaik sahaja matanya menangkap tingkah laku Encik Park yang mahu mengeluarkan Park Jimin.
" Haa iyalah Tuan Puteri ku. " Seloroh Encik Park lalu membuka kunci seperti yang disuruh tadi.
Puan Park tersenyum senget. Tuan puteri lah sangat. Pandai sungguh makhluk ini berkata kata.
Jimin yang masih tidur diangkat berhati hati. Kadangnya dia merengek sekejap saat terasa tidurnya terganggu. Namun lena semula saat Puan Park bertindak menepuk lembut paha kecilnya.
" Yeobo, awak dah siapkan katil bayi untuk Jimin ke? Saya nak letakkan dia ni. " tanya Puan Park sambil melangkah ke arah tangga.
" Sudah. Saya letakkan dalam bilik kita macam yang awak mintak. " jawab Encik Park lalu mengikuti langkah isterinya.
Puan Park membuka pintu biliknya. Katil bayi berwarna biru lembut yang diletakkan di sebelah katil utama dipandang. Tempat beradu little chimchim dah siap!
" Comelnya anak omma tidur. " kata Puan Park setelah Jimin diletakkan di atas katil bayi.
" Iya, comel betul hero appa. " kata pula Encik Park.
Sejujurnya ada rasa bahagia saat suaminya berkata begitu. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya sudah patah apabila teringatkan kejadian di dalam kereta tadi.
" Awak dah makan? Saya sempat masak sebelum ambil awak tadi. Jom kita makan? " ajak Encik Park tiba tiba.
Puan Park hanya mengangguk, sekarang lebih baiklah dia buat seperti tiada apa yang berlaku.
Dia sudah mula merasakan yang dia akan berjauhan dengan anaknya nanti. Tak! Dia tak mahu!
Pause Flashback.
Jimin tersenyum walaupun kepalanya terasa sakit yang amat. Mimpi yang dialaminya sungguh dia tidak mahu bangun dari tidur.
Mungkin hanya dalam mimpi dia dapat merasakan kasih sayang ommanya. Ommanya yang selama ini dianggap perempuan tak guna. Silap dia.
Jimin menangis lagi. Tak sangka hidupnya dahulu seperti itu. Tak sangka juga ommanya yang lahirkan dia ke dunia hidup derita selama ini.
Kalaulah dia boleh ubah semuanya dalam mimpi tu, sungguh dia akan buat.
Kalau masa boleh diputarkan, dia tak akan percaya kata kata appanya. Appa yang selama ini dia kagum, hormat sebenarnya adalah manusia bertopengkan syaitan.
Kalau boleh dia nak mimpi tentang ommanya hari hari. Sebab dengan cara itu dia dapar merasakan diri bersama omma.
Ataupun ada cara lain..
Mati.
Flashback semula.
Sudah 3 hari sejak kepulangannya ke rumah, Encik Park melayannya dengan penuh semangat.
Puan Park tahu layanan itu ada maknanya. Dia hanya perlu tunggu bila lelaki itu mahu bertindak.
Park Jimin yang dipangkunya terjaga namun tidak menangis. Mata kecilnya agak terbuka dan memandang tepat ke muka Puan Park.
" Eh anak omma tengok omma ya? Baiknya Jimin omma ni tak nangis. "
" Tidurlah sayang, omma pun nak tidur juga. "
Puan Park menepuk nepuk paha anaknya sehingga anaknya tertidur semula.
Park Jimin yang sudah tidur diletakkan di dalam katil bayi. Sebaik sahaja dia mahu baring, terasa tekaknya kering.
Jug air yang diletakknya di atas meja bersebelahannya dipandang. Hmm sudah habis.
Terpaksalah dia menguatkan badannya yang masih lemah untuk ke dapur.
Pintu bilik dibuka lalu keluar dan menuju ke tangga. Dengan berhati hati dia turun menggunakan tangga. Tetapi langkahnya terhenti di tengah tengah tangga sebaik sahaja matanya terpandang Encik Park yang bertelefon membelakanginya.
Telinga ditajamkan.
" Untuk masa ni, saya akan layan perempuan tu dengan baik dulu. " kata Encik Park melalui telefon.
'Perempuan? Eh perempuan yang kau maksudkan tu ada nama. Isteri kau lagi!'
" Sayang.. sayang jangan risau. Berani dia nak lawan saya? Tak apa, apa apa pun kita tetap akan kahwin nanti. Sayang tunggu je."
Encik Park diam sejenak. Masih tidak perasan akan isterinya di belakang.
" Eh mestilah! " kata lelaki itu tiba tiba.
'Apa yang mesti?' Puan Park tertanya tanya.
" Mesti.. sayang kan suka budak budak. "
'Hm? Apa maksud diorang ni?'
" Iya sayang tak perlu nak risau, saya akan bawa juga Jimin dari sini. Jimin akan hidup dengan kita. "
Puan Park tersentak!
" Yeobo! Tolonglah.. saya izinkan awak kahwin dengan siapa yang awak nak. Tapi tolong jangan ambil anak saya. Tolong jangan ambil jimin. Biarkanlah saya hidup dengan anak saya. " air mata laju turun di pipinya
Encik Park terkejut dibuatnya. Lantas dia bangun dan berpaling memandang Puan Park yang sudah menangis.
" Tolonglah. Awak tak akan pisahkan saya dengan Jimin, kan? Awak tak akan buat kan? Jimin anak kita, yeobo.. " Puan Park masih merayu.
Encik Park diam namun mukanya tegang. Lantas dia melangkah keluar dari rumah. Entah ke mana yang mahu diperginya.
Puan Park panik melihat suaminya keluar. Apakah yang dia mahu lakukan?
" Awak.. jangan ambil anak saya.. saya mahukan Jimin. " Puan Park merayu lagi walaupun enjin kereta Encik Park sudah jauh kedengaran.
Puan Park lantas kembali ke dalam bilik dan Jimin diambil.
Jimin dipeluknya erat. Mujur Jimin seorang yang tidak banyak ragam. Dengan nangis yang ditahan, dahi Jimin diciumnya.
" Jimin.. Jimin janji ya tak tinggalkan omma.. "
Pause Flashback again.
Jimin mintak maaf, omma.
Jimin dah tinggalkan omma dulu.
~
Annyeonghaseyo readers! Sorry sebb lama bebenor tak updatenye ha. Wifi buat hal sejak bebrapa hari ni. Huhuhu ㅠㅠ sorry buat readers tunggu. SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY.
T^T T^T
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fanfic" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...