" kau ingat lagi tak aku siapa ? "
" ingat tak ? "
makhluk bernama Jungkook masih belum penat menanyakan soalan yang sama . beria ria dia mahu jawapan dari Jimin yang sedang merenungnya tajam . baginya , renungan Jimin itu adalah tanda bahawa dia tidak pasti akan identiti Jungkook padahal itu adalah renungan yang diberi oleh Jimin untuk menyabarkan dirinya dari terus menyepak Jungkook .
" aku tak lupa ingatan lah . dan aku masih ingat kau . kau seorang polis perangai tak serupa polis . kau kawan yang kuat mengarut , kuat menjerit , marah , nangis bila kau rindukan hyung kau . ok ? puas dengan jawapan aku ? " Jimin mengangkat keningnya ke arah Jungkook yang sudah mula tersenyum menampakkan gigi .
" warghh kau ingat aku lagi ! " tubuh Jimin terus didakapnya erat . sampai naik sesak Jimin dibuatnya .
" ish budak ni . kalau mati anak orang ni macam mana ? " Seokjin menarik tubuh Jungkook dari terus melekat pada Jimin . Jungkook tersengih sengih menayang giginya .
" mana Namjoon dan Woozi ? diorang tak nak datang tengok aku ke ? aku rindukan diorang jugak . " Jimin menyoal sebaik sahaja dia menyedari Namjoon dan Woozi tiada bersama mereka .
" kau ni , ada ke cakap diorang tak nak tengok kau . aku pasti diorang mesti tengah nangis kat sana nak tengok kau . diorang dah balik ke pusat tentera . payah nak mintak cuti . " terang Hoseok seterusnya membuatkan Jimin terangguk angguk faham .
" kau tak lapar ke , Jimin ? dah enam bulan kau tak makan ni . " Suga bersuara sambil menghulurkan bekas makanan yang berisi nasi dan beberapa jenis lauk ke arah Jimin .
" tak nak . kau tahu kan aku tak minat makanan kat hospital ? eii tak mau tak mau . " Jimin menggelengkan kepala beberapa kali .
" dont worry ma friendseu , nasi dan lauk ni Seokjin yang masakkan . dia tahu kau tak akan makan lauk hospital , jadi dia sempat masakkan lauk untuk kau sebelum datang ke sini . " ujar Hoseok .
serta merta wajah Jimin bertukar ceria . matanya berkilau tanda amat terharu dengan sikap penyayang Seokjin . bekas makanan yang tadinya ada di tangan Suga segera diambil . dibuka penutup dan sekali lagi matanya berkilau melihat pelbagai jenis lauk yang menyelerakan .
" gomawo Seokjin ah . " ucap Jimin kepada Seokjin . lantas dia menyuapkan satu sudu nasi ke dalam mulutnya .
" kau patut berterima kasih sekali pada aku . " ayat Suga membuatkan Jimin terhenti mengunyah . matanya bertembung dengan anak mata Suga .
" kenapa pulak ? "
" sebab beras yang nak dimasak jadi nasi ni , aku yang beli . " jelas Suga lalu memeluk tubuhnya .
" mengadanya kau . " belakang kepala Suga terus dicepuk Jungkook .
Jimin hanya tersengih melihat gelagat mereka . yang pasti , dia memang tengah lapar gila gila sebab macam yang Seokjin cakapkan , dia tidak makan selama enam bulan .
seminggu kemudian .
" dekat mana ni ? " Jimin yang kebingungan bertanya . sejak dibenarkan keluar dari hospital beberapa jam lepas , mereka terus membawanya ke satu tempat yang dia pasti bukannya rumah . dia memandang sekeliling , semuanya pokok pokok yang tinggi dan lebat daunnya . di hadapan pula terdapat satu laluan berbukit menuju ke arah yang dia sendiri tidak tahu .
" kami bawa kau ke sini , sebab kami nak tunaikan janji pada seseorang . kau ikut aje . okay ? " Suga menepuk bahu Jimin perlahan dan membantu lelaki itu untuk berjalan , memandangkan tubuh Jimin agak lemah sedikit .
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fanfiction" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...