end of Puan Park's POV
" mari ikut omma .. "
" omma akan sentiasa dengan kamu .. "
" Jimin anak yang baik . jadi ikut omma ya? "
" omma akan bawa kamu satu hari nanti . "
hampir setiap malam , Puan Park menghantui dan sering berbisik halus pada telinga anaknya sewaktu anak lelakinya itu tidur ataupun termenung . baginya , Jimin sudah menjadi anak yang degil . degil kerana tidak mahu memenuhi hasratnya untuk hidup bersama Jimin .
mahu sahaja dia meragut nyawa anaknya dengan kejam namun dia tidak sampai hati . jadi , dia akan buat perlahan lahan .
Puan Park sedar akan sesuatu iaitu sejak kejadian dia berjumpa dengan Jimin di dalam mimpi , Jimin asyik termenung dan berasa gelisah . sepertinya sedang menanggung masalah yang berat . sekali lagi Puan Park ternampak Jimin sedang termenung di tingkap biliknya . dia mengambil peluang itu untuk mendekati Jimin .
" Jimin , anak omma yang degil , malam ni omma datang ya ? tunggu omma ."
malam itu , Puan Park melihat Jimin berkelakuan pelik . dia mengajak kawan kawannya ke shopping mall untuk membeli barang . tetapi , di sebalik kelakuan Jimin itu , Puan Park tersenyum gembira . Jimin bahkan memberikan hadiah pada kawan kawannya tanpa pengetahuan mereka .
Puan Park menyedari kawan kawan Jimin seperti orang hilang nyawa . penat mungkin . jadi ini adalah waktu yang sesuai untuk menjalankan rancangannya . dia memasuki bilik Jimin dan terlihat anaknya sedang termenung di hadapan tingkap biliknya .
" Jimin .. "
Puan Park memunculkan dirinya di hadapan Jimin . ternyata Jimin tidak terkejut melihat kemunculannya . mata Jimin memandangnya sayu .
" ikut omma ."
" omma , tak bolehkah berhenti buat Jimin rasa gelisah ? omma menganggu Jimin sampai Jimin rasa Jimin tak akan lama dengan kawan kawan baik Jimin . sampai macam tu sekali ke omma nak bunuh Jimin hanya semata mata nak Jimin hidup dengan omma ?" rintih Jimin .
" memang Jimin tak akan lama dengan mereka . memang sampai macam ni omma akan buat sebab sayangkan Jimin . kali ni jangan degil . mari ikut omma! " mata Puan Park mencerlung tajam memandang Jimin yang jelas sekali seperti mahu menangis .
" omma, tolonglah maafkan Jimin . Jimin tak mahu ikut omma . tolonglah lepaskan Jimin . bukan ke Jimin tengah kerja ? om-omma tak kesiankan Jimin ?" air mata turun dari kelopak matanya .
" omma kesiankan Jimin , tapi bagaimana dengan omma ?"
Jimin terdiam . hidungnya merah kerana menangis . matanya dialihkan dari terus merenung mata Puan Park .
" Jimin minta maaf ."
" Omma pun minta maaf juga. "
serentak itu , pipi Jimin ditampar sehingga anaknya itu terjatuh di atas katilnya . pipi Jimin bergaris kerana terkena kuku panjang Puan Park . darah yang mengalir di luka panjang itu menitik dan mengotori cadar dan selimutnya ( Okay ya , nilah sebabnya kenapa katil Jimin penuh dengan darah . bukannya Jimin ni period ke full moon ke apa ya . aduhai author ingat lagi komen korang kat chapter tu . nak tergelak aje bila teringat . ada ke patut kata Jimin datang bulan xD ) . Puan Park yang sudah mula menangis menampar lagi pipi anaknya itu dan darah berhambur keluar dari mulutnya .
lengan Jimin dicengkam sehingga menimbulkan luka kerana kukunya . tubuh Jimin dihempaskan ke lantai . Puan Park meraung . hakikatnya, dia tidak sanggup melakukan perkara sebegitu pada anak kandungnya sendiri . Jimin dilihatnya sudah nyawa nyawa ikan . dipeluk tubuh Jimin sebelum menghilangkan diri dan membawa Jimin ke satu tempat .
Jimin yang sudah tidak menyedarkan diri itu diletakkan di lantai bilik yang ditujunya . ya , inilah bilik di mana dia membunuh dirinya sendiri . Puan Park mengumpul baju baju yang tidak terpakai yang sememngnya ada di bilik stor itu dan diikatnya seperti dibuatnya dahulu . hujung kain yang sudah menjadi panjang itu diikat di kipas siling manakala hujung kain yang satu lagi diikat di leher Jimin . ya , dia akan membunuh Jimin dengan caranya dahulu .
END OF FLASHBACK .
Sambung esok ya . mianhae sebab tak dapat taip panjang panjang .
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fanfiction" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...