Jimin perlahan-lahan membuka matanya yang terasa berat. Kepalanya sakit setelah dia menggerakkan kepalanya untuk melihat sekeliling. tempat itu agak asing bagi penglihatannya. Tempat yang dia sendiri tidak tahu.
Baru dia perasan akan keadaannya yang sebenar. Tubuhnya terdampar di atas lantai dengan tompokan darah di sekelilingnya. Lebih mengejutkannya ialah, lehernya diikat dengan agak longgar dengan kain panjang.
Jimin menggerrakkan anak matanya perlahan mengikuti kain panjang yang telah diikat hujungnya pada sesuatu yang berada di atas siling bilik.
Jimin terpana.
Hujung kain itu diikatkan di kipas siling.
Ini bermakna dirinya akan tergantung sekiranya suis on kipas ditekan dan berpusing.
" Tolong aku.. "
Jimin merintih sendiri. Wajah kawan kawannya bergilir muncul di fikiran.
Adakah disebabkan ini dia rasa tidak akan makan lagi masakan Seokjin? Atau patutlah dia terasa benar benar mahu membelikan mereka hadiah yang... terakhir?
Jimin sudah faham apa yang terjadi sekarang. Sebenarnya beberapa hari lepas, dia bermimpi akan sesuatu yang telah merungkaikan kehidupannya dahulu.
Flashback (mimpi Jimin)
Seorang wanita dan seorang lelaki sedang melayan televisyen di ruang tamu. Wanita itu tidak habis habis tersenyum sambil mengusap perutnya yang boyot.
" Anak omma.. tak sabar nak tengok muka comel kamu. " Ujar wanita itu pada kandungannya.
" Nanti muka anak omma mesti handsome macam papa. Kan, yeobo? " Wanita itu berpaling ke arah suaminya yang duduk di sebelah.
Namun pertanyaannya dibiarkan memandangkan suaminya itu sedang sibuk melayan telefon bimbitnya.
" Yeobo, saya tanya awak tadi. Awak buat apa tu? " Wanita itu mencuit paha suaminya.
" Ni haa. Orang pejabat inform pasal kerja. Kenapa? Awak tanya apa tadi? " Soal lelaki itu.
" Saya tanya, muka anak kita ni mesti handsome macam awak. Kan? " Wanita itu tersenyum.
" Oh? Handsome? Awak tahu dah ke anak kita ni yeoja ke namja? " Tanya si Suami.
" Iya. Firasat saya kuat kata saya kandung anak lelaki. " wanita itu memberitahunya.
Memang dia tidak sabar untuk melahirkan anaknya itu. Kalau diikutkan, masa yang ditetapkan oleh doktor sudah pun dekat. Tidak tahu sama ada lewat ataupun awal sahaja.
Dia membiarkan suaminya melayan telefon bimbitnya. Tidak mahu ganggu akan urusan kerja seperti yang diberitahunya tadi.
Matanya hanya lurus memandang televisyen dan tiba-tiba pinggangnya terasa sakit sedikit.
Wanita itu lantas mengengsot ke kanan dan pinggangnya dipegang. Fikirnya, hanya sakit pinggang biasa akibat penat.
Namun, sakitnya menjalar pula menyebabkan dia tidak tahan untuk menahan sakit itu. Dia yakin, masa untuk anaknya melihat bumi sudah tiba.
" Yeobo! Saya rasa anak kita dah nak keluar lah! Cepat bawa saya ke hospital! Aduh sakit ni! " wanita itu terus menggenggam bantal yang ada disebelah sambil cuba menahan sakit.
" Hah? Betul ke ni? Eh cepat cepat. Mari saya dukung. Kejap! Tahan dulu. Saya nak bukak pintu kereta. " kelam kabut suaminya berlari ke arah kereta sebelum berpatah balik ke isterinya.
Isterinya dikendong dan berhati hati ke kereta. Selepas menutup pintu, terus sahaja dia memecut ke hospital terdekat.
Lelaki itu menunggu di ruang tunggu. Memandangkan dia gerun untuk masuk bersama bagi memberi semangat kepada isterinya bersalin. Dia takut akan darah yang banyak.
Selama tiga jam wanita itu bertarung dengan nyawa sendiri bagi melahirkan satu lagi nyawa ke dunia. Akhirnya dia selamat melahirkan bayi yang cukup sifatnya.
" Encik, isteri dan anak encik dah selamat. Encik boleh terus ke wad yang isteri encik ditempatkan. Tahniah. " ujar doktor perempuan itu lalu meninggalkan lelaki itu tersenyum bahagia.
Dia lantas melangkah ke wad yang dinyatakan. Pintu ditarik dan matanya terus menyapa isterinya yang sedang mengendong bayi mereka.
" Wah anak papa. Betullah kata awak, anak kita lelaki. " lelaki itu kelihatan teruja lalu mengambil anaknya ke dalam dukungan.
" Comel kan anak kita? " Wanita itu mengukir senyuman.
" Comel sangat. Tengoklah siapa papanya. " lelaki itu berseloroh.
" Awak dah ada nama untuk anak kita? " tanya lelaki itu.
" Nama keluarga kita, dan.. saya berkenan dengan nama ni.. " wanita itu memandang suaminya yang turut memandangnya.
" Park Jimin! " Kata mereka serentak.
" Park Jimin, selamat lahir ke dunia. " lelaki itu terus mencium pipi anak lelakinya.
~
Mimpi ni ada sambungannya tau. Hehe mcm season 1 jgk tahu dari mimpi. Huehuehuehe ._.
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fanfiction" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...