BWM C19

4.9K 616 135
                                    

Semua menghembus nafas lega kerana persahabatan mereka bertambah erat sejak kejadian malu bertegur sapa yang berlangsung sejak beberapa hari dulu.

Semua dah macam biasa .

Gila-gila diorang .

Annoying Suga.

Dan tak lupa jugak,

Si bebel Seokjin.

" Apesal aku rasa tak sedap hati hah ?" Kata Hoseok lalu tangannya mengusap dada perlahan. Dari dia bangun tidur tadi, dia rasa akan ada sesuatu yang berlaku.

" Rilekslah. Jangan ikut perasaan sangat. Duduk. Tenang-tenang. " Namjoon bersuara.

Hoseok hanya membiarkan teguran Namjoon tadi bagaikan angin yang lalu. Sungguh dia tidak sedap hati akan sesuatu.

" Woi jom makan, Seokjin dan aku yang handsome ni dah siapkan makanan. Kalau korang makan, gerenti korang akan handsome macam aku yang sedia hands--" Satu bantal busuk tepat mengena muka Suga.

Taehyung yang membaling objek tadi tersengih bangga lalu cepat cepat ke dapur. Bimbang Suga bertukar menjadi raksasa yang boleh menumpaskan kehensemannya.

" Wah banyaknya lauk! " Jimin terlebih teruja apabila matanya menyapa beberapa jenis lauk yang tersedia di atas meja makan.

" Hehe tengoklah siapa masak.. "

" Aku jugak. " Seokjin memotong percakapan Suga membuatkan lelaki itu menarik muncung.

" Kenapa kau tak mention aku? Aku sampak nak hilang biji mata potong bawang tadi. Kau langsung tak hargai aku. " Rajuk Suga.

" Alahai, baik kau duduk dan makan elok elok. Ni memang kau masak sekali. Karang kau tak payah makan nanti. Kau duduk cepat. Aku ikat muncung kau tu nanti letak mercun roket. " Seokjin sudah bertukar kepada seorang omma yang kejam.

" Arraseo! Woozi, woozi nak apa? Hyung ambilkan. " Suga mengalah dan melabuhkan duduk disebelah adiknya.

" Yang tu lah. Nak sikit je. " Woozi lantas menunjukkan lauk yang dimahunya.

" Makan elok elok. " Pesan Suga sebelum Woozi menyuapkan nasi pertama ke dalam mulutnya.

" Sedapnya, Seokjin, Suga. Aku rasa macam dah tak dapat makan lagi makanan yang sedap macam ni. Haha terima kasih! " Ujar Jimin dengan raut wajah gembira.

" Uish, aku akan masak makanan yang lebih sedap lagi untuk kau dan yang lain. Bersama hamba aku, si lampu suluh tu. " Seloroh Seokjin.

" Seokjin hyung, Suga hyung kata dia akan cakar kereta Seokjin hyung kalau dia dipanggil macam tu lagi. " Pesan Woozi.

" Berani dia nak buat? Aku botakkan kepala dia nanti. " Ugut Seokjin pula.

" Berani dia botakkan? Aku buat kereta dia kena gigit dengan monyet. " Suga tak mengalah.

" Berani dia bawak monyet, aku buli adik dia nanti. "

" Berani dia buli adik aku? Aku--"

" Oi dah dah. Apa ni gaduh time makan. Aku tumbuk dua dua ekor sekali karang. " Pintas Namjoon dengan muka yang digarangkan.

" Mian. "

" Sawwry. "

"Eleh nak cakap omputih pun nak gedik gedik. " Seokjin bersuara lagi.

" Eh biarlah kita nak gedik gedik. Kita handsome. Boleh gedik gedik. Kau tak reti gedik, padan muka. " Suga membuat muka.

" Oi Karang aku sumbat budak dua orang ni dalam lokap. Aku nak makan dengan aman dan tenteram lah. " Jungkook pula menegur.

Be With Me [ Season 2 ]Where stories live. Discover now