Kalau dikirakan hari ini sudah masuk 4 hari aku tidak ke rumah melihat mereka oleh kerana aku menahan diri aku daripada ke sana . sejujurnya, aku masih teragak agak untuk membunuh Jimin demi untuk hidup bersama dia .
kadang kadang aku tekad .
kadang kadang aku teragak agak.
ah aku rindu Jimin .
dan sekarang aku tekad untuk tamatkan nyawa anak aku sendiri . aku harap roh lelaki berambut putih berpakaian uniform tu tak munculkan diri saat aku menjalankan tugas aku .
aku terbang masuk ke dalam rumah dan melihat mereka sedang bersembang . dan mata aku terpandang seorang lelaki yang asing bagi aku . siapa pulak ni ? aku hanya meneka dia ialah salah seorang kawan lama mereka yang hanya datang menziarah .
aku mendekati Jimin yang duduk di sebelah Namjoon . nampaknya Jimin sudah sihat dari demamnya. ini bermakna aku tak tambahkan rasa sakit yang akan dia alami .
tumpuan aku sedikit terganggu apabila terdengar pintu diketuk dan diikuti loceng ditekan berulang kali . dan aku lihat lelaki yang asing bagi aku tadi bangun sebelum tubuhnya hilang di balik dinding . mungkin mahu membuka pintu .
ah aku rasa inilah masanya .
perlahan lahan aku memeluk Jimin dari belakang . dan hanya beberapa inci tangan aku dapat memegang leher Jimin, suara seseorang mengejutkan aku .
" Oi. Kau nak apa hah? "
aku terus mengangkat muka . argh geramnya aku dengan orang yang ganggu apa yang aku buat . eh kejap ! dia nampak aku ?
" Dah. Pergi. Jangan ganggu dia. " sambung lelaki rambut berwarna hijau pudina . siapa pulak dia ni ?
muka macam roh lelaki rambut putih malam itu . kurang ajar pulak tu budak ni . dia boleh angkat tangan dan goyangkan lagak suruh aku pergi ?
" Oi kapas versi dua, kau cakap dengan Jimin macam tu? " Soal Seokjin. Membuatkan anak mata lelaki berambut hijau itu beralih pada Seokjin pula.
" Aku tak cakap dekat Jimin lah. Aku cakap kat ahjumma belakang dia tu. " Serentak lelaki itu menjawab, Jimin dengan hormatnya melompat ke atas Namjoon yang sememangnya duduk di sebelahnya.
Ah lelaki itu menganggu ! baik aku pergi jauh dulu .
tapi taklah jauh sangat aku pergi , cuma di tangga . aku nak tahu siapa lelaki yang tak takut langsung pada aku ni ?
dari jauh aku boleh dengar apa yang dibualkan. mata aku tajam memandang Jimin yang duduk rapat dengan Namjoon . terus aku rasa kasihan . anak aku takut .
" Aku malas hari ni. Esok lusa aku masuklah. Hmm Suga, kau tak ada appa omma ke? " Jungkook pula bertanya.
oh lelaki berambut hijau itu bernama Suga . aish nama pelik lagi .
Walaupun telinga aku dapat mendengar apa yang mereka bualkan, tapi mata aku tak dapat jauh dari tubuh Jimin . aku dapati dia masih ketakutan . aduh maafkan omma .
" Hehe dahlah. Aku nak masuk bilik. Mandi. Jumpa nanti. " kata Suga lalu bangun dari duduk. Anggukan dari member member barunya membuatkan Suga tersenyum. Dia melangkah masuk kebilik meninggalkan mereka yang sudah bersembang itu dan ini.
Aku tak berganjak . aku masih mahu memperhatikan Jimin .
" Oi ahjumma. Kenapa datang balik ni? Karang aku ambik rambut panjang kau ni pastu aku ikat kat pokok ada semut api, pastu aku bakar terus. Nak? " Bebel Suga kepada aku .
uish budak ni . nak saja aku tempeleng kepala dia sekali .
aku mengambil keputusan untuk menghilangkan diri buat sementara waktu ni . tapi sebelum aku menghilang , telinga aku sempat menangkap suara anak aku, Jimin .
" Dia buat lagi Namjoon.. alahai. "
Mianhae Jimin ah . omma dah takutkan kamu lagi .
tunggu omma ya .
~
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fanfiction" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...