Saat ini, aku hanya melihat mereka mengemas barang masing-masing kerana hari ini mereka akan ke rumah aku. ataupun bagi mereka, rumah baru. aku mulanya rasa gembira sangat, tapi setiap kali aku lihat Jimin, aku sedih. sedih tengok dia dalam keadaan seperti itu. demam dan monyok je muka.
Aku turut mengikuti mereka ke rumah aku yang agak jauh dari rumah mereka. sesampainya disitu, mereka turun dan apabila mata menyapa rumah tersebut, maka dengan rasminya mulut mereka ternganga.
"Dah dah lah menganga tu. Baik korang ikut aku masuk dalam." Seokjin aku lihat sedang mengangkat beg bajunya dan melangkah mendahului yang lain.
"Bila korang nak mas-- haa jalan pun." baru je aku nak membebel, diorang pun mula jalan menuju ke pintu utama rumah.
waktu itu adalah waktu memuji-muji. mungkin terlampau teruja kerana rumah aku itu lebih besar dari rumah sewa mereka.
"Keputusan apa, Namjoon?" aku lantas tertarik dengan suara itu. ya, itu anak aku bertanya. aku perasan yang sekarang Namjoon menjadi objek utama yang dipandang. jadi, aku turut memandangnya.
"Macam ni. Bilik pertama ni, bilik Seokjin. Yang kedua depan bilik Seokjin ni bilik aku. Sebelah bilik aku, bilik yang ketiga, bilik Hoseok. Depan bilik Hoseok, bilik keempat. Aku bagi dekat Jimin. Bilik kelima sebelah bilik Jimin, bilik untuk Tae. Depan bilik Tae, bilik Jungkook iaitu bilik keenam. Sebelah bilik Jungkook tu kita buat bilik Hyungnim. Amacam?" Terang Namjoon bersungguh sungguh.
oh budak tinggi ni nak agihkan bilik rupanya. tapi tadi dia cakap bilik kelima ,Tae duduk. hm kenapa kau tak letak Jimin bilik tu. sebab tu lah bilik aku tidur dan jaga dia dulu.
"Okay jugak tu. Aku masuk bilik aku dulu." Tae bergerak masuk kedalam bilik yang sepatutnya iaitu bilik kelima. Yang lain juga bersetuju dan bergerak masuk ke bilik masing masing.
mula-mula aku bercadang ikut Tae. sebab dia yang dapat bilik aku.
"Hmm luasnya. Luas lagi dari bilik tidur lama aku." Tae aku lihat tersenyum cerah.
"Kan? memanglah luas. sebab tu aku suka bilik ni dulu. kau jaga elok-elok ya? kalau tak, aku sedut darah kau sampai kau kering." ugut aku walaupun aku tahu yang si Tae tak dengar.
aku hanya melihat gelagat Tae apabila lelaki itu melangkah perlahan menuju ke sudut dinding. aku turut membuang pandang ke bawah untuk melihat objek yang berjaya membuat Tae bergerak untuk mendapatkannya.
eh? macam kepingan gambar je.
"Gambar." sebut Tae.
hm memang ya pun. tapi ni mesti gambar kahwin aku dengan biawak tak guna tu kan?
"Gambar siapa pulak ni? Macam gambar perkahwinan. Tapi.. tengok macam gambar ni dah lama. Warna dia pun dah nak-"
emm memang ye lah tu. dahlah nak pergi tengok anak aku. aku cuba pegang pintu dan berjaya. aku pun buka pintu tu kuat-kuat. tak sengaja!
bam!
Pantas kepala Tae memandang ke belakang. Pintu biliknya yang terbuka luas dipandang. memang dia terkejut lah ni. maaf nak, ahjumma tak sengaja.
"Ni mesti budak Jungkook ni." kata-kata Tae membuatkan aku ingin tergelak. tak pasal-pasal budak comel tu kena tuduh. Tae sudah bergerak keluar dan merapati bilik Jungkook yang berada di hadapan biliknya. aku hanya melihat telatahnya sebelum terfikir mahu mengacau lelaki itu secara suka-suka. hehehehuehuehue.
Pintu Jungkook diketuk sekali. Balasan diterima dari dalam bilik itu. ya, aku yang balas ketukan dia. Taehyung tersenyum. Dia mengetuk pintu itu sekali lagi. hehehe akal fikiran aku yang nakal datang, dan terus sahaja pintu itu aku tendang. iyalah ,bukan senang aku nak ganggu orang waktu aku hidup.
"Amboi mak ai. Aku ketuk perlahan lahan je. Dia balas kuat? Jap jaga kau Jungkook." aku dengar Tae sudah mula membebel. dan aku agak terkejut juga sewaktu lelaki itu bertindak menerjah bilik Jungkook secara tiba-tiba. memang aku terkejut, sebab aku kat dalam bilik ni tadi.
Muka Tae agak terperanjat. mungkin pelik kerana Jungkook tiada di dalam bilik itu. aku lihat dia sudah tidak keruan sehinggakan bilik air dicerobohi juga. semata-mata mahu mencari Jungkook yang dianggapnya sedang bermain-main dengannya.
nasib kau lah, Tae. aku sengaja nak kacau kau.
"Woi Tae."
aku dan Tae serentak memandang ke pintu. Jungkook yang tercegat disitu. haaa dan aku dapati riak muka Tae bertambah pelik.
"Yang kau dalam bilik aku ni kenapa? Aku punya menjerit panggil kau kat bawah. Kau tak dengar. Semua duk tunggu kau kat dapur nak makan sama sama. Kau sorang je tak turun lagi." Kata kata Jungkook itu menambahkan kehairanan di kepala Tae. Dia senyap.
"Dah jomlah turun, aku lapar dah ni." Jungkook segera menarik tangan Tae dan keluar dari biliknya.
aku tersengih. mesti Tae sedang hairan. maafkan ahjumm-- uish uish! angin kuat. si Jungkook ni tak tutup tingkap bilik dia. habis rambut panjang aku berterbangan sampai tutup sebahagian muka. aku pun bertindak keluar dari bilik Jungkook, namun aku terhenti.
Tae ni..
Kenapa dia pandang aku macam tu? eh jap? dia nampak aku ke ni? aku hanya membiarkan Tae yang masih memandang aku hinggalah tubuhnya bersama Jungkook hilang dari pandangan aku.
.
ohohoho author cadangkan baca balik BWM C6 yaa kalau tk faham sgt.
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fiksi Penggemar" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...