BWM C23

4K 578 58
                                    

Termasuk hari ini, sudah empat hari Encik Park tidak pulang ke rumah. Selama waktu itulah Puan Park tidak renggang dengan Jimin.

Walaupun begitu, Puan Park masih takut. Takut Jimin bakal dibawa lari.

Tiap malam, tidurnya ditemani air mata. Kadangnya dia tidak dapat tidur. Bimbang Encik park mengambil Jimin sewaktu dia terlena.

Jadi, Jimin ditidurkan di sisinya. Atas katil yang besar. Siang malam, dia akan peluk Jimin.

Sungguh dia tidak sanggup berpisah dengan anak kandungnya itu. Biarlah hanya mati sahaja yang dapat memisahkan mereka, bukan dengan cara suaminya.

Lamunan Puan Park terhenti saat telinganya menangkap bunyi rengekan Jimin. Barangkali lapar.

" Kenapa Jimin? Lapar ya? " Puan Park cuba memberi Jimin susu badan namun bayinya tidak mahu.

Puan Park mula risau. Jimin lantas didukung lalu dipeluk. Dan, Jimin diam.

" Eh anak omma ni, diam pulak. " Puan Park tersengih lalu bertindak mahu meletak semula Jimin ke atas katil.

Serentak itu, Jimin merengek semula.

Puan Park hairan lalu mendukung Jimin semula. Dan sekali lagi Jimin diam. Mungkin anaknya itu tidak mahu baring.

" Tidur ya, Jimin. Omma nak masak. Omma dodoikan eh. " kata Puan Park lalu menepuk belakang Jimin lembut sambil menyanyikan lagu kanak kanak.

Lama juga masa yang diambil untuk menidurkan Jimin. Setelah Jimin benar benar lena, dengan berhati hati Jimin diletakkan semula ke atas katil.

Puan Park terasa mahu mandi lalu mencapai tuala. Jimin dipandang sekilas lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum ke dapur.

Setelah siap mandi, Puan Park melangkah ke arah almari baju. Setiap baju yang tergantung diselak.

Ketika itu matanya tertancap pada sehelai baju gaun labuh berlabuci di leher dan hujung lengan berwarna putih susu. Dia mengambil baju gaun tersebut lalu diusap susunan labucinya.

Itulah hadiah daripada suaminya saat hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.

Puan Park mengambil keputusan untuk mengenakan pakaian itu hari ini. Rasa rindu pada suaminya bertambah.

Di manalah dia tidur? Barangkali rumah wanita pilihannya selepas dia? Atau di pejabatnya? Hal pejabat masih diuruskan atau tidak? Bermacam persoalan di dalam fikiran Puan Park.

Kadang Puan Park rasa berat dengan masalah ini. Mahu meluahkan perasaan pada omma dan appanya, mereka berdua sudah tiada. Mahu ke rumah omma dan appa mertuanya, takut pula.

Iyalah, Encik Park merupakan anak bongsu dalam keluarga itu. Sudah semestinya omma dan appa Encik Park tidak akan percaya yang anak mereka bermain kayu tiga.

Puan Park buntu.

Kakinya dihayunkan ke arah cermin besar yang terletak di hujung bilik. Pantulan imejnya yang mengenakan gaun itu dilihat. Cantik.

Jimin di katil didekati. Dahi dan pipi tembam Jimin diciumnya. Sesekali Jimin merengek namun masih lena terpejam.

Puan Park keluar dari bilik. Dapur menjadi destinasinya kali ini. Perutnya memang selalu lapar kerana tidak cukup makan sejak beberapa hari ini.

Peti sejuk dibuka. Matanya terpandang sebekas kimchi. Ini mesti lebihan kimchi yang dibuat oleh suaminya pada hari sebelum dia keluar dari rumah.

Be With Me [ Season 2 ]Where stories live. Discover now