BWM C27

4.3K 579 61
                                    

Puan Park's POV.

Sudah beberapa hari aku di rumah yang dihuni anak-anak muda. makin lama, makin seronok pula tengok gelagat mereka. cuma aku tak ikut waktu mereka masuk ke tandas dan waktu mandi. uish tak sanggup hamba melihatnya.

Pada malam itu, aku dapati mereka membuat perjumpaan di ruang tamu dan aku syak bahawa Seokjin yang sedang memakai 'seluar' yang agak pelik menjadi ketua perbincangan. dan aku pasti topik malam itu adalah tentang rumah baru mereka.

Aku sengaja tidak menunjukkan diri aku saat itu. aku bimbang mereka akan lari . dan aku bertambah bimbang kerana Seokjin berpotensi bakal lari dalam keadaan tidak berseluar kerana 'seluar' yang dipakainya sekarang itu seperti longgar ya amat.

"Besar ke ?"

"Bilik ada berapa ?"

"Dekat mana ?"

"Ada kolam renang tak ?"

Aku mengalihkan pandangan kepada empunya suara yang bertanya laju itu. Hm aku hanya mengenali lelaki itu sebagai pelumba kereta kerana dia pernah bawa kereta cunnya pulang hari itu. namanya.. Hoseok kalau tidak silap.

Setelah itu, aku memandang pula Seokjin yang menjawab pertanyaan tersebut.

"Rumah tu besar. Besar lagi dari rumah ni. Korang boleh bayangkan kan macam mana besarnya? Hoho. Dua tingkat dan ada 10 bilik tak silap aku. Tiga kat bawah, tujuh kat atas. Ada kolam renang dekat belakang rumah. Amacam?"

Memang sahlah mereka sedang berbincang tentang rumah aku. Okay tak apa, aku nak terus dengar. saja syok-syok.

"Aku setuju tu. Tapi.." Semua anak mata menghala ke arah lelaki comel yang aku kenali sebagai Jungkook yang nampak sedikit gelisah.

"Rumah ni macam mana?" Jungkook menyambung.

"Rumah ni takkan aku nak jual pulak. Ini lah rumah pertama kita. Kita punya kumpul duit sama sama , takkan aku nak tinggalkan macam tu je. Rumah ni rumah pusaka kita. Kita bertujuh." Seokjin berkata bangga.

Aku agak blur di tengah-tengah itu. bertujuh? selama aku duduk berehat disini, hanya ada enam orang sahaja. macam aku dengar tiap-tiap hari, Seokjin, Hoseok, Jungkook, Namjoon, lepas tu dua orang nama pendek dan pelik sikit, Tae dan Jim.

Tapi sebenarnya dia nak sangat tahu nama penuh Jim.

"Bertujuh?" Namjoon agak pelik. aku pun mengangguk angguk tanda setuju Namjoon menyoal sedemikian walaupun tak ada siapa yang nampak anggukan aku.

"Yelah. Hyungnim sekali." Seokjin menjawab.

Semua terangguk angguk. Jungkook tersenyum. tapi aku tak. sebenarnya aku tengah blur lagi ni. maklumlah.. otak dah sukar berfungsi, hantu tua pulak tu.

Beberapa minit mendengar perbualan mereka, aku tersedar akan sesuatu. sesuatu yang sedang mengintai mereka dari arah dapur. aku agak pelik, namun dengan adanya keistimewaan sebagai bukan manusia ini, aku rasa ada roh jahat yang lain sedang kelaparan.

Tapi, kenapa roh jahat tu jelma dalam bentuk tubuh Jim?

Aku yang agak panik ni, cuba menakutkan roh jahat itu namun tiba tiba lelaki yang aku kenal dengan nama Tae itu pula bersuara.

"Oh cun! Aku nak tidur lah wei. Tolong aku naik jap."

Oh dia nak tidur rupanya. dan kali ini aku lihat roh jahat yang cuba menjelma dalam bentuk tubuh Jim tadi telahpun hilang. aku menarik nafas lega. kalau aku tiada tadi, kemungkinan roh jahat tadi sudah melangkah ke arah mereka berlima kononnya dia ialah Jim untuk menangkap mangsa.

Ni mesti dia bau darah si Tae. darah budak tu sedap sampai aku sendiri dah rasa sikit. alahai rasa kasihan aku kembali datang. aku pun bangun dan bertindak terbang mengikuti Jungkook yang sudah memapah Tae ke biliknya.

"Kesian si Tae ni. bilalah kaki dia nak sembuh. maafkan lah hantu ni ya, nak." aku bersuara.

sebaik sahaja Tae selamat berada di atas katil, aku mengambil keputusan untuk keluar namun tidak jadi setelah mendengar lagi suara Tae memanggil Jungkook.

"Apa Tae? Kau nak penumbuk?"

aku agak tercengang dengan jawapan Jungkook. budak ini..

"Taklah. Ni aku nak cakap sikit. Kau meh lah dekat sikit."

aku hanya tersenyum. entah apalah yang mahu digosipkan mereka. lebih baik aku tinggalkan bilik ni. tetapi sedikit sahaja lagi aku mahu sampai di pintu, aku berhenti mengejut!

berhenti kerana aku terdengar..

"Jimin."

adakah Jimin yang dimaksudkan Tae tadi itu adalah nama penuh Jim? dan.. adakah Jimin yang Tae maksudkan, Jimin yang selalu buat aku tak tentu arah itu.. anak aku?

aku terus berpaling menghadap Tae dan Jungkook. menunggu apa yang mereka bualkan.

"Kau tak perasan dia tadi?" Tae menyoal.

yang aku pula sudah menangkap akan sesuatu.

"Eh bukan dia tidur awal ke? Sebab dia rasa nak demam." Jungkook aku lihat melemparkan riak pelik.

eh! Jimin demam? patutlah tadi dia tidak ada. dan patutlah roh jahat tadi bertindak menyerupai Jimin.

"Taklah. Dia ada dekat dapur." Taehyung bersuara perlahan mungkin. Terus riak muka Jungkook berubah.

aku dah agak. aku tak sangka pula yang Tae dapat melihat makhluk jahat itu tadi.

"Seolma~ aku sendiri yang pergi tengok dia tadi sebelum berkumpul. Aku nak hantar ubat kat dia, tapi dia tidur. Takkan lah pulak dia boleh turun. Kau sendiri tengok aku duduk sofa menghadap tangga. And aku tak nampak dia turun pun." Jungkook mengesat peluh di dahinya.

"Jinjja? Aku nak kata tu Jimin, memang Jimin. Tapi.. muka dia macam marahkan sesuatu."

dia bukan marah tu, Tae. dia tu jahat, sayang. dan dia bukan Jimin, budak bertuah. aku nak aje membebel.

"Err. Kau tidurlah dulu. Aku pun nak masuk tidur ni." Jungkook bantu meluruskan kaki Tae lalu bergerak keluar dari bilik lelaki itu.

aku turut mengikuti langkah Jungkook keluar.

sebaik sahaja aku keluar, aku terlihat lagi roh jahat yang kelaparan itu masih ada di balik dinding dengan menyerupai Jimin. memang nak kena luku hantu jahat seekor ini.

"Kau! pergi dari sini! tak ada makanan yang kau boleh sentuh kat sini! pergi!" aku terus menengking ke arah roh jahat tadi.

roh jahat itu merengus marah lalu berlari merentasi ruang tamu sebelum aku lihat hilang begitu sahaja. dan sekarang aku syak yang Jungkook nampak kelibat itu tadi. haih.

Jungkook melangkah masuk ke dalam satu bilik bersebalahan bilik Tae, dan aku turut masuk sama. aku fikirkan itu biliknya, namun tubuh Jimin pula yang aku lihat sedang baring berselebung selimut tebal.

"Apa tadi tu?"

aku tengok Jungkook sedang memegang dadanya. barangkali masih terkejut dengan penampakan roh jahat tadi. hm lantak dialah. aku sekarang lebih mahu mendekati Jimin.

"Harap aku dapat pegang rambut dia." aku menghulurkan tangan berhati hati ke arah kepala Jimin. dan aku dapat rasakan rambutnya!

sewaktu aku mengelus rambut itu, aku rasa air mata berwarna darah turun dari mata aku. aku dapat rasa sesuatu bila aku usap kepala dia.

Naluri keibuan aku masih kuat! memandangkan juga aku mati kerana terlalu rindukan anak aku, aku dapat rasa yang.. Jimin anak aku yang dipisahkan 25 tahun yang lalu!

~


Be With Me [ Season 2 ]Where stories live. Discover now