Semua kecuali Seokjin ternganga apabila mereka berdiri di hadapan rumah agam yang sangat besar. Seokjin tersenyum kerana itulah reaksinya sewaktu pertama kali ke rumah ni.
"Dah dah lah menganga tu. Baik korang ikut aku masuk dalam." Seokjin mengangkat beg bajunya dan melangkah mendahului yang lain. Pintu masuk utama dibuka perlahan.
"Wah besarnya, Seokjin." Mata Hoseok melilau memandang keluasan ruang tamu sebaik sahaja dia menapak masuk.
"Aku tak besar mana pun. Dah, sekarang dengar sini aku nak cakap. Tiga bilik kat bawah ni aku nak biarkan kosong. Mana tahu kalau ada kawan kita nak tumpang ke, omma appa kita datang jenguk ke. Kita semua duduk bilik kat tingkat atas. Okay?" Seokjin berkata. Melihatkan mereka mengangguk tanda setuju dengannya, Seokjin tersenyum.
"Dah. Jom pergi bilik masing-masing." Mereka menaiki tangga ke tingkat atas sambil menjinjing beg baju.
"Wei korang. Apa kata aku nak buat keputusan ni?" Namjoon bersuara dan mendapat perhatian dari rakan-rakannya.
"Keputusan apa, Namjoon?" Jimin bertanya. Kalau boleh dia nak masuk bilik secepat mungkin. Badannya masih tidak sihat.
"Macam ni. Bilik pertama ni, bilik Seokjin. Yang kedua depan bilik Seokjin ni bilik aku. Sebelah bilik aku, bilik yang ketiga, bilik Hoseok. Depan bilik Hoseok, bilik keempat. Aku bagi dekat Jimin. Bilik kelima sebelah bilik Jimin, bilik untuk Tae. Depan bilik Tae, bilik Jungkook iaitu bilik keenam. Sebelah bilik Jungkook tu kita buat bilik Hyungnim. Amacam?" Terang Namjoon bersungguh sungguh.
"Okay jugak tu. Aku masuk bilik aku dulu." Taehyung bergerak masuk kedalam bilik yang sepatutnya iaitu bilik kelima. Yang lain juga bersetuju dan bergerak masuk ke bilik masing masing.
"Hmm luasnya. Luas lagi dari bilik tidur lama aku." Taehyung memuji muji keluasan bilik tidur barunya. Tiba tiba sekeping kertas di penjuru bilik itu menarik perhatiannya.
Taehyung bergerak kearah kertas itu dan dengan perlahan dia mencapainya.
"Gambar."
Sekeping kertas yang merupakan gambar itu ditatap lama. Seorang perempuan sedang tersenyum disamping seorang lelaki yang juga melemparkan senyuman kearah kamera.
"Gambar siapa pulak ni? Macam gambar perkahwinan. Tapi.. tengok macam gambar ni dah lama. Warna dia pun dah nak-"
Bam!
Pantas kepala Taehyung memandang ke belakang. Pintu biliknya terbuka luas. Padahal dia tutup pintu itu selepas masuk tadi.
"Ni mesti budak Jungkook ni." Tuduh Taehyung selepas dia mendapati tiada sesiapa di laluan bilik mereka. Pintu bilik Jungkook yang berada di hadapan biliknya dipandang dengan senyuman jahat.
Pintu Jungkook diketuk sekali. Balasan diterima dari dalam bilik itu. Taehyung tersenyum. Dia mengetuk pintu itu sekali lagi. Namun tiba tiba pintu itu seperti ditendang menghasilkan bunyi yang kuat dari dalam.
"Amboi mak ai. Aku ketuk perlahan lahan je. Dia balas kuat? Jap jaga kau Jungkook." Taehyung menyinsing lengan bajunya dan bertindak menerjah bilik Jungkook ingin mengejutkan empunya bilik.
Namun dia sendiri yang terkejut. Bilik itu kosong tidak berpenghuni. Tidak berpenghuni disini bermaksud tiada orang. Jungkook tidak kelihatan melainkan beg bajunya yang diletakkan diatas katil.
Taehyung tidak puas hati. Pintu bilik air yang sememangnya ada dalam semua bilik dibuka. Kut kutlah Jungkook bersembunyi disitu. Namun hampa.
"Woi Tae."
Taehyung memandang ke belakang. Wajah Jungkook menyapa pandangannya. Yang dia pelik Jungkook berdiri di luar pintu. Bukan dari dalam.
"Err Jung.." Taehyung kehilangan kata kata.
"Yang kau dalam bilik aku ni kenapa? Aku punya menjerit panggil kau kat bawah. Kau tak dengar. Semua duk tunggu kau kat dapur nak makan sama sama. Kau sorang je tak turun lagi." Kata kata Jungkook itu menambahkan kehairanan di kepala Taehyung. Dia senyap.
"Dah jomlah turun, aku lapar dah ni." Jungkook segera menarik tangan Taehyung dan keluar dari biliknya.
Taehyung tergerak akibat tarikan Jungkook. Dia hanya membiarkan Jungkook menariknya. Buntu. Sebelum mereka membelok ke selekoh ke tangga, Taehyung sempat mengalihkan kepala ke belakang memandang bilik Jungkook.
"Eh?"
Ada sesuatu disitu. Macam orang tapi yang dia hanya nampak ialah rambut panjang yang mengerbang kusut.
.
YOU ARE READING
Be With Me [ Season 2 ]
Fanfic" Hyung!! " - JK " Woi woi! kau ni siapa ?! kenapa sesuka hati kau peluk aku ni? " - SUGA " H-Hyungnim.. aniya? " - JK Seorang makhluk menyerupai Yoongi , hyung kepada Jungkook iaitu Min YoonGa aka Suga muncul membuatkan Jungkook berubah karakter...