BWM C51 [ END ]

5.2K 627 220
                                        



Kelibat seorang lelaki berpajama minnie mouse berwarna pink keluar dari dapur dengan tangan mendulang air . lelaki serba pink malam itu sudah diketahui umum iaitu Seokjin . Seokjin tersenyum lalu duduk bersimpuh di lantai sambil meletakkan secawan chocolate panas di hadapan setiap orang yang ada . gelagatnya yang agak ayu itu mengundang sepakan berjemaah khas daripada Jungkook dan Taehyung . 

" kau kenapa tiba tiba wayar putus ni . dah buang tebiat ? nak mampus ?" soal Jungkook garang . namun Seokjin tidak langsung takut kerana baginya Jungkook kelihatan comel walaupun sedang marah . 

Seokjin si minnie mengendahkan kata kata Jungkook itu lalu dengan ayunya duduk di sebelah Namjoon dengan kaki disilangkan ala Dato Vida Qu Puteh . 

" hah malam ni aku buatkan chocolate panas aje . kira syukurlah daripada aku bagi korang minum air tong kumbahan kat belakang tu ." ujar Seokjin . rambutnya di flipkan ke belakang . 

" kami tak protes apa pun , Seokjin ." tegur Hoseok dengan mukanya yang dihodohkan .

Seokjin terdiam . pandangan matanya digerakkan ke atas seraya mulut yang dimuncung . 

" Woozi ah , minumlah . apehal kau diam aje dari tadi ? rindukan hyung kau ? kejap lagi dia balik lah tu ." Jimin yang duduk bersebelahan Woozi bersuara pula . cawan berisi chocolate panas itu disuakan ke arah Woozi dan lelaki itu lantas menyambutnya . sempat dia berterima kasih pada Jimin .

" iya, kejap lagi dia balik . aku sengaja bagi dia siapkan tugasan aku sebab nak bagi dia lambat sikit . takut nanti dia balik dulu sebelum kau. tak surprise lah kan ?" ujar Jungkook . terbayang semula wajah Suga yang masam mencuka apabila disuruh untuk menyiapkan tugasan Jungkook . bermacam alasan yang tak masuk akal diberi pada Jungkook semata mata mahu balik awal dan menjauhkan diri dari timbunan fail fail yang diberi Jungkook . seperti dia perlu beri siputnya makan walaupun makhluk lembik bercengkerang itu tidak wujud di rumah mereka .

" hehe bagus jugak tu . tapi Suga hyung tak protes ke ? dulu masa saya mintak dia berikan saya remote tv pun dia boleh buat drama . katanya dia anak yatim piatu yang perlu menyara diri sendiri dan adik yang sedang meminta remote tv pada dia . macam tak masuk akal langsung padahal remote tu ada kat hujung kaki dia je ." cerita Woozi mengundang gelak tawa mereka .

" gila tak protes hyung kau tu ? tadi mujur aku berharap gila gila moga si Suga tu tak gigit ke semua staff dan bakar hangus balai polis tadi tau tak ." Jungkook terbayang lagi wajah Suga memprotes suruhannya tadi .

sedang mereka rancak bersembang tentang topik Suga , topik Qu Puteh mahal na mampus , topik cuaca panas , bertukar pula pada topik D'hearbs terlajakkkkkkk larissssssss sedang hangat di pasaran , topik ghost duck, mereka dikejutkan dengan bunyi deruan enjin kereta masuk ke pekarangan rumah . Hoseok yakin bahawa Suga sudah pulang kerana dia kenal bunyi 'girlfriend'nya itu .

" hah Woozi , kau pergi menyorok dekat tepi tangga tu . nanti pandai pandai lah kau kira time yang sesuai untuk kau keluar kejutkan hyung kau ." Taehyung menarik Woozi hingga ke tepi tangga . dia kembali ke ruang tamu dengan lagak biasa kerana pintu utama rumah sudah terkuak dari luar . 

seperti biasa Suga akan masuk dengan wajah yang muram . Woozi yang terlihat riak wajak hyungnya tersentuh . dia mula tahu yang Suga juga terlalu rindu padanya kerana sebelum ini , Suga akan masuk ke rumah dengan wajah gembira yang melampau dan akan memeluknya dahulu . 

" Suga ah , kau dah balik ?" soal Seokjin lalu menghirup secawan chocolate yang masih panas .

" tak lah , kan aku ada kat tempat kerja ni. tengah berak . " hampir tersembur Seokjin dibuatnya apabila Suga menjawab sedemikian . namun dia tetap menyabarkan dirinya kerana dia tahu dia yang salah kerana menanyakan soalan yang tidak masuk akal . sudah terang terang Suga ada di hadapannya .

Be With Me [ Season 2 ]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang