BWM C24

4K 582 61
                                    


Bunyi tangisan seorang bayi membuatkan Puan Park terjaga. Agak terkejut apabila mendapati dirinya sedang berbaring di muka pintu dengan pintu terbuka luas.

Puan Park bangun lalu menutup pintu. Sekali lagi telinganya menangkap bunyi bayi menangis.

" Eh anak aku! Aku tinggal anak aku sorang sorang kat atas. "

Dengan pantas, Puan Park menghayunkan langkah naik ke tingkat atas. pintu bilik yang kelima, iaitu biliknya dibuka luas. Serta merta bunyi tangisan tadi hilang.

" Jimin ah.. " Panggil Puan Park perlahan.

Mana pulak anak aku ni?

Katil bayi dijenguk. Anaknya tiada di dalam. Hairan dibuatnya.

" Jimin, anak omma. Mana sayang pergi? " Puan Park bersuara lalu keluar dari biliknya.

Rumah agam yang terdiri daripada 10 bilik itu agak menyukarkan Puan Park untuk mencari Jimin. Setelah 7 bilik yang berada di tingkat atas digeledah, 3 bilik di tingkat bawah pula Puan Park ceroboh.

Namun sia sia. Jimin masih tidak kelihatan di mata.

Bunyi tangisan bayi sekali lagi kedengaran.

" Anak omma. Kejap sayang, omma datang. " Puan Park tersenyum lalu melangkah ke arah tangga untuk ke tingkat atas semula.

Namun, baru di bahagian tengah tangga, Puan Park terpijak hujung gaun putih yang dipakainya sehinggakan dia terdorong ke hadapan sebelum berguling ke bawah.

Serta merta dia teringat akan sesuatu.

Teringat akan kejadian suaminya menendangnya hingga dia jatuh sebegini sebelum lelaki itu mengambil Jimin.

" Jim..Jimin.. anak omma! "

Raung Puan Park sekuatnya setelah menyedari perkara sebenar. Raung setelah menyedari tangisan Jimin hanya ilusi di telinganya.

Mungkin dia akan gila selepas ini?

Puan Park takut

Ya mungkin dia akan gila kerana rindukan anaknya.

" Pulangkan anak aku.. Jimin anak aku.. Jimin, kenapa tinggal omma.. " Puan Park merintih sambil memeluk lututnya.

Agak lama dia menangis sehinggalah dia tertidur.

Skip.

Sudah hampir seminggu sikap Puan Park menjadi jadi. Tangisan bayi yang sering bermain di telinganya membuatkan Puan Park bertambah rindu pada Jimin.

Penampilan Puan Park juga tidak terurus. Rambutnya sudah kusut masai bagaikan hantu kubur. Tidak mandi dan hanya gaun putih itulah yang masih melekat di tubuhnya.

Sekeping gambar ditatapnya. Gambarnya bersama Encik Park yang tersenyum memeluk bahunya mesra.

Rindu pada suaminya. Beberapa minit kemudian, dia melepaskan gambar itu setelah dia terfikir keputusan yang dibuatnya.

Gambar kenangan itu jatuh melayang dan lalu mendarat dihujung penjuru dinding bilik itu.

Kali ini, Puan Park tekad.

Sehelai baju kecil kepunyaan Jimin yang sentiasa diciumnya sejak peristiwa Jimin dibawa lari, digenggam erat.

Puan Park menghayunkan langkah ke arah stor belakang rumah. Pintu stor dibuka.

Hanya ada beberapa kotak baju lama, penyapu dan alat memasak yang sudah rosak.

Baju Jimin diletakkan di sisi dahulu. Sebuah kotak yang dipenuhi baju lama diambil lalu isinya dilonggokan ke atas lantai.

Dua helai baju diambil. Lalu Puan Park mengikat hujung baju tersebut dengan ikat mati. Sehelai lagi baju diambil dan diulangi perkara sama. Sehinggalah ikatan mati baju tadi membentuk seperti tali yang panjang.

Puan Park dengan perlahan mengambil kerusi. Dipanjatnya objek itu lalu hujung baju yang sudah seperti tali tadi diikat pada kipas siling.

Hujung 'tali baju' yang lagi satu pula diikat agak ketat dilehernya.

Puan Park mencapai baju kecil Jimin lalu diciumnya buat kali terakhir. Ya, biarlah dia mati sahaja daripada hidup seperti ini.

" Jimin.. maafkan omma. Tak dapat jaga Jimin sampai Jimin besar. Maafkan omma tak dapat bermain dengan Jimin. "

Rintih Puan Park lagi. Air matanya turun laju. Wajah comel Jimin terbayang.

" Maafkan omma Jimin. Omma terpaksa pergi dulu. "

Sekali lagi baju kecil Jimin diciumnya.

Suis kipas ditekan dengan tangan terketar ketar. Perlahan lahan kipas berpusing. Turut menggulung tali baju yang dibuat oleh Puan Park tadi.

Air mata Puan Park turun dengan lajunya. Dia hanya perlu tunggu, tunggu kain panjang itu tergulung di kipas sehingga dapat menariknya ke atas.

Tali baju semakin renggang. Puan Park memejamkan mata.

" Jimin.. omma sayang Jimin. "

Itulah ayat terakhir Puan Park sebelum dia terdorong ke atas akibat tarikan kipas yang sudah laju.

Akibat berat dan kain yang tergulung di kipas, membuatkan objek itu terhenti berpusing.

Membiarkan jasad Puan Park yang sudah tidak bernyawa tergantung di situ.

...
Setahun kemudian, penemuan mayat tergantung di stor rumah berkenaan gempar setelah beberapa orang budak nakal yang ingin menjerat burung terbau benda busuk.

Agak lama kes ini kecoh. Sebelum rumah tersebut dibeli oleh seseorang kerana masih terjaga.

~

Be With Me [ Season 2 ]Where stories live. Discover now