BAB 8

11.4K 352 0
                                    


Telefon bimbit nabila berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Nabila malas untuk melihatnya kerana dia ingat itu hanya daripada celcom. Dia membiarkan telefonnya buat sementara. Setelah selesai melakukan kerja barulah nabila membuka pesanan tersebut.

Nabila, kenapa kau pergi semalam tak bagi tahu? Yang kau tiba-tiba lari keluar dari subway tu kenapa? Nasib baik kitaorang nampak. Kalau tak, dah kalut kitaorang cari kau satu mall. -zaf

Sorry zaf, sorry sangat-sangat dekat kauorang semua. Kite tak sengaja, kite dapat emergency call dari boss semalam. Ok, hari ni kita gi makan nak? Kite belanja semua? Gaji baru masuk ni, semalam pun dapat bonus. -nabila

Nasib baik ada perkataan belanja. Kalau tak, jangan harap kitaorang nak keluar makan dengan kau lagi. -zaf

Ok, jumpa dekat nu sentral. -nabila

****
Sampai di nu sentral, nabila menuju ke bank untuk mengeluarkan sejumlah wang. Nabila terdengar seorang wanita sedang berbual dengan lelaki dihadapannya ketika beratur. Suara wanita itu seperti dikenalinya. Suara lelaki itu pula seperti ada pelat, mungkin orang cina sangka nabila.

Apabila wanita itu pusing untuk keluar dari barisan, wanita itu menegur nabila.

Nabila? Kamu tak kerja hari ni?

Nabila terkejut. Dari mana wanita itu mengenalnya. Di memandang ke arah wanita itu.

Eh, datin amirah. Hari ni saya kerja tapi saya dalam waktu rehat sekarang. -nabila

Oh, kalau tak keberatan. Jom makan sama-sama. Saya belanja kamu. - datin amirah

Tak apalah datin. Saya dah janji dengan kawan saya,' nabila menolak tawaran datin sambil tangannya menguruskan wang yang ingin dikeluarkan. Dia tidak mahu berlengah takut kalau orang dibelakangnya marah.

Nabila, marilah. Tak kan kamu malu. Kalau macam itu, bawa lah kawan kamu sekali. Kita makan sama-sama. Saya belanja semua. Anak saya pun ada ni. Kalau boleh nanti anak saya hantar kamu ya. -datin amirah

Terbutang mata nabila apabila datin amirah menyuruh anaknya menghantar nabila pulang ke spa. Nabila mula menjadi resah. 'Anak dia? Lelaki! Ya Allah, takutnya aku.,' Bisik hati nabila.

Kali ini sudah dua kali nabila menolak tawaran datin. Tetapi nabila terpaksa. Takut nanti ada rakan sekolahnya yang nampak. Rakanya itu bukan boleh dipercayai. Habis rosak namanya disekolah nanti.

Telefon nabila berbunyi. Nabila bersyukur sangat kerana rakannya telah menjadi penyelamat kepadanya. Datin hanya akur, dia tidak mahu memaksa.

Mereka hanya memilih untuk makan di medan selera sahaja. Kesemua mereka memesan makanan ditempat yang sama iaitu pepper lunch. Bayarannya pula mereka hanya membiarkan nabila yang bayar kerana nabila sudah pelawa mereka sebentar tadi.

Sedapnya! Kenyang pulak tu. Wah! -ezanie.

Haha, dah orang belanja memang sedap. Kenyang pun rasa dia lain macam. -sofiya

Haha, sopan la sikit. Malu aku - nabila

Sekejap. Aku menyampah betul la kalau ada lelaki yang usha-usha ni. Rasa macam nak jolok je biji mata dia. - zaf

Siapa? Pandang kau ke zaf? -sofiya

Tu yang bertentangan dengan nabila tu. Menyampah betul. Entah apa yang dia pandang dekat meja ni. Ada barang dia ke? -zaf

Uish, nabila entah-entah ada orang berkenan. Haha. Mana? bagi aku tengok mamat tu. -ezanie

Kenapa semua orang pandang dia? Jangan Nampak sangat. Nanti dia fikir lain pula.,' kata nabila sambil menahan malu.

Ezanie terdiam. Dia pandang ke arah nabila. Ezanie terus menaip sesuatu di telefonnya. Ezanie menghentak meja. Eh, mamat tu yang sakitkan hati kau kan nabila? Berani dia buat muka tak bersalah usha kau kan? Biar aku 'settle'kan dia.

Jangan la ezanie. Dah la. Biarkan dia -nabila

Kau diam,' ezanie bangun dari kerusinya. Belum sempat ezanie pusing ke belakang. Lelaki yang mereka pandang tadi telah pun berada di meja makan mereka. Ezanie hanya kaku.

Nabila menundukkan kepala. Khairin tidak berhenti memujuk nabila. Setiap kali khairin memujuk, pasti akan ada diantara mereka yang menentang khairin. Habis khairin dicaci mereka.

Nabila bangun dan meminta mereka beri peluang untuk nabila dan khairin berbincang. Mereka pergi tidak jauh dari tempat makan.

Awak, saya betul-betul minta maaf. - khairin. Matanya sudah berair, hanya tinggal masa untuk tumpah.

Saya maafkan awak. Dah la khairin. Perkara dah lama. Kenapa awak buat keputusan untuk cari saya balik? Nabila menanggalkan kaca matanya.

Terima kasih nabila. Awak memang baik.Saya rasa serba salah dekat awak. Sebab tu saya cari awak. Lagi pun saya tak nak jadi munafik. Saya dah janji dengan awak dulu yang saya akan cari awak balik.-khairin

Nabila hanya diam.

Baiklah, sekarang awak dah jumpa saya. Saya pun dah maafkan awak. Awak pergi la. Jangan ganggu fikiran awak pasal saya lagi. -nabila

Saya tak nak pergi. Saya nak awak. Saya nak rapat dengan awak macam dulu. Tolong la nabila. -khairin

Nabila tergelak kecil. Nak saya? Lupakan la semua tu. Jangan seksa diri awak.

Saya nak nombor telefon awak. Boleh? Kita rapat macam dulu? -khairin

Saya tak nak rapat dengan sesiapa. Saya pergi dulu. Waktu rehat saya dah nak habis. -nabila

Nabila pergi ke meja dan mengambil barang. Tanpa berlengah, Mereka terus pergi ke kenderaan mereka sendiri dan pulang.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now