Pada hari ahad, izzan membawa nabila ke kedai kaca mata. Dia kesian melihat nabila yang selalu terkebil-kebil dan sering mengecilkan matanya untuk melihat sesuatu. lebih-lebih lagi apabila nabila menonton televisyen.
Mata nabila diperiksa oleh pekerja kedai tersebut. Had rabun nabila semakin meningkat kerana telah lama tidak menggunakan kaca mata.
Selesai itu, Nabila memilih banyak bentuk bingkai. Dia juga meneliti harga pada setiap bingkai tersebut. Dia tak suka menghabiskan duit untuk barang-barangnya.
Izzan mengambil kaca mata berbentuk bulat dan berwarna emas yang sering digunakan oleh orang tua. lalu diberikan kepada nabila. Dia memaksa nabila terima walaupun ditolak banyak kali. Akhirnya izzan meletakkan bingkai tersebut diatas kaunter. Harga dan nama bingkai tersebut terus ditulis di dalam resit.
Nabila kecewa dengan pilihan izzan. Dia memukul bahu izzan banyak kali kemudian lari ke arah kereta. Dia menunggu izzan ditepi kereta sehingga izzan datang.
Sepanjang perjalanan, nabila hanya mendiamkan diri. Puas izzan berbual dan bercerita tapi langsung tak dilayan.
*****
Beberapa hari kemudian nabila pergi mengambil kaca matanya tanpa diteman oleh sesiapa. Dia memberanikan dirinya untuk menaiki teksi.Nabila menghulurkan resit kaca matanya kepada pekerja di kaunter. Lalu dia duduk di atas kerusi yang berdekatan selepas dipelawa. Pekerja tersebut mengambil masa yang agak lama untuk mencari kaca mata nabila kerana tarikh pengambilan kaca mata itu telah lama tertangguh. Tempahan itu pula tempahan khas yang telah diubah suai.
"Puan, tadi saya ada menghubungi encik izzan kerana kaca mata tersebut tak dijumpai. Rupa-rupanya ia disimpan didalam pejabat boss dan telah dibungkuskan. Encik memesan supaya puan buka bungkusan kaca mata ini semasa dia balik dari kerja." Kata pekerja tersebut lembut dan penuh sopan santun.
Nabila terkejut dengan pemberitahuan pekerja tersebut. Dia takut jika izzan memarahinya kerana dia keluar sendiri tanpa teman dan menaiki teksi. "Awak call encik izzan? Dia ada cakap apa-apa? Awak ada bagi tahu apa-apa ke dekat dia? Kenapa pula kena tunggu dia balik?", soal nabila tanpa henti. Riak wajah dan nada suaranya berubah. Dia sangat takut apabila terbayangkan wajah izzan yang bengis.
Selepas berurusan dengan pekerja tersebut, nabila menaiki teksi yang berdekat untuk pulang. Nabila memandang kedalam kedai kaca mata tersebut. Dia ternampak pekerja tadi bercakap dengan seseorang didalam talian. Nabila berdoa dan berharap agar pemanggil tersebut bukan izzan. Tangannya tak berhenti bermain pada hujung lengan baju yang labuh.
*****
Tiga buah enjin kereta mewah kedengaran berhenti dihadapan rumah. Nabila yang berada didapur membantu mak ateh terus membasuh tangan dan pergi ke arah pintu rumah.Datin dan abang nazir memasuki rumah dengan lemah kerana penat berkerja. Kemudian nabila ternampak bayang izzan menghampiri pintu. Dia menutupkan matanya erat.
Izzan memasuki rumah dan ternampak nabila di tepi pintu sambil menutup matanya rapat. Izzan mengusap kepala nabila. "Kau dah kenapa?", soal izzan.
Nabila memeluk izzan dan mukanya dibenam ke dada izzan. "Saya minta maaf, awak jangan marah saya. Saya tahu saya salah.", rayu nabila.
Izzan menolak badan nabila. "Jangan marah kau? Kau keluar tanpa izin-- kau naik teksi sendiri! Kau ingat aku tak marah?! Kau mesti tak ikut cakap aku, kau buka bungkusan tu kan?", marah izzan. Muka izzan sudah merah.
Datin dan abang nazir terkejut mendengar kata-kata izzan. Mereka memandang nabila serentak.
Datin mengahapiri mereka untuk menghalang izzan daripada memarahi nabila. Dia takut kalau izzan tidak dapat mengawal api amarahnya. Datin memeluk nabila dan memujuknya yang dalam ketakutan dan esakan.
Izzan terus berjalan dengan laju ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Dia marah pada nabila kerana nabila melanggar kata-katanya. Dia sudah banyak kali pesan supaya jangan keluar sendirian dan minta izin sebelum melakukan sesuatu.
Air mata nabila tak berhenti mengalir. Dia menangis semahunya kerana takut dan menyesal.
Datin meminta abang nazir keluar dan bercakap dengan izzan. Tudung nabila ditanggalkan. Kepala nabila diusap lembut dengan penuh rasa kasih sayang seorang ibu.
Tangisan nabila semakin reda setelah dipujuk oleh datin. Petang itu nabila tertidur lena diatas katil datin sehingga waktu makan malam. Nabila dengan izzan tidak makan bersama. Nabila duduk di sebelah datin. Manakala izzan duduk di sebelah abang nazir. Mereka hanya memandang makanan dan mendiamkan diri.
Semasa membasuh pinggan izzan memandang muka nabila sekilas. Dia ternampak mata nabila yang sedikit sembab. Dia terus membasuh tangannya lalu masuk kedalam bilik.
******
"Malam ni kau tidur dengan mama ke? Kaca mata kau tu kau tak nak tengok?", tegur izzan tiba-tiba.Nabila menjerit kecil lalu beristighfar. Dadanya diurut. "Ish, lain kali bagilah salam. Dah lah dalam gelap! Terkejut saya. Iya, saya tidur dengan mama. lainlah kalau awak dah maafkan saya.", jawab nabila. Dia membuat muka lalu memandang jam pada telefon bimbitnya yang menunjukkan pukul 1 pagi.
"Hmm, tak perlulah tidur dekat bilik mama. Pergi masuk bilik kita". Izzan menarik tangan nabila lembut menuju ke bilik mereka. Pintu ditutup rapat dan bungkusan kaca mata nabila dihulurkan.
Nabila terus membuka bungkusan tersebut. Senyumnya melebar apabila melihat bingkai tersebut. Dia memeluk izzan dan mengucapkan terima kasih. Dia menyangka kaca mata tersebut ialah berbentuk bulat. Rupa-rupanya izzan telah menukarnya semasa nabila beredar ke kereta.
Izzan meminta maaf kerana memarahi nabila. Dia sedar dia tak sepatutnya memarahi nabila petang tadi. Mungkin dia penat pulang dari kerja dan risau dengan keadaan nabila.
"Saya tahu awak risau pasal saya. Sebab itu awak marah. Sorry. Mama kata awak marah sebab sayangkan saya.", kata nabila. Dia membuat kuka semasa menyebut perkataan 'sayang'.
Izzan mencubit pipi nabila dengan kuat sehingga merah. "Aku tak sayang kau lah. Dia membaringkan badannya lalu menarik selimut. "Em, tadi aku tunggu kau untuk solat maghrib berjemaah tapi kau tak masuk," sambung izzan lagi.
Malam itu nabila tidur memeluk 'comel' seperti biasa. Dia gembira dan bersyukur kerana telah dimaafkan.
*****
Nabila melihat kalendar di dalam telefonnya. Dia ternanti-nanti waktu pengambilan markahnya untuk habis diploma. Dia menelek telefonnya tanpa henti. Dia juga telah lama tak berjumpa dengan rakannya.Dia masih teringat pada tahun pertama mereka bersama dalam kelas kosmetologi. "Nak benci sama sendiri? Muka orang kau bencilah yang kauorang hadap setiap hari selama 4 tahun!" Kata-kata itu masih terngiang didalam kotak fikirannya. Itu lah ayat yang rakan kelasnya suka guna jika bergaduh.
Nabila mengeluh kecil. Dalam 3 minggu saja lagi sebelum markah diplomanya dikeluarkan.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomansaNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...