BAB 22

11.6K 360 0
                                    

Selesai menunaikan solat, adik-adik nabila meminta umi membeli aiskrim. Umi tak mahu melayan karenah mereka. Tetapi izzan menawarkan diri untuk membelanja.

Izzan membeli 9 aiskrim untuk kami sekeluarga. Nabila memberikan aiskrim kepada akak, abang, umi dan abah. Kerana melihatkan izzan mengambil masa yang lama untuk membayar, nabila menghampirinya.

" 10 riya 50 kupang tu apa?", soal izzan kebingungan.

Haha, ya Allah. Awak dari tadi cuma sebab tu ke? 10 riya 50 kupang tu 10 ringgit 50 senlah", jawab nabila. Nabila dan adiknya gelak tak berhenti sehingga didalam kereta.

Adik nabila melakonkan perlakuan izzan yang kebingungan tadi. Muka izzan sudah merah menahan malu. Mahu saja dia menyuruh mereka diam.

Melihatkan perubahan dimuka izzan, nabila memberhentikan tawanya. "awak ni comellah, haha. Tak pernah saya nampak awak macam tadi.", kata nabila sambil mencubit manja pipi kiri izzan. Izzan hanya menjeling tajam kearah nabila. Dia juga memandang adik-adik nabila dengan pandangan yang mengerikan melalui cermin pandang belakang.

Nabila menjadi takut. Dia memberi isyarat supaya adiknya diam menggunakan matanya. Dia terfikir, tak kan selama satu jam lebih mereka akan berdiam sebegitu.

"Awak marah ke? Sorry, saya tak bermaksud pun nak buat macam tu.", kata nabila. Dia menundukkan kepalanya. Setelah lama dia diam, dia memandang ke arah izzan semula.

"Sakit ke saya cubit tadi? Saya rasa cubitan tu perlahan saja. Saya cuma nak gurau.", sambung nabila. Tangannya mengusap lembut pipi kiri izzan yang dicubit manja tadi.

Izzan cuba untuk melawan rasa terkejutnya. Baginya, ini kali pertama nabila menyentuh mukanya ketika dia dalam keadaan sedar. Izzan memegang tangan kanan nabila dengan tangan kirinya. Dia meletakkan tangan nabila dipehanya.
****
Sepanjang perjalanan, izzan hanya memandu menggunakan tangan kanannya sahaja. Tangan kirinya digunakan untuk menindih tangan nabila dipehanya. Dia hanya melepaskan pegangan tangan mereka hanya ketika perlu.

Nabila hanya mendiamkan diri. Dia tak mampu bercakap kerana berasa terlalu janggal. Terutamanya apabila diperhatikan oleh adik-adiknya.

Mereka tiba di hadapan rumah nenek nabila pada lewat petang kerana mereka perlu menunggu makciknya pulang sekali.

Mereka meletakkan beg pakaian mereka di dalam bilik. Mereka berkumpul untuk makan malam selepas berehat seketika. Makanan yang sempat dibeli dipasar tadi dihidangkan diatas meja. Kesemuanya makan dengan banyak kerana penat semasa dalam perjalanan.

Adik-adik nabila yang nakal telah menceritakan tentang perkara yang berlaku pada izzan tadi. Penat nabila mengahalang mereka. Tapi hanya sia-sia. Perkara tersebut telah meletuskan gelak tawa dari nenek, makcik, pakcik, sepupu dan keluarga nabila. Mereka tidak berhenti ketawa.

Izzan sudah menundukkan mukanya. Kemudian dia memandang nabila dengan pandangan yang mengerikan. Makcik nabila terus menukar tajuk perbualan selepas puas mentertawakan izzan. Nabila berasa sangat selesa dengan makcik-makciknya dibelah umi kerana mereka dapat menerima pernikahan nabila dan izzan. Bagi mereka, jodoh nabila sudah tiba. Lagipun perkara baik tak elok dilengahkan.

Apabila ramai yang sudah mengantuk, nabila mengambil ubat tidurnya. Kemudian dia menuju kebilik khas yang disediakan untuk mereka berdua.

****
Dush! Satu bantal delempar kearah muka nabila sebaik sahaja pintu ditutup. "Kau bukan nak halang adik kau kan? Kau lagi ketawakan aku!", marah izzan.

"Bukan saya yang buka cerita. Awak sendiri nampak yang saya dah berusaha.", jawab nabila. Bantal dibaling semula kearah izzan. Nabila melangkah malas kearah katil. Tapi izzan masih tak mahu mengalah. Mereka berperang bantal.

Kerana terlalu penat melawan ubat tidur, akhirnya nabila rebah. Mukanya tersembam ke dada bidang izzan. Tangannya berada dalam posisi memeluk.

Bantal diletakkan ditempatnya. Izzan membaringkan badannya dengan perlahan supaya nabila kekal dengan posisi memeluk tubuh izzan. Muka nabila dibiarkan tersembam kedadanya. Dia sengaja mahu melihat reaksi nabila ketika terjaga pagi nanti. Dia mengusap rambut nabila lembut sehingga terlelap.

****
Pagi itu nabila sangat terkejut kerana separuh badannya berada diatas badan izzan. Dia turun dari katil dengan segera. Dia cuba untuk ingat perkara yang berlaku malam tadi. Tapi dia tak mampu. Dia menuju ke tandas untuk mengambil wudhu'. Barulah dia mengejutkan izzan.

Nabila turun ke dapur selepas solat berjemaah untuk menyediakan sarapan. Semasa dia memasak, ciksu, iaitu isteri kepada pakcik kandungnya yang seusia dengan izzan pergi ke arah nabila. "seronoknya lelaki kaya, hensem-- perfectlah dia tu. Siap tidur berpeluk lagi. Dah tu, bukan nak tutup pintu. Bagi satu rumah ni tengok.", perli ciksu

Nabila memandang ke arah makciknya. Setahunya pintu sudah ditutup rapat malam tadi. Pagi itupun pintu masih tertutup. "Eh, ciksu. Pintu bilik kakla tertutuplah. Mungkin adik-adik yang buka kot.", kata nabila. Ada benar juga andaiannya tadi. Tapi dia pelik, kenapa ciksu itu seperti ada sesuatu yang disorokkan. Sejak dari ciksunya dan izzan berjumpa tengah hari semalam lagi. Hanya izzan yang berkelakuan biasa.

"Nabila, tolong ni sekejap.", minta izzan. Dia menunjukkan baju t-shirt berwarna hitam yang sedikit sekoyak. Nabila menyuruh izzan tinggalkan baju di atas meja kerana dia sedang masak. Tapi izzan hanya menunggu di sebelah meja.

Nabila memandang ke arah ciksu yang dari tadi hanya memerhatikan gerak geri izzan. Sedangkan izzan hanya memandang kearah nabila yang sedang masak. Nabila pelik, bila pula izzan berada disitu tadi.

Selesai menghidang, nabila mengambil baju itu lalu dibawa ke ruang tamu untuk dijahit. "Awak kenal ciksu saya tu ke? Dari tadi saya nampak dia pandang awak.", kata nabila. Tangannya masih tidak berhenti menjahit.

"Ciksu? Aku baru kenal dia tengah hari semalam. Biarlah dia nak pandang. Tak luakpun muka aku ni. Kau pula, cemburu ke?", soal izzan pula. Sengaja dia mengganggu nabila diawal pagi. Matahari pun baru mahu menunjukkan diri.

Nabila melepaskan jarum jahit kemudian dia mencubit lengan izzan. "Perasan. Nak puji diri sendirilah tu-- bila saya kata ciksu pandang awak. ", balas nabila.

Izzan mentertawakan nabila. Dia mencapai jarum jahit kemudian menghulurkan kepada nabila. Dia mahu memakai baju itu selepas dia mandi nanti dengan cepat.

Izzan memang seorang yang tegas. Jika dia bercadang untuk melakukan sesuatu, dia pasti akan buat. Walaupun jenama dan warna bajunya.

Akhirnya baju izzan yang terbuka sedikit jahitannya dibahagian tepi telah selesai dijahit semula oleh nabila. Izzan mengambil baju. Dia membelek depan dan belakang baju tersebut. Kemudian dia terus berlari naik ke atas untuk mandi.

Selepas mengemas barang yang digunakan. Nabila mengekori izzan kebilik. Dia juga mahu membersihkan diri sebelum sarapan.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now