BAB 29

11.9K 348 1
                                    

"Awak, esok saya nak keluar dengan zaf, ezanie dan sofiya boleh? Dah lama kami tak jalan sama-sama.", pinta nabila.

"Esok? Girls only? Dah tu nak pergi dengan balik naik apa?", soal izzan pula.

" yup, girls only. Esok kan hari ahad. Saya dah lama sangat. Tolonglah. Saya tanya mama, boleh tak nak pinjam pak mat. Hehe", jawab nabila sambil ketawa kecil. Dia membuat muka kesian kepada izzan.

Hmm, yelah. Yang penting ada kawan. Esok kan? Ada duit tak?", soal izzan prihatin. Kesian dia apabila mengenangkan nasib nabila yang selalu didalam rumah.

"Ada. Duit gaji saya banyak lagi. Tak guna pun. Nanti keluar bukannya banyak guna duit. Saja jalan-jalan. Tak pun wayang, karaoke atau makan.", jawab nabila teruja.

*****
Nabila membuka komputer ribanya. Laman web pendaftaran ke university di korea diisi dengan perasaan yang sangat gembira. Kesemua fail peribadi dan markahnya diisi sehingga penuh. Kemudian nabila bersiap untuk keluar dengan rakannya.

Nabila menaiki kereta datin yang dipandu oleh pak mat ke pavillion. Nabila menghubungi rakannya. Mereka memberi tahu nabila ada beberapa kawan lagi akan menyertai.

Tiba di pavillion, nabila terus mencari mesin ATM. Mereka telah berjanji untuk berjumpa di restoran makanan barat berhampiran.

Nabila melambaikan tangan kearah zaf, sofiya dan ezanie. Mereka terpaksa menunggu beberapa lagi untuk sampai.

Haziq tersenyum lebar. Puas hatinya dapat keluar dengan nabila. Ternyata Ain bukan seorang yang mungkir janji. Mereka keluar seramai 7 orang iaitu ezanie, zaf, nabila, ain, botak, haziq dan zet.

Kedatangan mereka sangat tak disangka. Mereka hanya bercadang untuk keluar bertiga. tapi bilangan bertambah dengan beberapa orang yang amat tak disenangi oleh nabila.

Nabila tak dapat merasai kegembiraan keluar bersama rakannya hari itu. Semuanya kelam. Ain telah merancang lebih jauh dari yang disangka. Habis nabila terperangkap dan terpaksa bersama haziq seharian.

Zet mengambil gambar nabila dan haziq dengan banyak. Dia memasukkan gambar tersebut kedalam instagram nama nabila juga di tag dengan niat mahu mengganggu hubungan nabila dan lelaki tampan yang dia jumpa semalam.

Nabila tak mampu untuk halang. Dia berpura-pura untuk balik. Nombor Pak mat di dail. Nabila mengajak zaf, sofiya dan ezanie pulang bersama.

Tetapi Mereka tidak terus pulang. Pak mat membawa mereka ke nu sentral pula. Barulah mereka berasa puas hati. Masa yang pendek itu diisi sepenuhnya dengan banyak aktiviti seperti karaoke dan boling.

Mereka pulang pada pukul 9 malam. Sembahyang telah mereka tunaikan di nu sentral sebentar tadi.

Nabila masuk ke dalam rumah. Pintu bilik dibuka dan dia ternampak izzan sedang menghadap komputernya. Nabila mengintai laman yang dibuka izzan. Dia terkejut kerana borang permohonan dia ke korea sedang dipadamkan.

Bahu izzan dipukul banyak kali. Nabila menolak badan izzan ketepi. Tetapi isi kandungan borang itu telah habis dipadam. "Awak ni kenapa? Main buka je laptop saya! Awak padam semua pula tu!."

"Kau ni berangan sangat nak pergi korea. Dekat sana siapa nak jaga? Cuba kau fikir. Aku dah cakap, kalau nak buat sesuatu minta izin aku! Sekarang kau ada minta izin? Jadi, Memang tak lah aku nak bagi.", kata izzan lantang. Dia langsung tak memikirkan soal hati orang.

Air mata nabila mengalir. "Tu cita-cita saya! Saya kahwin dengan awak sebab umi paksa semata-mata untuk sambung belajar dekat korea. Saya tahu tu alasan paling tak logik. Tapi tulah kenyataan dia." Nabila lari keluar dari bilik.

Izzan terdiam. Dia terasa dengan perkataan kahwin yang nabila kata tadi. Dia berfikir panjang tentang keputusan kata-katanya kepada nabila tadi. Izzan turun kebawah untuk melihat keadaan nabila. Tapi bayangnya pun tiada.

Seminggu mereka berdua tak bertegur. Hanya wajah yang mereka tatap. Hati yang berbicara. Mulut masih berkunci.

Tumpuan izzan didalam pejabat langsung tiada. Mesyuarat juga banyak ditangguh ke minggu hadapan.

Izzan membuka instagramnya. Gambar-gambar nabila ditatap lama. Rindunya dia untuk bercakap dengan nabila. Kesemua gambar nabila telah dia lihat, komen dan likers nabila juga di selongkar.

Hati izzan tergerak untuk membuka gambar nabila dibahagian tag. Izzan terpaku. Gambar nabila dan seorang lelaki yang telah dimuat turun seminggu yang lepas di lihat lama. Komen pada gambar tersebut sungguh membuatkan dia bengang. Telefon bimbitnya dimatikan dan dicampak ke atas sofa.

Belum selesai marahnya terhadap nabila kerana tidak memgikut katanya. Kini ditambah dengan penipuan. Dia tak menyangka nabila akan menipunya. "Girl only konon!"

*****
Nabila telah membuat keputusan untul meminta kebenaran izzan untuk sambung belajar di dalam malaysia sahaja. Dia tak melupakan cita-citanya untuk ke korea demi suaminya. Dia menunggu izzan pulang. Borang permohonan telah disimpan didalam dokumen laptopnya.

Petang itu izzan pulang. Beg kerjanya dicampak ke arah nabila yang sedang berdiri dihadapannya. Tangan nabila yang dihulurkan untuk menyalamnya ditepis kasar. Nabila terpaku. Datin dan abang nazir yang berada di belakang izzan terkejut dengan kelakuannya.

"Kau ni kenapa izzan? Isteri kau tu! Kalau kau tak nak, aku boleh tunjuk macam mana nak layan dia. Dia dah cukup baik untuk kau izzan!" Marah abang nazir. Kesian dia melihat nabila yang dilayan seperti itu.

"Kalau kau nak, aku boleh ceraikan dia! Kau ambillah. Aku nak tengok macam mana kau boleh tahan dengan penipu tu! ", jawab izzan lantang. Pintu biliknya dihempas.

Hati Nabila bagai ditusuk. Tak kan hanya disebabkan permohonan ke korea dia diperlakukan begitu. Badan nabila mula menggigil. Kata-kata izzan sungguh menikam. Beg izzan diletakkan elok ke atas sofa di ruang tamu. Tangannya menggigil. Nabila berlari kedalam bilik tetamu dan dikunci.

Malam itu nabila tak keluar makan bersama. Badannya terasa lemah dan kepalanya pening. Dia tidur berselubung dalam selimut. Malam itu terasa sangat sejuk.

Pagi itu nabila menelefon umi. Dia menangis semahunya. Dia tak tahu macam mana dia mahu berdepan dengan izzan.

"Kenapa suara serak ni? Sihat tak? Jangan lah anak umi ni sakit lagi. Kesian suami tu asyik kena jaga dia je." , kata umi risau. Dia tahu nabila kedengaran seperti sakit.

"Kakla sihat je umi. Rasa tak selesa je badan ni.", jawab nabila ringkas.

"Dah makan ubat ke belum? Ingat, jangan skip makan ubat. Nanti sakit menyusahkan orang pula. Kakla tu kalau demam bukan senang nak sembuh.", pesan umi lagi.

"Umi--", nabila menangis dan menceritakan segalanya.

"Biasalah, langit tak selalu cerah. Umi pun ada bergaduh dengan abah kan? Jadi kakla tak mustahil ada juga. Sabar jelah. Dia penat kot. Cuba kakla cari sebab dia kata kakla penipu.", nasihat umi. Umi tahu semua yang terjadi mesti ada punca.

Selepas makan tengah hari, nabila duduk diruang tamu. Kepalanya diurut. Pening di kepalanya semakin teruk.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now