Banyak cerita yang mereka kongsi. Mereka bercerita dan bersambut dengan gelak tawa. Tak dapat digambarkan bahawa gembiranya mereka setelah lama tidak berjumpa walaupun hanya sebulan lebih.
Sedang nabila ketawa, dia pandang ke arah beberapa lelaki yang baru masuk ke dalam kedai makan itu. Sekumpulan Lelaki tersebut memilih meja di hadapan mereka. Nabila terus terdiam apabila lelaki yang duduk bertentangan dengan nya di meja hadapan adalah khairin.
Nabila tersedak dan terbatuk-batuk. Perit tekaknya, dia hampir tidak boleh bernafas. Ketika itu mata nabila sudah berair dan hidungnya merah. Segera ezanie memberi nabila air. Lega rasa tekaknya. Nabila akhirnya berjaya menarik nafasnya.
Khairin terkejut apabila gadis yang bertentangan dengannya tersedak. Risau dia melihat gadis itu. Apabila gadis itu sudah beransur baik, khairin mengamati wajahnya. Dia seperti pernah lihat gadis itu.
Beberapa minit kemudian baru dia perasan bahawa gadis itu adalah nabila yang dia cari sejak dia sampai kl seminggu yang lepas.
****
Selesai nabila dan rakannya makan, mereka terus berlalu. Nabila meminta diri untuk ke sinki yang ada di tepi kaunter. Dia membasuh tangannya dengan sabun.Dia memandang ke arah meja yang bertentangan denganya tadi. Khairin sudah tiada. Nabila menutup kembali pili air.
Nabila?,' kedengaran satu suara yang garau memanggil namanya. Nabila terus pandang ke arah suara tersebut. Khairin tersenyum.
Ya Allah nabila, rindu nya saya dekat awak. Awak ingat saya lagi? Awak, saya datang kl ni bukan untuk sambung belajar sahaja. Saya datang untuk cari awak. Saya betul-betul minta maaf. Saya menyesal sebab tinggalkan awak beberapa tahun lepas. Saya datang nak tunaikan janji. Awak maafkan saya ya.
Nabila terkedu. Kesian dia melihat muka khairin yang kelihatan sayu dan merayu akan maaf dari nya. Belum sempat nabila ingin membalas kata-kata khairin, telefon bimbit nabila berbunyi.
Nabila, boleh tak awak gantikan tempat kak siti? Kak siti di kejarkan ke hospital sekarang. Saya minta maaf sebab terpaksa ganggu waktu rehat awak. Saya betul-betul perlukan bantuan awak untuk jaga kedai. - puan khalida, majikan nabila
Kak siti dikejarkan ke hospital? Kenapa puan? Saya memang nak pergi ke kedai sekarang. Saya tak kisah pun tentang waktu rehat saya. -nabila
Kak siti diserang asthma kerana ada seorang pelanggan menyerangnya tadi. Terima kasih ya nabila.
Sama-sama puan -nabila
***
Awak, saya kena pergi sekarang. Saya minta diri dulu. -nabilaKhairin menarik tangan nabila. Macam mana saya nak jumpa awak lagi. Saya nak tebus kesalahan saya semula.,' tanya khairin
Nabila merentap tanganya kembali. Kerana dia memang tak suka jika ada lelaki yang memegang tangannya. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.', jawab nabila. Nabila terus berlalu pergi.
Dari jauh ezanie, sofiya dan zaf ternampak nabila berlari keluar dari kedai makan. Mereka saling memandang sesama sendiri. Mereka berasa pelik. Tetapi mereka hanya mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomansaNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...