BAB 24

11.3K 358 4
                                    

Setelah beberapa hari mereka hanya bermain didalam rumah bersama sepupu nabila, tiba-tiba izzan bercadang untuk pergi jalan. Banyak tempat yang dia pilih seperti muzium negeri kelantan, rantau panjang dan taman tema air. Melihatkan izzan yang kebosanan akhirnya nabila akur.

Mereka keluar beramai-ramai disertai dengan pakcik dan makcik nabila. Mereka akan ke muzium negeri kelantan di kota bharu dahulu.

"Tunku fariz petra? Tunku yahya petra? Masjid faiz petra? Mana satu sultan negeri kelantan sekarang?", soal izzan tanpa henti. Dia tertarik dengan nama-nama yang terdapat di sepanjang perjalanan mereka.

"Tunku yahya petra tu ayah sultan raja kelantan sekarang. Sultan pula tunku fariz petra. Faiz petra pula adik sultan. Oh ya, umi kata dulu masa dia remaja umi pernah jumpa dengan fariz petra. Hensem katanya", jawab nabila. Dia telah mempelajari banyak sejarah negeri kelantan melalui umi.

Sepanjang mereka melancong di negeri kelantan, izzan akan cuba untuk memegang tangan nabila kerana risau. Tetapi nabila pula suka menghilang dan berjalan bersama umi. Izzan hanya menggeleng. Dia tersedar bahawa mereka hanya kahwin paksa dan tiada sebarang perasaan antara mereka. Izzan meneruskan langkah bersama sepupu dan adik nabila.

Izzan makan dengan comot sekali. Nabila hanya mentertawakan izzan. Dia langsung tidak bertindak untuk mengelap atau memberikan tisu.

"Nah", kata maksu sambil menghulurkan tisu kepada izzan. Izzan mengambil dan memberikan senyuman. Nabila terdiam. Dia dapat menangkap jelingan daripada maksu.

"Izzan pernah belajar dekat universiti utara malaysia, kedah kan?" Soal maksu memulakan bicara.

"Ya, mana tahu?". Soalan maksu dibalas dengan soalan dari izzan.

"Saya junior dekat sana dulu. Lepas tu masa tahun kedua, orang kata izzan pindah ke luar negara. Ingat lagi dulu, ramai yang suka izzan. Tak sangka boleh jumpa izzan lagi.", jawab maksu teruja. Dia gembira kerana dapat berbual dengan orang yang sangat dia minati dulu.

"Oh ye ke. Saya tak rapat dengan sesiapa sangat dekat sana. Perempuan tu ramailah yang datang jumpa dengan saya. Tapi seorang pun saya tak ingat", kata izzan selamba.

Hari itu, nabila melihat izzan
melayan maksu dengan sangat baik dan rapat. Tiba-tiba hati nabila berdegup laju. Cemburu mungkin. Nabila memukul dadanya supaya bersabar. "Buat apa nak cemburu? Dia cuma-- paksa--", pujuk nabila sendiri. Dia rasa seperti ingin menangis.

Nabila hilang selera untuk berbuat apa-apa. Selama tiga hari nabila tidak menegur izzan. Sepuluh yang ditanya, sepatah yang dijawab. Akhirnya mereka pulang ke kuala lumpur.

"Kita berhenti makan tau.", tegur izzan. Nabila hanya mengangguk. Izzan perasan akan perubahan nabila sejak 4 hari lepas.

Kereta diberhentikan. Nabila ingin membuka pintu. Tapi pintu masih berkunci. "Buka kunci, saya nak keluar. Dah lapar"

"Kau kenapa? Sejak dekat muzium lagi kau macam ni", soal izzan

"Tak ada apalah", jawab nabila malas.

"Kau cemburu dengan maksu? Salah kau juga, siapa suruh tak jalan dengan suami kau ni.", soal izzan. Keningnya diangkat sedikit.

Nabila mengetap bibir. Dia geram dengan izzan. Dia terus membuka kunci kereta secara manual. Dia berjalan dengan laju meninggalkan izzan.

Tengah hari itu, mereka makan di meja berasingan. Nabila sangat kecewa dengan sikap izzan. Selesai makan, nabila melihat jam ditangan. Waktu menunjukkan sudah masuk waktu zohor. Dia menghantar pesanan kepada izzan kerana dia mahu solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Nabila menuju ke kereta selepas selesai solat. Nabila menjadi takut kerana sekitar kawasan rehat itu langsung tiada kereta izzan. Dia seperti hendak menangis. Sanggup izzan meninggalkan dia. Nabila mengeluarkan telefon bimbitnya dan terdapat beberapa pesanan daripada izzan.

1) "Okay, pergilah. Aku tunggu"
2) " nabila, cepat sikit. Mama call aku suruh balik sekarang"
3) " kau boleh balik sendiri kan. Aku kena cepat ni. Urgent pasal pejabat"
4) "jumpa kau dekat rumah nanti."
5) "balik awal tau. Jaga diri"

Nabila jatuh terduduk diatas lantai. Dia berasa sangat takut kerana tiada sesiapa yang dia kenal disitu. Umi dan yang lain pastinya sudah jauh. Atau mungkin sudah di kuala lumpur. Nabila cuba menelefon izzan banyak kali tapi semuanya hampa. Nabila terfikir mungkin izzan mahu bergurau. Nabila memilih untuk menunggu.

Waktu sudah hampir senja. Bateri telefon bimbit nabila juga sudah sedikit. Nabila tiada pilihan. Dia perlu pulang juga. Nabila menghentikan teksi dan meminta untuk dihantar ke kuala lumpur. Hampir semua tak dapat menerima walaupun sudah ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Nabila ternampak satu teksi dihujung tempat rehat. Nabila mahu mencuba nasibnya. Dan ya, pemandu itu menerima nabila. Nabila mengambil tempat duduk belakang untuk keselamatanya. Nabila takut akan pemandu itu kerana wajahnya dalam lingkungan umur abang nazir.

Waktu sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Tetapi perjalanan masih jauh. Dia merasakan seperti jarak perjalanan mereka dari tadi hanya beberapa kilometer sahaja. Kerana terlalu mengantuk, nabila meminta pemandu itu menghentikan nabila di hotel yang berdekatan. Dia tak mahu meneruskan perjalanan lagi kerana selepas kawasan bandar itu. Mereka akan memasuki kawasan pedalaman dan hutan.

Pemandu itu tidak mahu menghentikan nabila. Dia memandang nabila dari cermin pandang belakang. Dia mula tersenyum sumbing. Nabila perasan akan pandangan pemandu itu. Nabila terus mengugut pemandu itu. Dia juga berbohong dan menyatakan bahawa dia telah menghantar nombor kereta teksi itu kepada pihak polis. Gambar pemandu itu juga telah dihantar sekali.

Kerana takut ditangkap, pemandu itu akur untuk menghentikan nabila. Tanpa berlengah, nabila membayar tambang dan keluar menuju ke hotel.

Selesai berurusan, nabila mengambil kunci biliknya. Dia terus merebahkan badannya keatas katil. Perasaan penatnya bercampur dengan terkilan terhadap izzan. Air matanya tak berhenti mengalir sehingga dia melelapkan mata.

****
"Mama, nabila dah balik", soal izzan.

"Nabila? Kamu tak balik dengan dia ke? Ni dah pukul 12 malam dah ni. Apa yang kamu dah buat?", soal datin risau. Dia terkejut apabila izzan menyoalnya begitu. Setahunya tadi izzan mahu pulang dengan nabila. Tapi kini izzan hanya pulang dari pejabat seorang diri.

"Ya Allah, nabila tak balik lagi?" Izzan terus menelefon nabila tetapi gagal. Telefon nabila sudah pun kehabisan bateri. Sangka izzan, nabila merajuk sampai tak mahu mengangkat telefon.
Baru izzan perasan ada banyak panggilan dan mesej dari nabila yang dia tidak jawab kerana dia didalam bilik mesyuarat.

1)"Awak janganlah bergurau"
2)"awak, dah senja ni. Saya takut. Saya tak kenal sesiapa dekat sini."
3)"tak apalah, ada teksi yang boleh hantar saya. Mungkin saya balik rumah umi"

Tanpa berlengah, izzan terus menghubungi umi. Tapi jawapan daripada umi dan akak hanya nabila masih belum balik. Izzan menyelongkar beg nabila. Dia membawa satu wayar keluar. Wayar itu ialah wayar pengecas telefon Asus nabila.

Izzan terdiam. Dia mula risau. Dia meminta maaf kepada datin banyak kali. Dia juga berdoa supaya nabila selamat.

"Mama nak kamu kahwin dengan nabila supaya kamu jaga dia sekeluarga. Supaya kamu laksanakan wasiat arwah papa. Supaya kamu dapat menebus kesalahan papa dekat ayah nabila. Tapi ni yang kamu buat", tangis datin. Dia menjadi kesal dengan anaknya. Izzan memeluk datin seeratnya. Dia tahu dia berdosa.

"Tebus kesalahan papa dekat ayah nabila? Kesalahan apa mama?", soal izzan khairan.

Datin terdiam. Dia menutup mulutnya kerana terlepas kata dan terus berlari kedalam bilik.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now