BAB 14

10.6K 331 2
                                    

Selepas sarapan, nabila disolek oleh mak andam. Dia menukar pakaiannya ke gaun kahwinnya. Selesai disolek dan menukar pakaian. Nabila keluar dari bilik. Dia perlu segera kerana pihak lelaki telah tiba. Tetamu juga sudah ramai. Khairin duduk tidak jauh daripada tempat bakal suaminya akan bersalaman dengan tok kadi.

Nabila beralih ke bilik yang ditetapkan sebelum dia perlu ke ruang tamu. Dari dalam bilik, nabila mendengar suara tok kadi. Akhirnya nabila sah menjadi isteri kepada anak datin itu dengan dua kali lafaz. Suaminya sedikit gugup semasa membaca nama nabila. Maklumlah mereka tidak pernah mengenali sesama sendiri terlebih dahulu seperti pasangan suami isteri yang lain.

Nabila dibawa ke ruang tamu.

Umi, nama dia apa? Izzan ch-- chek apa?,' tanya nabila pelik. Dia nama lelaki itu tidak dapat disebutnya kerana agak sukar

Izzan chae hyung. Dah pergi duduk sana.-umi

Nabila memandang umi pelik. Dia masih belum dapat menangkap nama suaminya itu. Dia terus duduk di kusyen rendah yang lembut.

Izzan pusing ke belakang untuk memandang isterinya. Dia bangun menuju ke arah nabila. Dia duduk betul-betul di hadapan nabila. Cincin nikah disarungkan ke jari .

Nabila hanya tunduk dari tadi terasa dagunya didongakkan. Dia memandang ke muka suaminya. Mukanya iras-iras cina. Kacukan kah? Dia pantas menyambut tangan suaminya yang telah lama dihulurkan. Tangan suaminya dikucup. Kemudian kepalanya disentuh untuk dibacakan doa.

Suaminya meletakkan tangannya lembut diatas kepala nabila. Dia membacakan doa secara perlahan. Selesai itu. Mereka bersurai untuk menjamu selera pula.

***
Nabila masuk ke dalam biliknya diikuti oleh izzan. Mereka berdua hanya diam tak bersuara.

Nabila mahu keluar untuk menjemput tetamu makan. Tiba-tiba tangannya ditarik kebelakang. Nabila pandang ke arah izzan.

Esok majlis kahwin dekat rumah aku, aku nak kau berlakon. Kau tahu mak aku tu buat majlis grand, jadi aku nak kau dengan aku mesra macam kita berdua sudah lama bercinta. Faham?,' arah izzan kepada nabila tegas.

Nabila hanya menganggukkan kepala. Dia berasa geram. Baru akad nikah, dah nak mengarah orang. 'Dari cara percakapan dia. Macam ada pelat-pelat sikit. Tak kan cina?' Teka nabila dalam hati. Dia berlalu pergi ke arah ruang tamu.

Selesai majlis pada waktu petang, nabila hanya meluangkan masanya dengan nadia ,atikah dan dhwana. Dhwana ialah rakannya yang tinggal di sabah. Mereka sangat rapat antara satu sama lain. Tetapi dhwana sekeluarga perlu kembali ke kampung halamannya.

Dhwana terkejut apabila dikhabarkan nabila akan berkahwin. Dhwana bernasib baik kerana kebetulan ayahnya ada urusan di kuala lumpur 3 hari 2 malam. Lalu dhwana mengikut ayahnya ke kursus.

Izzan memandang nabila dengan pandangan yang tajam. Nabila berasa pelik. Dia hanya mengabaikan sahaja suaminya itu.

Kakla, kawan kakla tunggu dekat luar tu. Kesian dia, yang lain dah balik. Katanya nak cakap dengan kakla sekejap. Pergilah -umi

Nabila terus menuju ke arah pintu rumah nya. Kawan yang umi maksudkan seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

Khairin, dari tadi saya tak nampak awak. Awak dah makan kan? -nabila

Dah. Nabila, saya nak bagi tahu. Sebenarnya saya kecewa sebab awak dah jadi milik orang. Tapi, saya tak akan berhenti doakan kebahagian awak dengan dia. Cukup lah saya dapat berkawan dengan awak. Mungkin bukan jodoh kita. Jaga diri. Jadi isteri yang solehah dan taat pada suami. Kalau suami awak buat apa-apa, bagi tahu saya. Biar saya cubit dia. Haha. Nabila saya pergi dulu ya. -khairin.

Nabila masih kaku. Dia terkedu dengan pengakuan yang dibuat oleh khairin. Dia tak sangka orang yang dia minat selama ini ingin membalas cintanya tapi ia sudah terlambat.

Khairin kelihatan masih tersenyum walaupun hatinya sakit. Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu lambat mengejar orang yang mencintainya sejak beberapa tahun yang lalu.

****
Malam itu izzan dan datin pulang ke rumah mereka kerana perlu menyiapkan majlis menerima menantu di rumahnya. Nabila dibiarkan dirumah umi. Datin ibgin melakukan kejutan untuk menantunya itu.

Seperti malam biasa, nabila masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Kali ini dia tidak merenung cincin timah lagi. Tetapi cincin emas yang bertitahkan berlian. Dia masih teringat kata-kata khairin tadi. Sekejap- sekejap nabila mengeluh.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Tak pernah dia berjaga sehingga lewat begitu. Namun matanya masih cerah. Nabila membuat keputusan untuk makan ubat tidurnya. Dia risau jika majlis di rumah datin nanti rosak kerana dia.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now