BAB 32

27.7K 587 58
                                    

Selepas beberapa hari kenduri tersebut dilakukan, abang nazir menyampaikan hajatnya untuk berkahwin. Bahagianya datin apabila mendapat berita tersebut. Kenduri kahwin abang nazir juga akan berlangsung dalam masa sebulan sahaja lagi. Mereka tak mahu melengahkan perkara yang baik.

Dalam tempoh pernikahan abang nazir, izzan sering berkelakuan pelik. Izzan selalu membeli bahan mentah seperti ikan pari, burung puyuh dan banyak lagi. Kesemuanya diberikan kepada mak esah untuk dimasak mengikut masakan yang izzan mahu.

Izzan juga adakala muntah dan berperangai seperti orang mengandung. Mengidam tanpa henti. Tengah malampun selalu mengganggu nabila untuk menemaninya makan diluar.

"Abang tak boleh makan nenas tau. Benda masam, telur semua tak boleh. Nanti anak tu gugur. Haha", sindir nabila. Perut izzan digeletek geram.

Izzan menepis tangan nabila. Dia menjelingkan matanya. Pantas pipi nabila dicubit. "Abang lelaki lah. Mana boleh mengandung. Entah-entah sayang yang mengandung. Abang pula yang sakit macam ni." Bibirnya dimuncungkan.

Nabila meniru aksi izzan sambil matanya ditutup untuk menambah kecomelan pada wajah. "Esok kita pergi periksa dekat doktor nak? Mana tahu sayang mengandung. Kalau betul sayang mengandung, abang sanggup sakit. Asalkan kita ada anak."

"Haha. Abang ni. Yelah esok kite pergi klinik. Kita periksa abang. Mana tahu abang ni bukan lelaki.", sakat nabila. Izzan mencubit hidung nabila geram. Hari itu sahaja sudah berapa kali nabila menyakatnya.

Alangkah gembiranya izzan apabila mendapat tahu bahawa nabila mengandung 2 minggu. Dia juga masih berasa pelik kerana nabila langsung tiada alahan. Malah lebih aktif dan mesra.

Rupa-rupanya nabila sudah lama menahan alahannya. Bau minyak wangi pada badan izzan sungguh mengganggunya. Tetapi nabila hanya merahsiakan segalanya. Dia tak mahu menyusahkan izzan jika dia sakit lagi. Nabila juga telah dapat merasakan dia sedang mengandung.

Selepas perkahwinan abang nazir dengan pilihan hatinya. Nabila perlu menyambung pelajarannya dikorea. Izzan pula sibuk di ofis menguruskan pertukaran tempat kerja ke ofis kedua di korea. Dia perlu menemani nabila yang sedang mengandung di korea.

Di korea, kandungan nabila sudahpun berumur 3 bulan. Semuanya berjalan dengan lancar. Nabila sering membuat pemeriksaan dihospital berdekatan dengan tempat belajarnya.

"Nabila! What a small world. Tak sangka jumpa kau dekat sini. Kejap. Perut kau. Kau mengandung ke?", tegur sofiya.

Eh, sofiya. Ya Allah, macam manalah boleh jumpa dekat sini. Duduklah teman kite makan. Iya, kite mengandung. Ingat tak 'abang' kite tu?" Kata nabila.

"Abang kau mengandungkan kau? Biar betul? Ni kau lari ke? Tak guna betul!", marah sofiya. Nabila tergelak melihat reaksi sofiya. Dia tahu sofiya masih belum mengetahui statusnya sebagai isteri izzan.

"Haha, bukan abang kandunglah. Abang yang jumpa dekat sekolah tu. Dia suami kite. Dah lama kahwin. Saja nak berahsia.", jawab nabila

"Lah, kau dah kahwin ke. Alhamdulillah. Awal jodoh kau. Aku ni pun tak tahu bila nak kahwin. Asyik sibuk dengan kerja", kata sofiya dengan nada sedih.

"Haha. Ada-ada je. Inshaallah ada lah jodoh awak. Mungkin dekat korea. Mungkin dekat malaysia. Mana tahu orang putih ke.", sakat nabila. Mereka berdua tertawa. Banyak cerita yang mereka kongsikan tentang kehidupan di korea.

Semasa kandungan nabila sudah berusia 5 bulan, nabila memilih untuk merahsiakan jantina anaknya. Nabila juga sedaya upaya memujuk izzan untuk tidak melihat jantina anak mereka. Dalam kemesraan mereka, izzan masih berasa pelik kerana saiz nabila bukan saiz kandungan normal. Perut nabila lebih besar berbanding wanita mengandung lain.

"Alaa, orang korea kurus. Memanglah perut dia kecil. Saya ni Orang melayu memang besarlah perut dia.", helah nabila. Entah dari mana dia dapat alasan tersebut.

*****
Sedang mereka bergurau ditaman, perut nabila terasa begitu sakit. Nafasnya juga sudah naik turun. Nabila cuba untuk bangun dari duduk. Tapi tiba-tiba ada air mengalir dari kakinya. Izzan mula risau. Badan nabila diangkat masuk ke kereta.

Lama izzan menunggu keputusan doktor. Tak lama kemudian nurse keluar dan memanggil izzan untuk masuk. Ketika itu dia melihat nabila sedang meneran untuk melahirkan anak.

Izzan memegang tangan nabila. Dia hanya membiarkan nabila menggenggam bajunya sekuat hati. Rambutnya juga sudah bersepah kerana nabila. Dia kesian melihat isterinya yang berpeluh dan kesakitan. Urat nabila kebiruan sudah kelihatan.

Dalam nabila sedang meneran, nafasnya tiba-tiba perlahan. Matanya hampir terpejam. Genggamannya terlepas dan nabila tidak sedarkan diri.

Izzan menjadi cemas. Nurse terpaksa meminta izzan keluar. Tetapi izzan melawan. Dia masih bertegas untuk menemani nabila. Nabila dipakaikan alat bantuan pernafasan. Muka nabila diusap. Peluh nabila juga dilap sehingga kering.

Tidak lama kemudian, Izzan terdengar tangisan bayi yang dikeluarkan menggunakan vaccum. Dia memandang bayi tersebut. Dia tersenyum lebar. Sedang dia bergembira, dia terdengar kekecohan dari nurse. Dia juga melihat doktor yang masih sedang menguruskan nabila.

Rupa-rupanya mereka mendapat anak kembar. Nabila direhatkan. Bayi-bayinya pula dibersihkan.

Izzan setia menemani nabila sehingga sedar. Anak-anak mereka dia bawa masuk untuk diazankan. Ketika itu nabila terjaga. Dia melihat anaknya dalam pangkuan izzan. Sungguh merdu suara izzan.

Nabila mengalihkan pandangannya ke arah tepi katil. Dia ternampak anaknya yang kedua sedang lena tertidur. Senyumannya semakin melebar. Gembiranya nabila ketika itu.

Izzan mengisi borang kelahiran anaknya. Dia juga mendaftar anaknya sebagai warga negara malaysia.

"Sayang nak bagi nama apa dekat anak-anak kita ni?", soal izzan teruja. Senyumannya tak pernah lekang dari bibir.

"Yang pertama, izham hakimi bin izzan chae hyung. Yang kedua, salwa humaira binti izzan chae hyung. Okey tak abang?", jawab nabila.

"Okey. Tapi, huruf depan tak samalah sayang. Orang lain sama je huruf depan.", kata izzan manja.

"Abang ni. Sekarang dah tak boleh nak manja macam dulu. Dah ada anak dah. Dua pula tu. Okey apa, depan je tak sama, hakimi dengan humaira kan dah dekat.", kata nabila pipi izzan dicubit manja.

"Okey sayang. Apa-apa saja untuk sayang. Abang terima dengan pilihan sayang. Paaandai sayang pilih." Nama anak-anaknya terus ditulis keatas borang tersebut.

Nabila menepuk tangan seperti kanak-kanak.

Mereka memberi tahu keluarga mereka. Mama dan umi sekeluarga terus membuat keputusan untuk datang ke korea melawat nabila. Nabila juga perlu dijaga rapi dalam pantang.

Mereka hanya memberi tahu umi dan mama bahawa nabila mengandung. Tiba sahaja mereka di hospital, Mereka semua terkejut apabila mendapat tahu mereka mendapat dua cucu dalam satu masa.

Abang nazir tak dapat menemani datin kerana isterinya juga sedang sarat mengandung. Berusia 6 bulan. Tak cukup dengan itu, kakak nabila iaitu kak auni sekarang sedang bercadang untuk bernikah. Abang nabila pula menyambung pelajarannya di mesir dan akan mengambil master.

Adik-adik nabila pula dapat belajar di sekolah berasrama penuh. Kesemua mereka bagai mendapat rezeki yang melimpah.

Tahun itu merupakan tahun yang sangat bahagian buat mereka. Berita gembira dalam keluarga mereka bagaikan datang tanpa henti.

**********************************
#my new novel @mahalnyacinta

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now