Selepas pergi ke klinik, masalah tidur nabila sudah berkurang. Nabila sentiasa memikirkan cara untuk membalas jasa suaminya. Kalau nak sediakan sesuatu, dia selalu balik lewat malam. Selesai kerja bukan nak balik, pergi sambung main bola pula.
Nabila mengeluh perlahan. Petang itu datin dan abang nazir pulang awal. Nabila menemani datin ke bilik. Dia membantu datin menanggalkan beg, baju datin juga di simpannya dengan kemas.
Mereka berbual sebentar di dalam bilik. Nabila mengurut badan datin dengan suka rela. Dia tahu ibu mentuanya penat pulang dari kerja.
Pintu bilik datin dibuka oleh abang nazir tiba-tiba. Nabila bernasib baik kerana tidak menanggalkan tudungnya tadi. Mereka memandang abang nazir serentak.
"Sorry, tak tahu pula nabila ada dengan mama. Girls talk ke ni?", soal abang nazir mesra.
"Haha. Borak biasa saja. Kenapa nazir?," soal datin pula. Abang nazir hanya menggelengkan kepalanya. Nabila meminta diri kerana takut mengganggu hal keluarga mereka.
"Mama rasa hari ni izzan balik awal juga. Pergilah urut dia. Takkan urut mama je kan?" Gurau datin.
"Beruntung adik ada isteri macam tu kan mama," sambung abang nazir.
"Eh, tak ada la abang. Ada-ada saja mama ni.", kata nabila sambil menutup pintu.
Nabila masuk ke dalam biliknya. Kelihatan izzan baru selesai mandi. Badannya masih basah, tualanya pula separas pinggangnya.
Nabila pusing ke belakang. Dia mahu membuka pintu bilik untuk keluar semula. Izzan yang perasan akan kehadiran nabila terus menuju kearahnya. Dia menghalang tangan nabila yang sedang memegang tombol pintu. Mata nabila terus dipenjamnya rapat.
"Mama kata kau pandai urut kan? Malam ni aku nak kau urut aku. Badan aku sakit ni. Sehari aku tak rehat. Aku pakai seluar sekejap. Ye la, nanti tak pakai apa-apa kau juga malu. Bawah umur kan?", Kata izzan sambil mengejek nabila di sebelah telinganya.
Nabila membuka matanya perlahan. Dia pusing ke belakang, izzan sudah pun baring diatas katil.
Nabila mengambil tuala dan minyak angin. Tuala itu diletakkan di bahagian atas pinggang izzan yang terdedah. Minyak angin itu disapu di sekitar belakang badan izzan.
"Mengurut ke Kau goda aku? Nak urut tu kuat-kuat lah. Ni macam raba badan aku. Kau kena ingat, kau tu bawah umur. Kecil lagi.", kata izzan.
Belakang izzan ditumbuk dengan kuat. Dia juga mencubit-cubit badan izzan. Geram nabila apabila di ejek begitu.
"Aduh! Sakit lah! Kau nak bunuh aku ke?," marah izzan. Izzan ingin bangun dari berbaring.
Nabila menolak badan izzan ke katil semula. Nabila tak mahu diapa-apakan oleh izzan. Dia menahan kekuatan badan izzan supaya izzan tak dapat bangun.
"Okey-okey. Saya urut betul-betul. Jangan gerak," arah nabila. Badannya sudah lemah untuk melawan izzan. Suara dan nafasnya sudah terketar-ketar.
"Haha, tahu takut. Cepat sambung urut. Nanti aku nak tengok cerita pula. Aku nak kau teman aku sampai cerita habis.," arah izzan lagi.
Nabila hanya akur. Urutannya dikuatkan lagi. Itu merupakan kali pertama nabila mengurut lelaki. Ternyata cara mengurut lelaki dan perempuan tidak sama.
****
Selesai diurut, izzan memakai baju. Dia turun ke dapur diikuti nabila. Peti ais dibuka. Dia mencari sesuatu untuk dikunyah sambil menonton cerita kegemarannya nanti.Izzan memandang nabila yang sedang mengambil mangkuk. Dia mengekori nabila dari belakang.
Nabila mengambil sedikit buah-buahan campuran yang dicampur dengan susu sejat didalam satu bekas. Ais dimasukkan beberapa ketul. Dia membuka bekas lain pula, dia meletakkan dua ketul agar-agar berwarna merah dan hijau.
"Nah, saya buat tengah hari tadi. Kebetulan pula awak balik awal. Lepas tu nak tengok tv.", kata nabila sambil menghulurkan mangkuk tersebut.
Mereka menuju ke ruang tamu. Tv dihidupkan. Izzan menyambungkan pendrivenya dengan tv. Tajuk nya dirahsiakan dari nabila. Dia memandang nabila dengan senyuman nakal. Kemudian lampu di tingkat tersebut ditutup. Hanya cahaya dari tv dan tingkap sahaja yang menerangi kawasan itu.
Izzan membuatkan cerita itu mempunyai sari kata kerana cerita itu berbahasa korea. Ia akan memudahkan nabila untuk faham.
Pada awal cerita lagi sudah membuatkan nabila takut. Kedengaran suara perempuan menjerit dan mengilai.
"Awak pasang cerita hantu ke?," soal nabila takut.
"Yup, korean horror movie. Orang kata cerita ni best. Cerita dia seram tahap tertinggi.", jawab izzan teruja. Dia tahu nabila ketakutan. Dia mendekati nabila. Mata hitamnya dipusingkan sehingga kesemuanya putih. Lampu suluh disuluhkan ke mukanya.
"Aaahh!!! ", jerit nabila sekuat hati.
Izzan ketawa terbahak-bahak sambil menutup mulut nabila. Dia takut kalau mama dan abang nazir akan mengganggu mereka menonton tv.
Sepanjang cerita itu, nabila hanya menutup mata dan telinga. Dia hanya menonton jika cerita itu berubah siang. Hantu dalam cerita itu terlalu seram baginya. Suara yang mengilai, menyanyi, menangis dan menjerit itu sungguh membuatkan dirinya gerun.
Nabila menghabiskan hidangan makan tengah malamnya dengan cepat. Lalu manggkuknya diletakkan di atas meja.
Tiba-tiba kedengaran seorang wanita menjerit. Ketika itu dada nabila sudah terasa sesak. Nafasnya tidak teratur. Dia juga tidak berhenti batuk. Dia semakin tidak selesa dengan keadaan lampu tertutup dan bising dengan bunyi-bunyi seram.
Izzan yang dari tadi hanya tumpu pada tv tersedar apabila nafas nabila sudah semakin pendek. Izzan mula cuak. Tv diberhentikan. Lalu Lampu terus dibuka. Nabila yang sudah terbaring didudukkan.
Datin yang berasa tidak sedap hati dari tadi terus turun kebawah. Dia nampak nabila sudah tidak sedarkan diri.
"Kenapa ni izzan?," soal datin risau.
"Tak tahu, ma. Tadi tengok cerita hantu, tiba-tiba dia jadi sesak nafas. Ni dah pengsan pula.", jawab izzan ketakutan.
"Cepat, bawa dia ke hospital. Mama rasa dia kena asthma attack," balas datin.
Izzan terus mendukung nabila. Datin menghidupkan enjin kereta lalu terus meluncur ke hospital.
Datin yang hanya memakai baju tidur memilih untuk pulang semula. Manakala Nabila di kejarkan ke wad kecemasan. Nabila dipakaikan alat bantuan pernafasan.
Tidak lama kemudian izzan diberi masuk. Doktor menerangkan masalah nabila.
"Nabila ada makan ubat apa-apa ke? Sebab melalui pengesahan, banyak punca dia kena serangan asma. Pertama, kesan ubat yang diambil kerana badannya tidak mampu bertindakbalas dengan ubat itu. Kedua, pengambilan makanan sejuk pada waktu malam. Yang terakhir, kerana kawasan persekitaran yang sempit atau gelap.", terang doktor
"Ya Allah, malam ni memang semua itu dia buat doktor.", jawab izzan kesal. Dia menjadi resah takut kalau semuanya berpunca dari dia.
"Jangan risau, nabila pun dah selamat. Dia cuma perlukan rehat.", kata doktor yang ingin menenangkan izzan. Izzan hanya menggangguk.
Tidak lama kemudian, datin dan abang nazir tiba. Rambut nabila ditutup sedikit oleh izzan. Izzan terpaksa menceritakan segalanya.
Mama memegang bahu anaknya sambil memujuk. Dia tahu anaknya sedang takut dan menyalahkan diri sendiri.
Izzan menyuruh mama dan abangnya pulang. Dia mahu menunggu nabila bangun.
***
Esoknya nabila sudah terjaga. Dia memandang kearah izzan yang tertidur ditepi katilnya. Badan izzan diurut sedikit. Pasti suaminya penat menunggu seperti itu.Izzan terjaga. Mereka menunaikan solat subuh berjemaah walaupun nabila sakit. Nabila solat secara baring.
Doktor mengesahkan nabila boleh pulang lebih awal berbanding yang dicadangkan malam tadi. Doktor membenarkan nabila pulang pada esok petang selepas izzan habis kerja. Doktor juga menasihati nabila untuk menjaga pemakanan dan keadaan sekitar. Doktor juga menyuruhnya menukar ubat tidurnya kerana Ubat itu tidak sesuai untuk dirinya.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...