BAB 5

13.5K 387 4
                                    

Awal- awal pagi lagi nabila sudah bersiap untuk ke spa tempat praktikalnya. Nabila memakai sedikit alat solek dan minyak wangi. Dia terus menyarungkan tudung dan turun kebawah untuk membantu puan azhani iaitu umi nya untuk menyediakan sarapan.

Selesai menghidang, nabila menjamah sedikit makanan dan terus menghidupkan enjin motornya. Nabila bersalam dengan umi. Dia mengirimkan salam pada abah, kakak, abang dan adik-adiknya.

****
Pada waktu pagi sahaja nabila sudah mendapat seramai 3 orang pelanggan yang memerlukan perkhidmatan urutan badan. Tanpa dia sedari, waktu berlalu dengan pantas. Sewaktu dia habis mengemas katil, sudah hampir kurang lima minit lagi untuk waktu rehatnya bermula. Dia terleka dengan karenah pelanggannya.

Selesai mengemas, dia mengambil begnya untuk berehat di mana-mana kedai makan. Dia membuka telefon bimbit berjenama ASUS. Terdapat beberapa pesanan daripada rakannya.

Nabila, jom makan dekat times square. Dah lama tak jumpa kau, sofiya dengan zaf. Aku ajak diaorang sekali. Cepat tau. -ezanie

Tepat pukul 1 tengah hari, nabila terus menaiki motornya menuju ke times square. Mereka memilih untuk makan tengah hari bersama di kedai makan 'subway'.

Mereka memesan makanan yang berlainan. Nabila memilih roti berinti tuna dan sayur sebagai makanannya. Mereka sungguh gembira kerana telah lama tidak bertemu. Mereka bercerita tentang nasib mereka dah pelanggan-pelanggan mereka. Pelbagai kisah lucu mereka ceritakan.

Zaf meminta diri untuk ke tandas.

Nabila, kau ingat khairin? -ezanie

Khairin? Khairin mana eh? -nabila

Laa, khairin yang kau minat dulu tu. Tak kan kau tak ingat. -sofiya

Oh, dia. Kenapa?-nabila

Aku ada nampak dia post yang dia sambung belajar dekat kuala lumpur. Tak silap aku dia tulis dia sambung belajar dekat kl sebab dia nak jumpa dengan kawan dia. Lepas tu dia tulis kawan dia tu perempuan, dia buat semua tu sebab dia nak tunaikan janji dia. Dia kata dia berjanji suatu hari nanti dia akan cari perempuan tu. Sebab masa tu dia terpaksa tinggalkan perempuan tu dan dia buat janji. Kau tak rasa tu kau ke? -ezanie

Ya la nabila. Tak kan kau tak tahu? -sofiya

Ye ke? Kite tak tahu pulak.', bohong nabila. Nabila sebenarnya sudah tahu tentang perkara tersebut. Tapi dia tidak berharap apa-apa. Takut nanti dia bertepuk sebelah tangan.

Aku harap dia sebenarnya datang memang untuk cari kau. Dia tu kejam sangat sebab tinggalkan kau masa kau tingkatan dua dulu. Aku berharap juga yang dia datang dekat kau, merayu dan minta maaf dekat kau. -ezanie.

Yes, aku sokong kau ezanie. Dia tu kejam sangat. Aku nak sangat dia sujud dekat kau. Hah, kau pulak nanti kalau dia datang merayu, jangan pulak baik sangat pergi terima! Biar dia tu betul-betul menyesal. Sanggup dia khianat kau. Mentang-mentang kau ni baik. -sofiya

Ish, kenapa awak berdua ni? Nampak macam yakin je yang dia tu datang sebab kite. Jangan la fikir sangat,' pujuk nabila. Takut pula dia apabila melihatkan muka rakannya yang bengis.

Zaf kembali dari tandas. Kami semua berhenti dari berbual tentang cerita tadi. Kami tahu bahawa zaf tak suka mendengar cerita tentang lelaki. Lebih-lebih lagi apabila cerita tentang lelaki yang nabila minat. Zaf bukan tak suka lelaki, tetapi dia tidak suka jika ada diantara mereka yang terlalu fikir tentang lelaki.

Bagi zaf, lelaki tu sudah pergi. Kenapa kita kena berharap dan terbayang-bayang kan lelaki tu.

Mereka menyambung makan.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now