Nabila tersedar daripada lenanya. Mujur dia tidak terlepas dari waktu subuh. Dia bersiap untuk keluar dari hotel itu. Nabila mengambil kesempatan untuk meminjam telefon hotel untuk menghubungi umi. Dia mendail nombor umi yang telah dihafalnya sejak dari kecil lagi.
Umi berasa lega selepas semalaman risau tentang anaknya. Akak , abah dan abang juga mengucapkan syukur. Setelah itu nabila ingin menghubungi izzan. Dia terus membuka beg tangannya. Tapi malangnya telefonnya tidak boleh dibuka. Dia mencari-cari buku nota kecilnya yang menjadi tempat kedua untuk dia menulis sesuatu. Mujur dia menyimpan nombor izzan di dalam buku itu.
Nabila cuba untuk menghubungi izzan banyak kali, tetapi gagal. Dia terus berputus asa dan ingin meninggalkan hotel tersebut. Belum sempat dia keluar dari pintu, pekerja hotel yang berada di kaunter memanggil nabila. Katanya ada panggilan dari seseorang yang mungkin baru dia hubungi. Panggilan itu diangkat. Tetapi panggilan tersebut bukan untuknya.
Nabila menghentikan teksi yang terdapat berdekatan dengannya. Nasib nabila lebih baik berbanding malam tadi. Kereta teksi yang ditahannya ternyata ingin menuju ke kuala lumpur juga.
Sepanjang perjalanan nabila tidak berhenti daripada berzikir dan membaca surah-surah yang dia hafal. Dia juga melihat permandangan yang indah diwaktu pagi. Hampir 4 jam juga dia berada didalam teksi tersebut. Akhirnya mereka masuk ke 'highway' kuala lumpur. Nabila tersenyum gembira. Dia menepuk tangan seperti kanak-kanak tetapi tiada bunyi kerana tidak mahu mengganggu pemandu.
Pemandu tersebut memandang nabila dari cermin pandang belakang lalu tersenyum. Senyumannya yang manis bertukar menjadi sinis. Pemanduannya di tukar arah dari kuala lumpur ke pahang semula.
Nabila perasan akan perubahan laluan. Dia terus menegur pemandu tersebut. Tetapi tidak diendah. Nabila mengugut pemandu tersebut seperti semalam.
Tiba-tiba pemandu tersebut ketawa. Nabila menjadi cuak. Dia menjerit dan menyatakan mahu menghubungi polis dan lompat dari kereta tersebut.
Pemandu tersebut mengunci teksinya. Ketawanya juga semakin rancak. "Kau ingat kau boleh tipu aku? Bateri kau dah habis. Aku nampak masa kau masuk tadi. Aku perhatikan kau dari malam tadi lagi. Kawan akupun kau tipu. Sekarang kau dah tak boleh tipu aku. Haha", kata pemandu tersebut sinis.
"Aku minta maaf pasal kawan kau tu. Aku tak bermaksud. Kenapa pula kau nak perhatikan aku? Aku tak kenal kau!", marah nabila.
"Kalau nak buat jahat kena kenal dulu ke? Baiklah, nama aku khairul. Dan kau-- . Sekarang kau dah kenal kan?", katanya loyar buruk. Keningnya diangkat sebelah.
Nabila jadi buntu. Dia dah tak ada pilihan. Helahnya untuk menipu sudah lapuk bagi pemandu tersebut. Dia menangis tapi esakannya cuba ditahan. Dia sempat berbisik untuk minta maaf kepada izzan. Dia menyalahkan dirinya kerana memulakan pergaduhan dengan izzan. Dia menyesal.
Nabila memandang kearah pintu teksi tersebut. Dia sempat menjeling ke arah pemandu tersebut. "Kau ingat aku tak berani nak lompat?", bisik nabila. Dia membuka kunci kereta secara manual dan terjun dari kereta yang dibawa laju itu. Dia jatuh terjelepuk keatas jalan. Kaca matanya tercampak jauh. Badannya sakit dan tangan baju dan seluarnya koyak.
Nabila memandang kearah kereta teksi yang telah berhenti tidak jauh dari tempatnya jatuh. Kereta tersebut dipandu secara mengundur untuk menghampiri nabila. Nabila menahan sakit dan cuba untuk bangun. Dia berlari semahunya dari orang jahat itu. Nabila menjerit meminta tolong.
Air matanya mengalir. Dia merasakan seperti segalanya hanya sia-sia. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Badannya juga sudah lemah. Tudungnya sudah tidak terurus langsung tak diendah. Tak lama kemudian dia ternampak dalam keadaan samar-samar sebuah kereta melalui selekoh berdekatan. Matanya menjadi kelam dan badannya rebah. Mungkin kerana hentakan yang dia lakukan semasa terjun keluar dari kereta tadi.
Nabila merasakan badannya diangkat dan ada suara yang ketawa melihatnya.
******
Izzan keluar dari tandas lalu menyarungkan baju berlengan pendek jenama polo dan berwarna merah. Seluarnya disarungkan lalu dia terus turun ke bawah untuk bersarapan. Dia tak dapat untuk makan seperti biasa kerana seleranya kurang. Selesai makan, izzan dan datin keluar untuk ke rumah umi. Abang nazir pula perlu menguruskan hal pejabat yang sepatutnya izzan uruskan.Telefon bimbit izzan berbunyi menunjukkan ada pesanan yang masuk. Izzan tidak mahu memandang telefonnya. Dia yakin bahawa pesanan tersebut bukan daripada nabila. Dia juga tak mahu melihat muka depan iphone 6snya kerana gambar tersebut ialah gambar dia dan nabila semasa di sawah tempoh hari. Dari malam tadi dia tak keruan apabila gambar nabila ditatap.
Sampai dirumah umi, barulah izzan membuka pesanan tersebut. Dalam pesanan itu menunjukkan dia telah mendapat 5 panggilan yang tak diangkat. Dia melihat nombor tersebut kemudian waktu panggilan dilakukan. Dia memberi tahu umi. Umi menyatakan bahawa nombor tersebut ialah nombor yang nabila gunakan semasa nabila membuat panggilan kepadanya tadi.
Izzan menghubungi nombor tersebut. Tetapi dijawab oleh pekerja hotel yang nabila duduk malam tadi. Pekerja itu juga memberi tahu bahawa nabila telah keluar selepas membuat panggilan. Kemungkinan nabila dalam perjalanan ke kuala lumpur pada waktu ini. Izzan menutup telefonnya. Dia menyesal kerana tidak sempat untuk menjawab panggilan nabila tadi.
Umi memujuk izzan dan datin supaya bertenang. izzan tak berhenti terfikir tentang perkara yang datin katakan padanya malam itu. Izzan memandang datin dengan penuh tanda tanya. Tapi datin hanya berkata bahawa, sampai masa nanti dia akan tahu juga. Buat masa ini, dia perlu menjaga nabila sekeluarga. Itulah tanggungjawabnya. Keluarga nabila yang ramai dengan adik beradiknya sekarang ialah tanggungjawab izzan.
Dia berharap agar dia dapat melaksanakan wasiat arwah papa kesayangannya. Dia menyesal kerana meninggalkan nabila. Dia tak mampu untuk melihat gambar-gambar nabila. Dia mencampakkan telefonnya. Mukanya ditekup dan dia mendengus kasar.
******
"Tolong! Lepas kan aku! Aku minta maaf, apa salah aku dekat kau? Tolong lepaskan aku! Jangan buat apa-apa dekat aku!", jerit nabila seperti histeria. Nabila meronta-ronta untuk dikeluarkan dari kereta. Dia tak ingat apa yang telah berlaku kepadanya tadi."Jangan risau, saya dah selamatkan awak. Awak selamat dengan saya sekarang.", kata seorang lelaki. Nabila memandang muka lelaki tersebut. Muka dan tangan lelaki itu terdapat kesan lebam dan luka. Nabila menggelengkan kepalanya. Kedua tangannya diletakkan dikepala dan menutup telinga. Dia tak percaya dengan lelaki itu.
Nabila menangis dan minta dilepaskan dari perut kereta. Tetapi kereta tersebut telah dikunci dari luar menggunakan 'safetylock' untuk kanak-kanak. Dalam tangisannya dia menyebut nama izzan, umi dan abah. Dia meminta maaf banyak kali. Dia tak dapat fikirkan apa yang bakal berlaku pada dirinya. Lama-kelamaan nabila tak sedarkan diri.
*****
Nabila terjaga. Dia terkejut apabila pakaiannya sudah ditukar kepada baju berwarna hijau besar. Dia meracau dan menjerit semahunya diatas katil. Tidak lama kemudian doktor datang dan berikan ubat penenang.Nabila membuka matanya perlahan dengan sedikit rasa tenang. Disebelah katilnya terdapat seorang wanita yang cantik, muda dan bertudung. Wanita itu tersenyum kemudian memegang tangan nabila.
"Awak Ni siapa? Awak bersubahat dengan lelaki teksi tu ke? Awak tolong lepaskan saya. Saya tak sanggup. Saya dah ada suami.", kata nabila lemah. Air mata nabila mengalir lagi.
Wanita itu mengusap wajah nabila lembut. "Jangan risau. Suami saya dah selamatkan awak dari lelaki teksi tu. Saya jaga awak buat sementara waktu. Nama saya sara, suami saya yusuf., " Pujuk wanita itu.
Nabila mengganggukkan kepala. Dia meminta untuk membuat panggilan kepada keluarganya. Tetapi wanita itu menyatakan bahawa barang nabila berada dengan pihak polis untuk melakukan penyiasatan. Nabila merayu untuk wanita itu membantunya. Muka nabila sembap dan pucat kerana terlalu takut. Badannya juga tak berhenti menggigil.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...