Izzan mendapat panggilan daripada hospital pahang menyatakan keadaan nabila. Tanpa berlengah, mereka semua terus menaiki kereta dan menuju ke pahang. Mereka risau dengan keadaan nabila yang tiba-tiba dilaporkan dalam keadaan trauma.
Tiba di wad nabila, mereka terus pergi ke arah nabila yang terbaring lemah dan memakai alat bantuan pernafasan. Nafas nabila kurang teratur kerana keadaan traumanya. Abang, akak dan adik-adik nabila mengelilingi katil nabila.
"Awak ke yang selamatkan isteri saya?", soal izzan lembut. Wanita itu menggelengkan kepala dan tersenyum.
"Suami saya yang selamatkan. Kebetulan pula dia lalu melalui jalan singkat ke hospital untuk berjumpa dengan saya. Katanya dia ternampak nabila didukung dan dibawa ke dalam semak tepi jalan. Jadi dia risau. Sebab tu dia berhenti dan tengok apa yang berlaku.", jawab sara. Dia meneka bahawa izzan ialah suami nabila.
Kemudian yusuf masuk ke dalam wad. Semua orang memandang ke arah yusuf dan sara. Mereka berterima kasih kepada pasangan suami isteri tersebut. Yusuf dipeluk erat oleh izzan. Izzan juga memberi sedikit wang kepadanya sebagai tanda terima kasih dan maaf. Dia rasa bersalah kerana yusuf telah cedera dipukul oleh pemandu teksi tersebut semasa menyelamatkan nabila.
Yusuf menolak pemberian wang tersebut kerana dia ikhkas membantu. Tetapi izzan bukan jenis yang suka mengalah. Dia memasukkan wang tersebut kedalam kocek baju yusuf. Yusuf akur dan meminta diri untuk pulang.
*****
Keadaan di dalam terlampau bising dengan suara kakak, abang dan adik-adik nabila. Mereka memang selalu aktif. Habis meriah satu hospital kerana mereka.Nabila terdengar beberapa suara berdekatan dengannya. Nabila hanya terfikir bahawa suara itu ialah suara pemandu teksi tersebut. Nabila mula meracau dan minta dilepaskan. Badan nabila tak dapat dikawal. Dia menangis dan menjerit.
Tangan nabila dipegang dan dia disuntik dengan ubat penenang. "Awak, saya minta maaf", kata nabila sebelum dia tidak sedarkan diri.
Umi mengajak adik beradik nabila ke kedai makan kerana tidak mahu mengganggu nabila. Dia mahu nabila direhatkan dan cepat sembuh. Izzan pula dibiarkan berduaan dengan nabila.
Izzan memegang tangan nabila. "Akupun minta maaf. Sumpah aku tak berniat untuk tinggalkan kau. Tapi aku ada hal penting. Penting sangat. Aku minta maaf. Kau tak salah.", kata izzan kesal.
Izzan meninggalkan nabila kerana dia terlalu lapar. Hati izzan sedikit lega apabila nabila ada dengannya sekarang. Keluarga nabila juga sudah bergembira.
*****
Izzan meminta untuk nabila dikeluarkan dari hospital dengan cepat. Dia tahu nabila tak boleh tinggal di dalam suasana seperti itu. Dia juga pernah terdengar, jika seseorang itu lemah atau trauma, memang tak elok dibiarkan lama di hospital kerana suasana yang tidak sesuai. Dia juga sibuk dengan urusan kerja.Doktor hanya akur dengan permintaan izzan.Doktor memberi pesanan kepada izzan tentang pemakanan ubat untuk nabila. Dia juga memesan supaya bawa nabila ke hospital dengan cepat jika keadaannya tidak beransur pulih.
****
Nabila hanya memandang ke semua sudut biliknya. Dia juga takut jika dibiarkan bersendirian. Dia akan duduk dengan izzan sepanjang masa. Kemudian, duduk bersama datin atau mak ateh jika izzan tiada. Nabila juga sedikit takut dengan abang nazir.Beberapa hari kemudian, atikah dan nadia datang melawat nabila. Nabila semakin gembira dengan kedatangan mereka. Mereka banyak memberi semangat kepada nabila untuk cepat sembuh. Sudah sebulan lebih mereka tak berjumpa. Sejak nabila berkahwin sehinggalah sekolah biasa dibuka. Adik-adik nabila juga sudah ke sekolah.
Atikah dan nadia ingin membawa nabila keluar supaya nabila dapat bergaul dengan orang seperti biasa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mereka berbeli belah tanpa seberang masalah.
Dia masih teringat semasa kali pertama dia jumpa dengan abang nazir semasa dia di ruang tamu. Belum sempat abang nazir menegurnya, nabila terus berlari ke tingkat atas. Badan datin dipeluk erat. Dia menyorok dibelakang datin.
Semakin lama, trauma nabila semakin pulih. Nabila juga sudah berselera untuk makan. Badan izzan tidak lagi dijadikan katil atau bantal. Dia tahu, ada kala izzan akan pergi kearah nabila yang sudah tidur lalu dipeluk untul mengurangkan kegusaran hati nabila.
****
"Mentang -mentang dah sihat, kau jadi macam ni pula. Dah la menangis minta maaf. Macam budak kecil.", ejek izzan"Ish, awak tu! Pentingkan diri. Ego! Umi sendiri kata awak tu ego. Dah sayang tak nak mengaku. Macam manakah muka awak masa risau pasal saya.", balas nabila. Muka izzan sudah bertukar merah. Dia mengetap bibir.
"Sayang? Sayang kau? Excuse me--. Memang tak lah. Kalau sayang pun sayang sebagai adik. Kau tu baru naik 20 tahun.", sambung izzan. Dia mengelap peluh yang turun ke mukanya. Mereka berdua penat pulang dari bersenam.
Izzan memandang dahi nabila yang berpeluh sedikit. Tuala kecil dihulurkan. Dia mula menjadi seorang yang terlampau risau tentang nabila kerana wasiat arwah papanya atau sudah jatuh cinta. Walau nyamuk dan peluh pun tak sanggup izzan biarkan terkena pada nabila.
Nabila hanya tersengih. Dia naik keatas untuk membersihkan diri. Bosan pula bila tak habis bergaduh dengan encik suami itu.
****
Nabila mendekati izzan selepas kedua-dua mereka wangi. "Awak, pertengahan bulan depan awak boleh hantar saya dekat sekolah? Saya ada graduasi. Ambil result diploma. Saya dah tanya umi, tapi umi tak nak hantar. Dia suruh awak hantar", kata nabila."Aku tak free kot. Nanti kau pergi dengan driver mamalah. Lagipun keputusan kau boleh tengok secara online. Zaman dah maju", balas izzan malas.
"Tapi saya nak jumpa kawan saya. Please." Pujuk nabila
"Kawan? Hari tu mereka dah datangkan. Nantilah aku tengok jadual", jawab izzan. Dia meninggalkan nabila di atas sofa.
"Yang datang tu bestfriends. Yang dekat sekolah tu classmate dengan ex dormmate.!", jerit nabila supaya izzan dengar. Dia tersenyum kemudian merapati teelevisyen untuk menyambung menonton cerita kegemarannya.
Nabila menggosok-gosok matanya yang kabur sambil mengeluh perlahan. Dia tak dapat mendalami cerita itu kerana kaca matanya telah hilang tempoh hari.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...