BAB 18

14.3K 368 2
                                    

Izzan tiba di hospital pada pukul 6 petang tepat. Nabila mengambil ubat dari doktor manakala izzan mengemas barang nabila untuk dibawa balik semula.

Nabila menyimpan ubat ke dalam beg. "Nah. Bawak sendiri. Kau tu asma je, bukan patah tangan pun", kata izzan sambil menghulurkan beg nabila

Nabila mengendahkan izzan. Dia terus melangkah keluar dari hospital. Dia menunggu izzan menghidupkan kereta.

Sampai sahaja izzan di kereta, beg nabila terus dicampak ke kerusi belakang sambil mendengus kasar. Nabila masuk ke dalam kereta tanpa rasa bersalah. Izzan yang sedang bengang terus menghidupkan enjin dan membawa keretanya dengan laju.
"Nasib baik aku selamatkan kau. Ni, Doktor bagi tahu aku yang kau tu kena jaga makan, jangan nak main makan saja makanan sejuk dengan makanan laut.", kata izzan dengan nada yang semakin lama semakin perlahan. Dia cuba untuk menahan amarahnya kerana dia perlu membawa beg nabila tadi.

Nabila menganggukkan kepala. Dia tahu dia sakit kerana salahnya juga. "Tapi saya dah biasa makan semua tu. Tiba-tiba saja malam tu nak kena. Awaklah ada salah juga, pergi tutup lampu dengan buka cerita hantu tengah malam.", kata nabila yang cuba untuk menyalahkan izzan.

"Sekurang-kurangnya aku tolong kau. Kau ni lembik tahu tak. Asyik sakit je! Dasar tak cukup umur! ", marah izzan. Sakit hatinya apabila dipersalahkan. Dia tahu memang ada salahnya juga tetapi dihalang oleh egonya.

Nabila diam seketika. Dia sedikit terasa apabila dimarahi izzan. "Awak risau pasal saya ya? Risau lah tu. Saya tahu awak risau. Jadi, awak jaga saya tau?", kata nabila dengan nada manja. Dia tak mahu keadaan menjadi teruk terutamanya apabila izzan sudah mula meninggikan suara.

Izzan menelan air luirnya kesat. "Kenapa pula budak ni? Ya, suara dia. First time suara dia macam tu. Sedapnya!", jerit hati izzan. Izzan memandang nabila sekilas kerana dia perlu menumpukan perhatiannya pada jalan raya. "Jaga kau? Kau tu kena berdikari. Jangan nak bergantung dekat orang saja.", pesan izzan.

Nabila cuba menyembunyikan senyumannya. "Yes, dia tak jadi marah. Hahaha," ketawa nabila dalam hati. "Okey, saya akan belajar berdikari. Oh ya, tengah hari tadi umi ajak kita balik kampung belah abah. Katanya ada kenduri doa selamat sikit hujung minggu depan. Kita balik ya? ", minta nabila.

"Balik kampung? dekat mana? Lama ke?", soal izzan tanpa henti

"Dekat perak, 3 hari 2 malam saja. Kita balik ya. Nanti makcik saya kata apa pula.", jawab nabila.

"Tengoklah dulu, lagipun hari rabu ni aku kena pergi jakarta. Ada meeting sikit sampai rabu depan. Balik kampung jumaat kan? Nanti aku fikir", kata izzan.

"Jakarta? Lamanya-- seminggu. Saya nak ikut boleh?", rengek nabila. Dia takut tinggal dibilik izzan seorang diri. Izzan menggelengkan kepala. Nabila hanya menundukkan kepala. Dia tahu meeting itu perkara penting untuk suaminya.

Selepas perbualan itu, mereka terus diam. Hanya lagu diradio sahaja yang berbunyi.

Tiba dirumah, nabila terus membawa begnya masuk. Nabila membersihkan dirinya lalu turun semula untuk makan malam. Nabila tidak tahu kenapa hari itu dirinya sedikit emo lebih- lebih lagi tentang pemergian izzan ke jakarta dalam dua hari lagi.

Ketika makan nabila langsung tidak memandang ke arah izzan.

" kenapa kamu berdua ni? Ada masalah ke? Izzan, nabila tu kan baru sembuh. Kamu mesti ada buat apa-apakan?", sergah datin.

"Eh, tak adalah mama. Nabila kurang selesa kot. Badan pun masih rasa lenguh. Izzan mana ada buat apa-apa", jawab nabila pantas. Setiap kali mereka bermasam muka, pasti izzan yang dipersalahkan. Kesian juga dia melihat suaminya.

"Mama, izzan cuma bagi tahu yang izzan kena ke jakarta dalam dua hari lagi. Tapi nabila nak ikut. Mana boleh, dekat sana izzan meeting. Balik tengah malam, makanpun dengan klien.", jawab izzan pula.

"Nabila nak ikut? Nabila kan baru sembuh. Tak lamapun izzan pergi, seminggu saja. Mama tahu nabila bosan dirumah", sambung datin. Nabila hanya tersenyum. Mukanya ditundukkan. Dia mencapai cawan dan ubatnya. Kelima-lima biji ubat itu dipaksa masuk ke dalam tekak nabila.

Selesai berbual, nabila berjalan untuk masuk ke dalam bilik. Tapi tindak balas ubat tidur itu sudah menyerangnya dulu. Nabila rebah didalam pelukan izzan yang berjalan dibelakangnya. Badan nabila terus diangkat ke atas katil.

Izzan tahu nabila makan ubat tidurnya di meja makan tadi. Mata nabila juga sudah kuyu ketika sedang berbual. Izzan tak tahu kenapa dia boleh berubah untuk bertanggungjawab kepada nabila. Sedangkan selama ini dia tidak kenal nabila, malah perasaan bertukar benci dan sekarang-- tak kan cinta? Izzan berhenti dari termenung. Dia terus menutup lampu dan masuk tidur.

****
Pagi itu izzan mengejut nabila ubtuk solat subuh berjemaah. Nabila dengan malas bangun menuju ke tandas. Tidak lama kemudian nabila kekuar dan badannya dihenyak ke atas tilam empuk.

Izzan yang geram melihat nabila terus mencubit kaki nabila. "Woi, cepat lah pakai telekung.", kata izzan.

"Saya cuti," jawab nabila ringkas. Mukanya diletakkan atas bantal yang lembut.

"Kau ingat solat ni boleh main cuti-cuti ke? Bagi surat mc? Bangun sekarang. Aku tak kira, aku tunggu dari tadi. Kau boleh main-main pula.," sambung izzan. Tangannya menepuk-nepuk kaki nabila.

"Masalah perempuanlah. Awak tak tahu ke? ", kata nabila. Perutnya mula memulas. Nabila merapatkan kakinya ke perut sambil tangannya menekan perutnya.

"Oh, lain kali bagi tahu awal-awal. Tak ada lah menyusahkan aku", kata izzan. Dia terus ke arah sejadah. Izzan mengangkat takbir dengan merdu sekali.

Izzan hanya memandang nabila yang seperti kesakitan. Sudah berapa kali nabila ke tandas. Minyak angin juga disapu ke perut dan pehanya.

"Kalau masalah perempuan memang macam ni ke? Sakit ke? Dekat mana? Kau jangan macam-macam. Esok aku nak ke jakarta. Benda penting.", soal izzan. Dia meletakkan dulang makanan ke atas meja. Dari pagi nabila tak makan.

"Sakit--," itu saja yang nabila kata. Pelbagai gaya menahan sakit telah dia lakukan. Tak lama kemudian datin masuk ke dalam bilik nabila. Izzan diminta keluar kerana nabila malu.

Datin keluar dari bilik. "Bagi dia rehat. Biasalah itu, hormon masih tak menentu. Dia tu kan masih muda.", kata datin.

Izzan membuka pintu. Habis satu bilik berbau minyak angin. Dia menggelengkan kepalanya. Selimut ditarik untuk nabila. Pipi nabila yang pucat diusap sedikit. Berat hatinya untuk pergi ke jakarta dengan isterinya yang tidak berhenti sakit.

****
Esoknya izzan berangkat. Nabila bersalaman dengan izzan. Dahinya dicium oleh izzan semasa berada dihadapan mama.

Mereka meninggalkan izzan di lapangan terbang. Sejak pemergian izzan, nabila berasa tidak sedap hati. Nabila juga tidak tidur dibiliknya. Dia berkongsi katil dengan datin. Kadang-kadang dengan mak teh.

Nabila ada bermesej dengan izzan. Tetapi hanya sekejap. Malam sebelum izzan pulang, mereka berbual sedikit di dalam telefon.

Nabila bertanya kepada izzan kenapa datin suka menyalahkan izzan kalau ada apa-apa berlaku terhadap dirinya. Izzan menjawab walaupun sukar.

"Dulu aku ada adik perempuan. Dan Dia dah meninggal. Dia meninggal sebab aku dengan abang nazir selalu buli dia. Dia seorang sahaja perempuan antara kami. Satu hari, aku dengan adik aku main dekat tepi longkang besar yang berair. Kami main tolak-tolak. Abang nazir datang, dia menggeletek adik. Kaki adik terlanggar batu. Dia jatuh dalam longkang. Dia lemas lebih-lebih lagi air itu air kotor--. ", ceritanya terhenti seketika. Terdengar sedikit esakan dari izzan.

"Keadaan dia masa tu macam kau kena asma hari tu. Masa aku nampak kau asma, aku dah tak tahu nak buat apa. Arwah papa datang dan bawa dia keluar. Masa tu, adik dah tak bernafas. Dekat hospital, doktor cuma bagi tahu yang adik tak dapat diselamatkan. Sebab tu kalau jadi apa-apa dekat kau mama risau. ", sambung izzan lagi.

Nabila memujuk izzan supaya berhenti menyalahkan dirinya sendiri. Tidak lama kemudian, Mereka mematikan talian kerana memikirkan waktu penerbangan izzan pada awal pagi esok.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now