BAB 4

14K 405 3
                                    

Sebuah kereta peugeot berwarna hitam memasuki kawasan perumahan mewah. Kereta tersebut terus meluncur sehingga ke sebuah rumah yang tersergam indah di bahagian paling hujung. Rumah itu terlalu besar dan halamannya dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman hiasan. Kereta itu diparkir disebelah kereta ferrari berwarna merah pekat.

Pintu kereta itu dibuka. Seorang lelaki yang berbadan tegap keluar dari perut kereta dengan segak sekali. Lelaki itu mengenakan kemeja berwarna biru laut bersama sut dan tali leher berwarna biru gelap. Dia berjalan menuju ke arah pintu rumah tersebut.

Dia terus membuka pintu rumah dan memberi salam. Dia terlihat seseorang didapur. Dia meletakkan begnya di atas kerusi dan menuju ke dapur.

Izzan? awal izzan balik hari ni? ', tegur Datin amirah.

Oh mama rupanya. Ingatkan mama dekat dapur. Ya, izzan balik awal sikit hari ni. Abang ke dekat dapur tu mama? Dengan siapa?, sambil jarinya menunjuk ke arah dapur.

Oh. Ya, tu orang gaji baru kita. Mak jah kan dah berhenti sebab kena jaga anak dia. - datin amirah

Oh. Okay lah mama, izzan naik dulu. Badan ni rasa berlengas. Malam nanti nak lawan bola pula dengan kawan. -izzan

Izzan rehat la dulu ya. Nanti sebelum lawan bola, kita makan dulu sama-sama. Boleh kenal dan rasa masakan pembantu rumah baru kita tu. -datin amirah.

Inshaallah mama. Izzan rehat sekejap. -izzan

Dia terus membuka sutnya. Bahang masih terasa pada badannya kerana cuaca amat panas pada hari ini. Dia terus bersihkan diri.

Setelah selesai dia terus menunaikan kewajipannya sebagai seorang islam, dia merehatkan badannya buat sementara.

Senja semakin menjelma. Dia turun ke ruang tamu untuk makan bersama keluarganya.

Izzan chae hyung! Apa khabar adik abang yang tak berapa kacak ni? Haha, ' sergah abang nazir dari belakang.

Terkejut izzan dibuatnya.

Ish kau ni tak boleh bagi salam ke? Amboi, macam la dia kacak sangat. Jawab izzan sambil memuncungkan mulutnya sedikit.

Dah jangan nak muncung sangat. Ingat aku tergoda? -nazir

Jeoligayo! Don't disturb me!, Halau izzan tiba-tiba. Entah kenapa dia rasa seperti ada sesuatu yang membuat dia tidak selesa dengan abangnya hari ni.

How could you ask me to go away? Kacau sikit dah nak halau. Pergi la main bola sana - nazir

Sudah la tu nazir, izzan. Mari la makan. Makanan dah terhidang dekat meja tu. Datin juga menjemput pembantu rumah barunya itu.

Datin memperkenalkan pembantu rumah itu dengan panggilan mak esah. Datin rasa puas hati dengan mak esah kerana masakan nya sedap sama seperti mak jah.

Nazir dan izzan hanya menganggukkan kepala. Selesai makan, izzan terus pergi ke keretanya untuk lawan bola di dewan komuniti rumah kawannya.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now