BAB 12

10.2K 328 0
                                    

Hari ahad seperti yang dijanjikan oleh nadia dan atikah.

Petang itu mereka tiba dengan beg roda yang sederhana besar. Nadia akan tinggal di rumah atikah. Tetapi setiap hari sehingga ke malam mereka akan menemani nabila.

Malam itu nabila dan rakannya keluar dan balik pada pukul 10 malam. Pelbagai cerita yang mereka kongsikan.

Umi tak mampu menghalang nabila kerana umi tahu nabila perlukan tempat mengadu seperti rakannya itu. Akhirnya umi menjemput nadia dan atikah tinggal dirumahnya. Dia mahu melihat nabila tersenyum dirumah.

Mereka menolak jemputan umi. Walau dipaksa mereka tetap tidak mahu. Kerana abang nabila ada dirumah. Abang nabila kini sedang cuti sem.

****
Pada hujung minggu yang seterusnya kedua-dua pihak yang datang merisik sedang menunggu di ruang tamu. Mereka setia menunggu keputusan nabila walaupun mereka tahu salah satunya akan pulang dengan perasaan kecewa.

Nabila hanya memakai alat solek yang nipis. Nabila juga hanya menyarungkan baju kurung berwarna putih.

Umi duduk disebelah nabila dikatilnya. Muka nabila yang sugul didongakkan sedikit untuk memandang umi. Nabila memeluk umi dengan erat. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari mengalir. Lalu dia bisik kepada uminya.

Umi, kakla tak tahu nak pilih yang mana. Kalau anak cikgu tu, kakla tak berapa suka. Kakla tahu perangai dia macam mana. Kalau anak datin, kakla tak tahu pun siapa datin tu. Umi, siapa? Yang mana kakla kena pilih? -nabila

Nanti, bila datin dengan cikgu tu masuk. Kakla buat la keputusan. Umi pun tak tahu mana yang terbaik. Kalau kakla tak nak, jangan terima. Jangan fikir apa orang cakap. Umi turun dulu ya? -umi

Nabila hanya menganggukkan kepalanya.

****
Cincin timah berpermatakan berlian ditenung lama. Akhirnya nabila berjaya ditunangkan.

Pelbagai fitnah dilemparkan kepada nabila oleh makciknya sendiri. Mereka membuat banyak cerita tentang nabila.

Nabila sudah tahu bahawa semua itu akan berlaku.

Mata duitan, tak sangka nabila tu boleh jadi macam ni.,' kata maksunya

Kenapalah kakla terima pinangan si datin tu. Apa kurangnya anak cikgu tu? Kakla pandang pada harta ke? Dah terang yang kakla tak kenal siapa anak datin tu. Tapi kakla terima jugak. Tak tahu la apa nak jadi dekat anak shahrel tu.,' kata seorang makcik lagi

Sejujurnya dia sendiri tidak tahu kenapa semasa cikgu masuk ke biliknya dia berasa berat hati. Tetapi semasa datin masuk dia hanya menerima cincin tersebut disarungkan. Mungkin kerana dia sudah kenal dengan datin itu.

Pada mulanya memang nabila terkejut kerana datin itu ialah datin amirah.

Nabila yang dari tadi hanya berdiam terus berdiri. Dia melihat setiap wajah makcik-makcik yang mengatanya tadi. Dia menarik tangan atikah dan nadia masuk ke biliknya. Dia menyalin bajunya kepada baju t-shirt berwarna putih berlengan panjang dan seluar trak sut.

Kau biar saja la mereka tu. Mulut orang memang macam itu. -atikah

Ye kite tahu. Sebab tu kite ajak kauorang naik atas. Penat la. Jom rehat. Tidur sekejap ke? Biar diaorang dekat bawah tu buat kerja. Kita rehat. Esok kite kena keluar dengan datin untuk uruskan kursus kahwin pula. -nabila.

Haha, kau tidur la. Kita berdua turun sekejap. Ni pun dah malam. -nadia

Okey jom lah turun bawah kite tak boleh nak tidur. -nabila

Nabila tidak mahu makcik yang dibawah itu mengatanya malas pula nanti.

****
Malam itu nabila tidak boleh menutup matanya. Dia rasa seperti malam masih awal. Dia melihat jam.

Dah pukul 1 pagi. Kenapa tak nak tidur ni? Mata, tutuplah. - nabila

Nabila menggolekkan badannya diatas katil. dia melihat cincin pertunangannya pula. Tanpa dia sedar dia sudah terlena.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now