Nabila mengintai dahulu sebelum masuk ke dalam bilik. Dia takut kalau suaminya melakukan perkara pelik lagi. Nabila melihat setiap ruang bilik. Matanya terhenti pada satu tubuh yang sudah terbaring di atas katil.
Dah tidur rupanya. Nasib baik.,' kata nabila. Dia menanggalkan tudung dengan sedikit perasaan janggal lalu naik ke atas katil. Dia ditempatkan disebelah dinding, disebelahnya pula bantal peluk berbentuk bulat dan panjang. Bantal itu menjadi perantara antara nabila dan izzan. Dia menarik selimut sehingga keparas dada.
Nabila memeluk bantal tersebut. Dia masih tidak dapat tidur. Katil yang empuk itu ternyata tidak dapat merawat masalahnya. Lama dia termenung. Dia juga sempat melihat wajah izzan.
Nabila bangun dari katil semula, dia membelek buku yang terdapat diatas meja kerja. 'Izzan chae hyung' nama suaminya ditulis dengan besar diatas sebuah fail.
Nama dia macam orang korea la. Korea ke dia ni? Ayah dia orang korea kot. Patut la pelat. haha,' kata nabila perlahan. Takut-takut nanti suaminya terjaga.
Dia tak mahu mengganggu barang peribadi izzan. Dia terus ke katil untuk melelapkan mata.
Pukul 6.30 pagi, nabila sudah terjaga. Dia membersihkan diri dan menunaikan solat. Dia turun kebawah untuk melakukan sedikit kerja.
Pada tengah hari itu pula nabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada umi dan yang lain. Mereka pulang ke rumah. Manakala nabila perlu tinggal dirumah.
*****
Sepanjang seminggu nabila hanya berkurung didalam rumah besar itu. Sekali sekala ada juga nabila bermain ditaman bunga. Dia juga merendamkan kakinya dikolam mandi di belakang rumah. Hidupnya terasa bosan.Datin, izzan dan abang nazir pergi ke kerja. Hanya dia dengan mak teh, iaitu orang gaji dan tukang kebun sahaja dirumah. Mereka hanya berjumpa pada waktu malam dan awal pagi. Apabila mereka pulang pula mereka sudah penat. Tiada apa yang mereka bualkan.
Pada hari sabtu, izzan mengajak nabila keluar bersiar-siar. Belum sempat nabila hendak bersarapan, tangan nabila sudah ditarik untuk naik ke atas. Datin hanya tersenyum melihat anak dan menantunya.
Awak ni kenapa? Saya nak makanlah. Suka sangat tarik tangan saya kuat-kuat.,' kata nabila. Suaranya semakin diperlahankan menunjukkan dia seperti merajuk.
Dah kau bersiap sekarang. Kita keluar. Dekat luar nanti kau nak makan apa kau minta saja. Aku tahu kau bosan dekat rumah ni.,' arah izzan.
Cepatlah! ,' marah izzan kerana melihat nabila masih tercegat.
Enjin kereta dihidupkan. Nabila naik ke kereta BMW berwarna hitam. Sepanjang perjalanan nabila hanya diam dan memandang ke arah luar. Dia malas untuk melayan izzan.
Izzan menghentikan kereta di hadapan sebuah restoran mewah. Nabila mengekori izzan dari belakang.
Duduk sahaja di kerusi, seorang pelayan datang. 'Encik dengan adik encik nak makan apa?,' soal pelayan tersebut.
'Simple breakfast set dua. Dengan coffee and tea.' kata izzan. Adik nak apa-apa lagi ke?,' ejek izzan kepada nabila.
Nabila menjeling tajam lalu menggeleng. Pelayan tadi berlalu pergi.
Sekejap sahaja makanan sudah tiba. Mereka menjamu selera.
Patutlah mewah. Layanan dia bagus, makanan pun sedap,' bisik hati nabila
Selepas makan izzan membawa nabila shopping di pavillion. Tiada apa yang nabila pilih kerana semuanya mahal dan cantik. Tak sesuai jika hanya memakai dirumah. Banyak baju yang dipilih oleh izzan. Mana yang cantik dan sesuai untuk izzan dan nabila diambilnya dan terus bayar.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...