Selesai solat zohor, nabila kembali ke wad izzan. Dia menarik kerusi dan duduk disebelah katil izzan. Nabila memandang kearah izzan yang masih tidur.
"Dah tengah hari, tak kan nurse tak bagi makanan? Dia dah makan ke? Ubat pun tak sentuh lagi?", kata nabila seorang diri.
Izzan berpaling memandang nabila. " kau kena tunaikan permintaan suami kau." Arah izzan sambil mengambil sesuatu di bawah katil. Bekas makanan di buka olehnya. Bekas itu diberi kepada nabila.
Nabila memandang izzan pelik. "Makanlah, itu makanan awak. Saya dah makan tadi", bohong nabila. Sejujurnya nabila memang belum makan dari pagi lagi.
"Aku bukan suruh kau makan. Aku suruh kau suap. Aku sakit ni!", kata izzan
"Demam saja. Bukan patah tangan pun. Mari sini sudu", minta nabila. Izzan memandang kearah tong sampah. Ternyata sudu tersebut telah dibuangnya tadi. Izzan menujuk ke arah tangan nabila dan mulutnya ternganga.
Nabila terdiam. Dia terus duduk dan nasi disuap ke dalam mulut nabila menggunakan tangannya. Dia tak mahu menyuap izzan malah makanan tersebut masuk ke dalam perutnya pula.
Izzan memegang rahang nabila yang sedang mengunyah. Nabila terkaku. Tangan izzan ditepis dengan kuat.
Melihatkan muka izzan yang sudah berubah, nabila terus menghulurkan tangannya yang berisi makanan ke arah mulut izzan. Akhirnya dia menyuap izzan dengan tangannya. Matanya terpejam, tangannya pula terhenti pada hadapan mulut izzan. Tangannya mula terketar-ketar kerana takut dan malu.
Tanpa berfikir panjang, izzan hanya makan makanan dari tangan nabila yang kecil itu. "Kecilnya tangan kau, kalau nak suap aku, sampai esok pun tak habis.", kata izzan sambil mengunyah.
Nabila terasa bibir izzan yang terkena pada tangannya. Meremang satu badannya. Dia hanya mengendahkan ejekan izzan. Dia terus menyuap izzan seperti tadi. Rasa janggal sudah semakin hilang. "Sekurang-kurangnya saya suap juga.", jawab nabila.
Tiba-tiba perut nabila berbunyi. Nabila menundukkan mukanya malu. "Kau tak makan lagi kan? Makan lah sikit aku punya. Aku pun tak habis makan seorang. Tak ada selera, lagi-lagi tangan kau yang kecil ni yang suap.", kata izzan yang bercampur dengan sedikit ejekan. Nabila hanya akur. Dia menyuap izzan dan dirinya secara bergilir.
****
Petang itu, nabila meletakkan kepalanya diatas tilam disebelah peha izzan. "Esok kita tak jadi balik kampunglah ya? Awak pun sakit. Mereka mesti faham.", kata nabila dalam keadaan sedikit mengantuk."Kita mesti balik.", jawab izzan ringkas
"Tak perlulah, sebab seminggu lagi kita akan ke kelantan, kampung belah umi pula. awak mesti penat. Menyusahkan saja. ", sambung nabila lagi.
"Tak apa. Aku okey saja.", kata izzan. Izzan memandang kearah nabila yang sudah terlelap. Dia memanggil nurse untuk mengangkat nabila ke atas kusyen di sebelahnya. Dia juga meminta untuk keluar dari hospital pagi esok. Dia gembira kerana diluluskan oleh doktor. Demamnya tidaklah teruk. Diapun sudah pulih.
****
Nabila mengemas baju untuk dibawa balik kampung diperak selama 2 hari 1 malam. Mereka sepatutnya balik kampung semalam. Beg mereka dibawa masuk ke dalam kereta.Selepas makan tengah hari, mereka terus berangkat. "Awak nak dengar cerita tak? Saya ada banyak cerita.", kata nabila yang ingin memecah sunyi.
"Tak nak, aku nak tumpu perhatian dekat jalan. Kau duduk diam lepas tu bagi tahu aku arah nak masuk kampung kau.", kata izzan pula.
Sepanjang perjalanan, nabila hanya menjadi penunjuk arah buat izzan. Mereka tiba selepas dua jam mereka berangkat. Perjalanan mereka yang singkat menjadi lama kerana mereka tersalah jalan.
"Assalamualaikum. Umi, maaf sebab lambat. Semalam izzan demam. " sapa nabila
"Waalaikummussalam. Tak apa", jawab umi dan yang lain. Makcik-makcik nabila mula memandang nabila tidak puas hati.
Nabila bersalaman dengan opah, neneknya. "Opah, maaf lambat. Suami kakla demam sikit semalam. Ni dia dah sembuh.", kata nabila sopan. Nabila dan suaminya ditempat kan di sebelah bilik neneknya. Tapi, Katil itu hanya muat untuk seorang sahaja.
Izzan meletakkan beg kedalam bilik selepas bersalaman. "Oppa? Kau panggil nenek kau 'abang'? Soal izzan pelik.
"Haha, bukan oppa la. Oppa tu panggilan untuk abang. O-P-A-H tu nenek saya.", jawab nabila. Sebutan opah itu di ejakan satu persatu.
Izzan menganggukkan kepalanya. Dia melihat keliling kampung, namun tiada apa yang seronok. Hanya cuaca yang panas dan dikelilingi pokok yang tinggi. "Apa yang menarik dekat kampung kau ni?", soal izzan tidak puas hati. Dia bosan mendengar perbualan makcik nabila.
"Tak ada apa. Sebab itu saya tak nak balik kampung ni. Awak yang nak sangat. Kalau kelantan tu, banyaklah juga. Ada pantai dengan macam-macam lagi. Dekat sini, pokok kelapa sawit saja lah. Ni semua pokok kelapa sawit. Sungai pula dekat kampung orang asli sana.", kata nabila tanpa berhenti. Tangannya ditunjukkan kearah dalam kawasan ladang kelapa sawit yang gelap.
Izzan memandang nabila. " kita datang sini sebab majlis doa selamat saja?", soal izzan. Soalan tadi hanya dibalas dengan anggukan dari nabila.
Nabila masuk ke dalam untuk menyiapkan makanan. Banyak sayur dan ayam yang dipotong untuk hidangan malam ini. Izzan pula keruang tamu untuk berbual sesama lelaki.
Sepanjang menyiapkan hidangan, nabila hanya memekakkan telinganya apabila dia sedang digosipkan. Kemudian tikar dibentang dan makanan dihidangkan.
Ramai jiran yang datang ke majlis. Selepas bacaan doa selamat, mereka menjamu selera.
Semakin lama, semakin ramai yang pulang. Pihak perempuan pula memulakan sesi membersih.
Mereka berehat selepas semuanya selesai. Nabila duduk disebelah izzan. Apabila mereka rasa seperti diperhatikan, izzan terus memegang tangan nabila lembut. Tangannya diusap mesra seperti pasangan suami isteri lain selalu lakukan.
Nabila menceritakan tentang panggilan opah yang izzan bincangkan dengannya tadi kepada umi. Mereka semua ketawa tak berhenti. Malu izzan apabila ditertawakan. Pipi nabila dicubit geram.
Umi mula bertanya tentang keturunan izzan. Kerana nama dan rupanya seperti cina. Tetapi datin hanya berwajah melayu.
"Arwah papa seorang mualaf. Nama papa 'Dato' daniel hyung. Dia antara orang tenama dikorea. Ketika dia ada urusan dengan beberapa pejabat dimalaysia, dia berjumpa dengan mama. Masa tu, mama hanya pembantu kepada rakan papa. Masa mereka berkenalan, mama ingat papa bukan islam. Mereka bercinta. Tapi keluarga mama tak suka. Mama dibuang keluarga. Papa pula ada masalah dengan pejabatnya di korea. Bila papa datang ke malaysia semula selepas setahun. Mereka berkahwin tanpa restu keluarga. Lebih-lebih lagi apabila papa masuk islam. Tapi alhamdulillah kami hidup bahagia. Saya pula ambil alih kerja papa di malaysia, korea jepun dan jakarta.", jawab izzan seringkasnga dan terperinci.
"Macam mana pula boleh jadi 'dato' ? Arwah dato' sepatutnya ada gelaran lain.", soal akak pula.
"Saya tak pasti. Cuma apa yang saya tahu. Banyak dugaan yang menimpa kekuarfa saya dulu sehingga arwah papa dapat menjadi dato'", jawab izzan.
Banyak yang mereka bualkan sehingga tidak sedar masa berlalu. Akhirnya mereka masuk tidur pada pukul 12 lebih.
Nabila dan izzan terpaksa tidur dikatil yang sempit kerana tiada alas di lantai.
****
Izzan tejaga ketika azan subuh berkumandang. Dia terasa dadanya disentuh. Dia memandang kearah dadanya. Tangan nabila yang kecil terletak elok diatas dada bidangnya. Kelihatan seperti nabila separuh memeluk.Dia tahu nabila suka memeluk bantal ketika tidur dirumah. Dia mengalihkan tangan nabila. Lalu nabila dikejutkan. Mereka menunaikan solat secara berjemaah.
Pagi itu selepas bersarapan makanan yang dimasak oleh umi, mereka terus berangkat pulang bersama. Sudah hampir sebulan nabila tidak makan masakan umi.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...