BAB 19

12.2K 367 2
                                    

Nabila menunggu izzan pulang petang itu dirumah. Izzan memesan supaya jangan menjemputnya kerana dia ingin ke pejabat dahulu.

Malam itu izzan masih belum tiba. Nabila membuat panggilan, tetapi tiada jawapan. Nabila menelefon abang nazir dan datin. Kedua-duanya tidak menjawab.

Nabila mula risau. Dia terus mendail nombor pejabat izzan. Panggilan diangkat oleh datin. Dia pelik, bagaimana datin boleh mengangkat panggilan tersebut. Kerana dia kurang berpuas hati, dia menelefon izzan semula.

Panggilan tersebut dijawab oleh seorang wanita. Nabila terdiam. Dia terduduk di atas lantai apabila wanita itu menyuruh nabila berhenti mengganggu izzan. Dia mematikan talian.

"Apa yang aku rasa ni? Tak kan cemburu?", bisik hati nabila

****
Esoknya Nabila terus bersiap dan memanggil teksi. Teksi diberhentikan dihadapan pejabat izzan. Nabila bernasib baik kerana pernah mengikut izzan ke pejabat sebelum ini kerana terlalu bosan dirumah.

Dia berlari ke bilik pejabat izzan. Apabila pintu dibuka, dia ternampak izzan sudah terbaring dan bajunya sedikit terbuka. Badannya berpeluh, nafasnya juga termengah-mengah.

"Mama, kenapa dengan izzan? Siapa yang angkat panggilan malam tadi?", soal nabila risau.

"Izzan demam. Dia tak nak kamu tahu sebab dia takut dia dikata lemah. Yang jawab tu assistant izzan.", jawab datin perlahan.

Nabila memandang izzan. Mahu sahaja dia memukul izzan tapi dia menahan dirinya. Dia menyentuh dahi izzan. Tuala dan besen diambil. Muka dan leher izzan dilap dengan air suam.

Nabila menyuruh datin dan yang lain pulang kerana sudah semalaman disana. Mereka terus pulang kerana tidak mahu mengganggu mereka.

Tangan izzan bergerak-gerak seperti meracau. Nama 'qaisara' dipanggil berulang kali.

Nabila mula risau. Dia menenangkan izzan dengan mengelap dahi izzan dengan air suam. Tidak lama kemudian izzan terjaga.

Tangan nabila dipegang. "Abang minta maaf, qaisara. Abang minta maaf.", tangis izzan. Izzan kembali tidak sedarkan diri.

"Siapa qaisara? Awak, siapa pun dia mesti dia akan maafkan awak. Jangan lah macam ni", pujuk nabila. Nabila mendail nombor ambulan kerana suhu badan izzan yang tidak berkurang.

****
Izzan terjaga. Tangan kanannya seperti dipegang oleh seseorang. Dia memandang ke arah nabila yang sudah tertidur di sebelah katilnya. Dia melihat sekeliling.

"Aku dekat hospital? Dah malam-- malam khamis?", izzan terkejut apabila menyedari hari yang dia alami sekarang.

Nabila terjaga. Dia tersenyum kearah izzan. Tangan izzan dilepaskan. "siapa qaisara?", soal nabila dalam keadaan separuh sedar. Matanya digosok.

Izzan memegang pipi nabila untuk menyedarkannya. Nabila tersedar dari mamai. " qaisara tu nama arwah adik aku yang aku cerita malam tu.", jawabnya.

"Aku nak keluar. Aku tak sakit. Aku kuat bukan macam kau", sambung izzan lagi.

Nabila mencubit lengan izzan. "Ish, dah sakit tu sakit je lah! Duduk sini diam-diam. Saya balik sekejap. Nanti saya bawa bubur untuk awak ", kata nabila geram. Dia menolak badan izzan supaya terbaring.

Pagi itu nabila datang melawat izzan. "Saya minta maaf, malam tadi lepas balik saya tertidur. Bubur pun rosak saya buat malam tadi sebab tak sedar. Tahu-tahu dah pagi.", kata nabila. Dia takut dimarahi izzan.

Izzan memandang nabila. Bubur diambil. Penutup dibuka. Lalu nabila mecapai sudu dan bubur izzan. "Sini saya suap sebagai tanda minta maaf.", kata nabila. Tangan nabila di awang-awangkan ke kanan dan je kiri seperti ibu yang mahu bermain semasa menyuap anaknya.

Izzan mengambil semula sudu tersebut. "Kalau nak suap, suap betul-betul. Kau nak minta maafkan? Ni denda dia. Suap aku dengan tangan. Bukan dengan sudu", kata izzan. Izzan memegang tangan kanan nabila sambil mulutnya ternganga.

Nabila menarik semula tangannya. Tak kan bubur dan disuap dengan tangan. "Ni bubur la, bukan nasi.", jawab nabila. Sudu diambil semula lalu disuap masuk ke dalam mulut izzan. Cukup lah menyuap menggunakan sudupun sudah memalukannya.

Izzan hanya akur. " nanti makan tengah hari yang nurse bagi, kau suap aku guna tangan. Faham?", arah izzan tiba- tiba.

Nabila terdiam. Dia menggelengkan kepala sambil mengemas bekal yang habis dimakan.

SAYA BARU 19 TAHUN!!Where stories live. Discover now