"Nabila, cepatlah. Aku nak pergi kerja ni. Nak hantar kau pergi sekolah lagi.", kata izzan sambil menghidupkan enjin keretanya.
Nabila berlari anak keluar dari rumah. "Kejap-kejap. Kasut saya tak tahu dekat mana". Nabila membuka semua pintu almari kasut.
Izzan sudah berada di dalam keretanya. Dia hanya memandang nabila geram. Tangannya bermain di stereng sambil mendengar lagu.
Nabila masuk ke dalam kereta dengan cepat. Dia menghela nafas lega. Nabila membetulkan tudungnya yang tak kemas kerana tertunduk-tunduk mencari kasut tadi. "Awak pergi kerja ke hari ni? Separuh hari?", soal nabila.
"Yelah. Kau suruh aku hantar kau saja kan?",jawab izzan.
"Hantar je? Awak tak nak tengok saya ambil keputusan dengan terima anugerah ke? Kawan saya semua bawa keluarga dia. Umi dengan abah tak datang. Awak kan suami saya.", rayu nabila sambil membuat muka comel.
"Aku dah kata aku banyak kerja. Kau ni kenapa degil sangat?". Dia menumpukan perhatiannya kepada jalan. Dia malas melayan nabila yang seperti kanak-kanak.
Nabila hanya mendiamkan diri sambil memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Tapi langsung tak diendah.
Sampai di bahagian jalan masuk ke simpang sekolah nabila, izzan menghentikan kereta. Dia malas untuk menghantar nabila hingga ke pagar. Dia hanya membiarkan nabila berjalan dari sekolah teknik ke kolej vokasional sendirian dengan alasan dia perlu ke kerja awal pagi.
Nabila hanya akur walaupun tak mahu. Dia takut dikatakan melawan atau derhaka. Walaupun mereka hanya kahwin paksa, izzan tetap suami sahnya.
Nabila berjumpa dengan rakannya iaitu ezanie, zaf dan sofiya di kantin. Mereka berbual seketika sebelum majkis bermula. Nabila terkilan kerana hanya dia seorang yang tak berteman oleh ahli keluarga.
*****
Izzan keluar dari kereta lalu menuju ke arah seorang pelajar lelaki di dalam dewan. "Adik kenal nabila kelas kosme-- kos ape entah. Kenal tak? Dia ambil keputusan diploma hari ni.", soal izzan kepada pelajar tersebut."Oh, nabila. Kenal, tapi dia sekolah sebelah. Kolej vokasional ert setapak. Ni sekolah teknik. Kenapa abang tanya pasal nabila?", jawab pelajar tersebut.
"Sekolah sebelah? Yang dekat puspakom tu? Salah lah ni. Abang ni abang dia. Terima kasih ya dik.", kata izzan sambil menggarukan kepala. Peluh didahiya disapu dengan sapu tangan berwarna hijau daun sebelum memasuki kereta mewahnya.
Pelajar lelaki tadi berjumpa dengan kawannya dan memberi tahu apa yang berlaku. "Haziq, tadi ada orang tanya aku pasal nabila. Dia mengaku dia abang nabila, tapi muka tak sama langsung. Nak kata boyfriend pun boleh. Tak pun.. suami", sakatnya.
"Lelaki tanya pasal nabila? Awek aku yang budak sebelah tu? Berani mamat tu!", marah haziq.
"Sayang, rindunya abang nak tengok muka sayang. Dah lama abang cari sayang masa cuti. Nanti kita jumpa ya nabila. Abang tak kan bagi lelaki tu kacau sayang", sambungnya lagi.
"Ish kau ni seram aku tengok. Nabila tu tak nak kau kan. Dah-dah la kacau dia. Kali ni aku tak nak terlibat.", kata pelajar tadi sambil mengangkat kedua belah tangannya.
Haziq mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi rakan sekelas nabila. Dia merancang sesuatu bersama.
*****
"Dik, tumpang tanya.", tegur izzan kepada seorang pelajar perempuan. Matanya melilau mencari nabila di kawasan dewan."Ya, abang ni siapa?," soal pelajar perempuan itu. Pelajar itu tersenyum sumbing kerana ketampanan izzan.
Izzan ternampak nabila sedang berbual dengan rakannya di kantin. Nabila nampak sungguh gembira. Izzan tersenyum. Soalannya kepada pelajar perempuan tadi terhenti.
"Abang?", tegur pelajar tersebut.
"Eh, tak apalah dah jumpa dah.", kata izzan sambil menunjukkan kearah nabila.
Pelajar tersebut terdiam, perasaan cemburunya kepada nabila semakin menebal. Cukuplah baginya rasa cemburu pada nabila semasa sem 1 kini datang lagi.
"Nabila.", izzan menepuk bahu nabila kasar.
Perbualan nabila terhenti. Dia tersedak kerana amat terkejut. "Ish awak ni!. Eh, a--a abang ni." Marah nabila gagap. Nabila memukul bahu izzan dengan tangan kirinya yang menampakkan cincin perkahwinan mereka. Dia perlu merahsiakan hubungannya dengan izzan daripada rakan sekolahnya.
"A-- abang buat apa dekat sini, kata ada kerja.", sambung nabila lagi.
"Nak tengok kau ambil keputusanlah. Buat apa lagi. Nanti umi dengan mama kata apa pula. Ni, aku beli bunga untuk orang graduasi. Khas untuk kau", kata izzan. Tiga kuntum bunga ros yang telah digubah diberikan kepada nabila.
"Terima kasih." Muka nabila menjadi merah kerana malu.
Rakan nabila memandang antara satu sama lain. Mereka pelik melihat nabila dan izzan yang tak nampak seperti adik beradik. Mereka tahu nabila mempunyai abang, tetapi hanya berbeza setahun dari nabila. Tetapi lelaki di depan mereka ini berumur lebih 20 tahun.
"Kejap, sejak bila kau suka pakai cincin ni? Selama ni Kalau kau pakai pun gelang je. Nak tengok jap cincin kau. Cincin kahwin eh?", soal zaf. Dia memotong perbualan nabila dengan izzan. Pelik dia melihat izzan.
Nabila membulatkan matanya. Dia memandang cincin tersebut. "Cincin ni? Hehe. Malaslah nak cabut. Ketat.", alasan nabila. Dia tak mahu memberi mereka terlihat ukiran namanya dan izzan di bahagian dalam cincin yang ditempah khas oleh datin. Nabila menghulurkan tangannya. Dia hanya memberi mereka melihat bentuk dan corak sahaja.
"Weh cantiknya. Tapi nampak rapuh. Mana beli? Haziq bagi ke?" , soal sofiya.
"Ha'a weh, aku pun dah lama tak dengar cerita pasal haziq. Cincin dia ke? Kayanya dia. Cincin emas ni.", sambung ezanie pula.
"Ke cincin kahwin? Ni abang kau ke suami ha?," soal zaf pula. Dia cuba memerangkap nabila supaya jujur. Keningnya di gerakkan keatas dan kebawah banyak kali.
"Teringat lagi masa zaman baca novel cinta dulu. Yang semua berharap nak kahwin awal. Haha. Mana tahu kau punya impian tercapai", gurau ezanie.
Nabila menggelengkan kepalanya laju. "Excuse me. Kite tak pernah cakap macam tu. Awak yang cakap macam tu. " Dia juga menafikan hubungan mereka. Di bantu dengan izzan juga.
"Macam mana boleh jumpa nabila? Ramai orang kot dekat sini.", soal sofiya. Setelah menyerah kalah dalam membongkar rahsia mereka.
"Tadi saya nak tanya perempuan yang--- tu. Yang tengah ambil kerusi tu. Tapi tak sempat nak tanya. Dah jumpa nabila dekat kantin.", jawab izzan. Jari telunjuknya ditunjukkan kearah pelajar perempuan tersebut.
Mereka semua terkejut. "Zet? Abang kau tanya zet weh. Nabila, matilah kau. Patut lah aku nampak dia pandang sini dari tadi.", kata ezanie.
"Kenapa dengan zet?", soal izzan pelik.
Nabila cuba untuk menukar tajuk perbualan. Tapi semuanya sia-sia.
"Dulu zet suka dekat haziq, budak sekolah sebelah. Tapi haziq ni suka dekat nabila. Dari situ lah zet mulakan perang. Habis nabila kena fitnah. Nabila tak layan pun sebenarnya.", terang ezanie ringkas. Izzan menganggukkan kepalanya tanda faham.
Perbualan mereka semua terhenti semasa pengarah sekolah mereka berucap menandakan sudah bermula majlis tersebut.
Izzan berasa bangga dan langsung tak menyangka yang nabila akan menerima banyak anugerah. Setiap kali nabila naik kepentas itulah dia perasan perubahan wajah zet. Zet juga sentiasa memandang mereka ketika mereka duduk bersama.
Nabila pulang dengan gembira. Dia jadi semakin yakin untuk memohon sambung belajar di korea. Segala sijil dan hadiahnya dibawa ke dalam kereta dengan bangga.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...