Seperti malam-malam biasa, nabila masih tidak boleh tidur. Dia hanya boleh melelapkan matanya apabila sudah masuk pukul 2 atau 3 pagi. Pada pukul 6 kebih pagi pula dia perlu bangun dan solat subuh. Dalam sehari, hanya beberapa jam sahaja nabila tidur.
Semakin lama, mata nabila semakin sembap. Datin yang selalu datang melawatnya sedar akan perubahan pada wajah nabila.
Nabila, kenapa dengan mata kamu sayang? Jangan buat mama risau. Kamu tak cukup tidur ke?,' soal datin. Datin membiasakan diri dengan membahasakan dirinya sebagai mama kepada nabila.
Nabila okey je datin. Eh, i mean mama. Cuma-- kebelakangan ni susah tidur. -nabila
Tidur pukul berapa ni? Nampak teruk sangat. -datin
Pukul 2 atau 3 baru nabila boleh tidur, mama. Nabila tak tahu kenapa. -nabila
Ya Allah, kenapa tak bagi tahu mama? Dah balik dari kursus kahwin nanti kita pergi farmasi. -datin
Eh, tak apa lah mama. Nabila okey. Betul nabila okey. -nabila
Tak. Kita pergi farmasi nanti.,' kata datin tegas.
Sebaik tiba di tempat kursus nabila, datin menghentikan kereta. Nabila keluar dari kereta.
Haa-- last class. Lepas tu, minggu depan kena ikut datin pergi spa dengan butik. Huaa-- bosannya. Kenapalah semua ni jadi kat aku.,' kata nabila sendiri
Petang itu datin membelikan ubat tidur untuk nabila. Nabila sememangnya tak suka makan ubat. Tapi dia terpaksa terima juga.
Setiap malam nabila sedaya upaya memikirkan cara untuk mudah tidur. Dia tak mahu makan ubat tidur itu. Selama dua minggu ubat itu bersama nabila. Tapi hanya dua kali sahaja nabila telan. Dia takut kalau bahan kimia itu akan memberi kesan kepada badannya.
****
Banyak perkara untuk mencantikkan diri telah nabila buat. Itu semua atas perbelanjaan datin. Ternyata datin amat menyayangi bakal menantunya itu.Tetapi, selama nabila digelar tunang anak datin. Dia tidak pernah melihat pasangan tunangnya itu. Katanya anak datin itu perlu ke luar negara untuk menguruskan bisnesnya. Bukan sahaja tidak pernah berjumpa. Malah, nama pun nabila tak tahu. Ternyata satu perkara tentang tunangnya itu pun nabila tidak tahu.
****
Sehari sebelum nabila diijab kabulkan, nabila membawa pulang gaun pengantinnya. Makcik nabila sudah mula menyibuk untuk mengetahui corak dan harga pakaian tersebut. Akak dan adik-adik juga bising tentang pakaian itu.Kakla, cantiknya baju ni!! Ni mesti datin pilih kan? Dina tak sabar nak tengok kakla pakai esok,' kata adik nabila yang paling kecil, dina.
Iye dina, cantik kan. Harga pun cantik. Tak pernah kakla terfikir nak pakain baju yang beratus-ratus ringgit ni. -nabila
Untungla,' kata akak dan adik-adik nabila.
Abang harap kahwin paksa ni dapat bahagiankan adik abang ni. Jangan fikirkan sangat pasal label yang orang bagi dekat perkahwinan kakla ni. Yang penting kakla esok dah ada tanggungjawab kakla sendiri sebagai isteri.,' kata abang nabila, muiz. Abangnya juga memberi sedikit sebanyak pelajaran tentang tanggungjawab nabila yang perlu dia sandang mulai hari esok.
Okey abang. Terima kasih.,' kata nabila sambil memeluk erat abangnya
Kalau boleh kakla nak saja 'makeup' sendiri muka ni. Tapi datin tu nak juga bawa mak andam, umi. Kakla tak suka la. Datin tu banyak sangat belanja benda mahal. Mak andam tu berapa pula dia bayar.,' rungut nabila. Lengan umi dipeluknya sepuas hati seperti tidak mahu melepaskan lengan itu.
Biarlah, untuk menantu pertama dia. Dia yang nak buat semua tu. Kakla pun dah tolak. Tapi datin tu juga yang nak. Kita nak buat macam mana lagi. Dia sayang kakla. Sebab itu dia buat macam tu. -umi
Hmm. Tapi kakla tak tahu pun siapa dan macam mana anak datin tu. -nabila.
Kita tawakkal ya. Sabar. Esok je harinya. Dah pergi tidur. Esok hari penting kakla. Kalau tak boleh tidur, makan ubat tu. Malam ni no excuses. -umi
Okey.,' nabila berlalu pergi. Dia bersalam dengan abah dan uminya.
Abah hanya dapat menasihati nabila sahaja. Abah rasa bersalah. Mungkin kerana dia anaknya terpaksa berkorban. Esok adalah hari dimana abah perlu melepaskan tanggungjawabnya.
YOU ARE READING
SAYA BARU 19 TAHUN!!
RomanceNabila bercita-cita untuk menyambung pelajaran keluar negara. Umi dan yang lain bersetuju. Tapi tiba-tiba selepas nabila habis diploma, umi seperti tidak mahu nabila mencapai kehendaknya. Malah, umi memberi syarat yang sukar untuk nabila terima kera...