1

2.2K 101 2
                                    

" Selamat datang , Cikgu Qasya ke Sekolah Menengah Harapan . Walaupun sekolah ni sekolah elit , tetapi moto kita visi kita tetap sama macam sekolah-sekolah yang lain iaitu , mendidik anak bangsa yang merupakan pelapis kita . Saya berharap cikgu akan mengajar di sini lebih lama bersama-sama kami di sini . Insya-Allah".

Skemanya ayat Tuan Pengetua ni . Tapi , skema-skema ayat ni pun , ayat ni jugak lah yang akan digunakan sebagai motivasi sepanjang mengajar di sini .

" Dah kenapa dengan jantung aku ni ? Berdegup semacam je ? Hei jantung , dah tak boleh nak mengepam leklok ke? Ke , dah lupa caranya . Haih ... Rasa nak tercabut je . Kalau jatuh atas lantai , dramatik sangat ke ? " Qasya merapatkan tangan untuk menenangkan hatinya yang tiba-tiba sahaja menjadi gundah . Mungkin tak sabar nak mengajar kot ...

" Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh . Perhatian kepada semua guru - guru , hari ini akan diadakan mesyuarat di bilik gerakan jam 8.00 pagi hari ini. Para guru diwajibkan hadir . Mana-mana guru yang tidak menghadirkan diri , akamenapak akan tindakan . Arahan dari , Tuan Pengetua . "

Dalam kesesatan yang tiada arah tuju , kakinya telah pun menapak ke bilik gerakan . Qasya terpandang label 'BILIK GERAKAN' di pintu . "Jumpa jugak ! "

Qasya memulas tombol pintu yang hanya berapa sentimeter lagi dari tangannya . Usai sahaja Qasya masuk , dia melihat beberapa orang guru sedang sibuk mempersiapkan meja yang nyatanya berselerak . Disebabkan para guru di situ sibuk , tiada seorang pun yang perasan akan kehadirannya.

Sedang Qasya mencari-cari tempat duduk yang kosong,tiba-tiba ada satu suara yang merdu menyelinap ke telinganya . "Assalamualaikum , awak ke cikgu baru yang akan mengajar English tu ? Intro siket . " , Soalnya sopan.

"Ya , sayalah orangnya . Nama saya , Qasya Elina . Qasya for short . Awak? " , ujar Qasya .

"Ouhh ... Nama , Haqym Iskandar . Nama popular Qym . So, call me Qym, OK? Saya mengajar Add Math . Dari tadi lagi saya perhatikan awak asyik berdiri aje , tak nak duduk ke ? " Haqym mengujarkan kemusykilannya .

"Nak! Cuma macam dah penuh aje ... " , beritahu Qasya . Dari sudut pandangannya , di setiap meja tu ada buku dan maksudnya tempat itu sudah ditanda orang .

" Kalau awak tak kisah,awak boleh duduk di sebelah saya . Tapi , kalau tak nak tak pe.Tak paksa . " Haqym menepuk-nepuk kerusi yang tersedia kosong di sebelahnya.

"Err ... oklah daripada tak de tempat langsung " , kata-kata Qasya diiringi hilai tawa Haqym .
"Awak , saya gurau aje la ... Meh sini ikut saya . Awak duduk sebelah kerani sekolah ni Kak Syahirah . Jom ! " Qasya hanya membuntuti langkah Haqym di belakang .

"Assalamualaikum,Kak Sya . sebelah tempat duduk ni kosong tak ? " , Sapa Haqym , mesra .

"Tempat ni kosong.Kenapa? Kamu nak duduk sini ke? Takkan kot... Eh , sape dia , Qym ? Makwe ke ? Lahai , lawonye ." Tersipu-sipu Qasya menahan malu dipuji sebegitu rupa .

"Taklah , Kak Sya . Qym dah ada tempat sendiri lah . Anyway , ni bukan gf Qym la , dia cuma best friend Qym aje . Apelah , Kak Sya ni ! Kalau Kak Sya nk tahu lebih lanjut , tanyalah empunya diri . Tak gitew , Cik Qasya ? "

Belum sempat Qasya beramah mesra pengetua sudah pun masuk .

"Assalamualaikum . Hari ni,saya ingin memperkenal guru yang bakal menggantikan Cikgu Sara iaitu Cikgu Qasya Elina . Cikgu Qasya , sila tampil ke depan . " bicara Tuan Pengetua dengan megah sekali .

Qasya berjalan menuju ke hadapan perlahan-lahan. Dia menarik nafas sebelum memulakan sesi taarufnya . "Assalamualaikum .Nama diberi , Nur Qasya Elina . Qasya for short. Umur saya 23 tahun . Saya menetap di Bandar Baru Bangi dan saya masih baru dalam bidang ni . Saya harap cikgu-cikgu semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya . Terima Kasih . " Qasya melepaskan nafas kelegaan setelah selesai berucap dan perlahan-lahan menuju ke tempat duduk tadi.

Selesai sahaja Qasya berucap, majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan siratul 'asr .


A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now