Prolog

3.1K 116 5
                                    

" Dua puluh tiga tahun "   
Masih terlalu muda untuk dia menjadi seorang pendidik , apatah lagi sebagai seorang isteri . Tetapi itulah hakikatnya.

Statusnya kini ialah isteri orang . Inai yang berada di jarinya pun masih belum pudar benar.
Perkahwinan ini bukanlah seperti Snow White yang bertemu dengan Prince Charming , sebaliknya demi memenuhi permintaan keluarga semata-mata .

Bukannya kontra mahupun tidak harmoni mahligai 'cinta' yang didirikan bersama Ikhwan Mustaqim ; seorang lelaki yang gentleman,penyabar melayan karenahnya dan cukup memahaminya.

Lebih kurang cam Prince Charming 'gak' , cuma mahligai itu seperti istana yang kosong bila ada benda yang belum perfect.

Ah ... Malaslah Qasya mahu fikirkan . 'Menyemakkan' otak sahaja ! Ada perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan dan untuk memenuhi otak yang 'kosong' itu.

Contohnya,hari ini first day Qasya bergelar seorang guru.Latihan selama 6 bulan untuk mengenyahkan rasa gentar yang menguasai dirinya ketika membaca namanya yang terpapar ditulis di papan kenyataan sekolah menengah harapan .

Di sekolah inilah yang akan dia taburkan bakti , mungkin jua sepanjang hayat yang dikandung badan . Hmm ,,, Cikgu Qasya Elina binti Mohd Razani , taklah buruk sangat. Cam ada class je ~ .
Hahaha ...

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now