5

909 44 0
                                    

"Assalamualaikum,semua".Qasya masuk ke dalam kelas 6 Bestari dengan wajah yang ceria.Of courselah,siapa yang tak ceria lepas baru mengisi sedikit makanan ke dalam perut yang bergoncang minta diisi.

Qasya meletakkan bukunya dan handbagnya atas meja guru.Dia sedikit terkejut melihat beberapa orang pelajar makan dalam kelas.Betul la kata Cikgu Haqym tu,yang pelajar-pelajar kelas ini sememangnya akan makan pagi dalam kelas.Kalau makan coklat tu bolehlah tapi kalau yang makan nasi tu,haish...Dah macam kedai mamak dah!

Hanya ketua kelas,penolong ketua kelas dan beberapa orang pelajar sahaja yang memjawab ucapan salam Qasya.Ada seorang pelajar,kalau tak silap Qasya namanya Daniela,makan nasi lemak dengan muka selamba je.Makan pulak tu sekali dengan air milo ais yang dibungkus dalam plastik!Macam buat Qasya ni tak de dalam kelas.Mungkin kerana perwatakan Daniela yang tomboy membuatkan dirinya senang diingati.

"Ok,semua...Simpan semua makanan dan minuman.Saya tak nak tengok ada atas meja kamu.Sekarang!"Arah Qasya.
"Alah,Cik Qasya.Kami lapar la.Kat rumah tu,memang la ada maid,tapi parents takde.Jadi,takde selera."Rungut Daniela atau lebih dikenali dengan nama Danny.
"Habistu,kat kelas ni ada selera la?"Soal Qasya dengan menaikkan kening kirinya.
"Yes,absolutely!Selera ni semakin bertambah bila ternampak wajah Cik Qasya yang cun ni!Hahaha".Semua pelajar bersorak 'betul'.

"Tak de,tak de.Simpan sekarang dan mulakan sesi P&P kita".Semua pelajar merungut tetapi dalam mereka merungut,tangan mereka tetap juga menjalankan tugas dengan menyimpan makanan dan mengeluarkan buku teks.

Walaupun semua pelajar mengeluarkan buku teks,tetapi masih ada lagi umat manusia dan hamba Allah tidak mengeluarkan buku teks.Siapa lagi kalau bukan...Daniel!Daniel hanya merenung Qasya yang beleter.

Apabila Qasya menyedari tindakan Daniel,Qasya membesarkan matanya dan mulutnya terkumat-kamit memarahi Daniel.Entah faham entah tidak si Daniel tu.Danial hanya buat 'bodoh' aje.Setelah Danial faham maksud Qasya,dia mengeluarkan buku teksnya dengan hentakan yang kuat di meja.Semua pelajar terkejut dengan tingkahlaku Daniel.Daniel menghadiahkan jelingan maut ke arah semua pelajar dan semua pelajar tunduk kerana takut dengan jelingan maut Daniel.Ye la,Danial 'kaki buli' dan bad senior kat sekolah tu!

"Ok,Ni kan first time saya mengajar kamu semua,kan?So,saya tak tahu prestasi kamu.Jadi,saya akan berikan soalan berbentuk lisan dan kamu perlu jawab secepatnya."Semua pelajar menghembuskan keluhan berat tanda tidak suka.
"Jangan risau soalan yang saya nak utarakan ni tak susah.Just chill"Kata Qasya untuk menyedapkan hati para pelajar 'kesayangannya' itu.

"Memandangkan saya tidak mengingati nama semua pelajar,jadi saya minta ketua kelas,Maisarah untuk menulis nama mengikut tempat duduk,ok?Sekarang ni saya hanya nak senarai nama."Qasya segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang dikhaskan untuk guru."Ok,cikgu.Nah.Ini senarainya".Maisarah selaku ketua kelas menyerahkan sehelai kertas kepada Qasya.
"Thank you".
Maisarah kembali ke tempat duduknya setelah memberikan senarai nama pelajar kepada Qasya.

"Orang yang bertuah kali ini adalah,Naqib Irwan Syah.Sila bangun".Sebaik sahaja Qasya memanggil nama seorang pelajar lelaki,Naqib semua pelajar yang lain menghembuskan nafas kelegaan."Soalannya adalah;berikan contoh wang yang sah digunakan sekarang."Semua pelajar tersenyum kerana soalan Qasya tidak sesusah yang dijangka.

Naqib menjawab tenang,"Wang kertas dan duit syiling".Qasya menganggukkan sedikit kepalanya menandakan jawapan yang diberikan Naqib sememangnya betul.
"Yang seterusnya,Daniela Umaira.Sila bangun".Qasya berkata sambil jarinya menunding ke arah Daniela.Daniela merungus tetapi tetap menegakkan badannya.

"Emm...Cik Qasya,saya happy sangat yang Cik Qasya ingat nama saya.Tapi,kalau boleh call me as Danny,ok?"Daniela or Danny menjawab sambil smirk.
"Suka hati kamulah,Danny.Soalannya berkaitan ngan Wang juga.Berikan contoh wang logam".Danny hanya membatukan dirinya.

"Danny,kamu dengar tak?".Soal Qasya kerisauan."Senang je kacang!Timah,aa...apa lagi,ek?Tak pelah cik Qasya gua tak ingat la bro.sorry bro."Kata Danny kasar."Aish,kamu ni.Kamu tahu tak kamu tu nak STPM tahu tak?Kalau kamu macam ni,tak berjaya la jawapnya"Leter Qasya."Tak pe.Lek ah~Banyak masa.Boleh ulang,Cik Qasya oi."Jawab Danny selamba sambil menyeluk tangan kannya ke dalam sakunya.

"Kamu ni!Dahla duduk.Ok,next.Sebelah Danny ajelah.Syed Daniel Iskandar,silakan".Inilah masanya untuknya membalas dendam dan menggunakan kuasa vetonya.'Aku kena bagi soalan susah ni.Padan muka!'Qasya memasang dendam dalam hatinya.

Macam biasalah dia akan meyeluk tangannya dalam poket seluarnya."Ok soalannya ialah;Wang komoditi adalah seperti lembu,kambing,ketulan garam,anak panah dan...?"Qasya mengajukan soalan kepada Danial.Danial terdiam seketika.

"Dan lain-lain".Jawab Danial selamba.Apa lagi...ketawa terbahak-bahakla satu class tu.Hanya Qasya sahaja muka merah padam menahan marah.Baru sahaja hasrat hati mengenakan si Danial tu tapi hasrat hati itu 'terbang' kembali mengenanya.

Qasya akui bahawa jawapan Danial tidak salah kerana dalam buku teks nahupun internet,ada tertulis Dan lain-lain.Cuma,jawapan itu tidak diterima oleh pemeriksa dan tak ada dalam skema jawapan."Amboi,senangnya jawapan kamu.Kamu sengajakan jawab macam tu sebab malas nak 'proses' otak kamu,kan?Memang bagus kamu ambil dalam buku teks,tapi jawapan tu salah,faham tak?Kenapa tidak ambil sekali tajuk buku teks th sekali?"Qasya smirk memandang Danial.Danial tidak tinggal diam,dia membalas smirk Qasya.

"Dah,la...Duduk!Buat pening kepala aje saya layan kamu ni!"Marah Qasya.Danial duduk dengan wajah tersenyum sampai telinga kerana berjaya mengenakan Qasya.Qasya menyambung semula pengajaran yang tertunggak.


"Assalamualaikum,Mak Piah...".Qasya menyapa Mak Piah alias mak cik kantin Sekolah Menengah Harapan."Waalaikumussalam.Ehh,Cik Qasya.Buat apa kat sini?Nak makan?"
Soal Mak Piah sambil mengelap sisa-sisa makanan yang bertaburan di atas meja makan guru."A'aa,Mak Piah.Lapar la...Tadi hanya makan roti dua keping and air milo buatan Mak Piah aje".Qasya melabuhkan punggungnya di hadapan Mak Piah."Yelah...Kamu tu kan ada gastrik,so kena la makan pagi even sikit.Dengar tu nasihat Mak Piah,Faham?"Pesan Mak Piah kepada Qasya seperti ibu memberikan nasihat kepada anak."Baik,bos!"Qasya membuat tanda salute kepada Mak Piah.Mak Piah dan Qasya tertawa riang.

Mak Piah menyusun langkah menuju ke kaunter bayaran.Qasya hanya membuntuti langkah Mak Piah."so,Qasya,kamu nak pesan apa?"
"Emm...Disebabkan waktu ni waktu breakfast,saya nak order Mee Hoon dan Air Sky juice aje la".
"Amboi,jaga badan nampak."Perli Mak Piah.
"Mana ada.Berapa harganya?"Jawab Qasya tersipu malu.
" 2 inggit aje".

Qasya membuka pursenya."Alamak,Mak Piah.Saya ada duit 'besar' aje la.Macam mana,boleh?"
"Berapa duit 'besar' kamu tu?"Soal Mak Piah sambil Mak Piah menekan punat cashier.
"50 ringgit"Qasya menjawab sopan.

"Nah,Mak Piah.Ambil duit ni.Bagi saya air Coke satu.Kira sekali yang Cik Qasya punya ni.And keep the change".Satu suara yang datang secara tiba-tiba,memeranjatkan Qasya.Tanpa disangka dan diduga,suara itu rupa-rupanya daripada 'budak wanted',Danial!

"Takpelah,Mak Piah.Saya bayar sendiri.Saya tak nak terhutang duit dan budi ni.Takut tak dapat nak balas balik".Qasya segera menjawab sebelum tangan Mak Piah menyambar duit Danial."Cik Qasya,saya nak tolong je.Letih nanti tangan Mak Piah nak kira syi baki cik Qasya.Dah la Mak Piah ni banyak kerja lagi nak di buat".Danial membuat suara ala-ala manja membuatkan bulu roma Qasya meremang.

"Kamu buat apa kat sini?"Qasya segera mengubah topik sebelum hatinya gugur."Beli air la.Buat pe lagi?"Balas Danial dengan gaya santainya.
"Amboi,awalnya kamu rehat.Semua pelajar tak de lagi,kamu dah ada dah.Bagus".Perli Qasya.
"Well,This is Danial,ok".Dada Danial mendabik ke hadapan tanda perasan!

"Euuu,perasannya".Qasya membuat gaya nak muntah di hadapan Mak Piah dan Danial."Dah,la pergi masuk kelas.Tak pasal-pasal kena marah nanti" Halau Qasya.
"Tak pe,Cik Qasya.Saya dah biasa kena marah.Cik Qasya jangan risau.Saya tahu Cik Qasya sayangkan saya,tapi tak payah la menonjol sangat.
"Tengok.Susah nak cakap dengan orang yang kuat perasan ni.Letih!".Qasya membuat muka meluat.Danial ketawa terkekek-kekek.

"Untungnya Mak Piah dapat tengok drama yang eksklusif depan mata."Suara Mak Piah yang agak kuat menyedarkan Qasya dan Danial daripada terus berlakon drama yang special."Mana ada..."Qasya segera menjawab takut-takut Mak Piah berfikir yang bukan-bukan.
"Tak pelah saya cau dulu.Bai,Cik Qasya!"Danial mengambil langkah yang selamat dengan segera mengundur diri sebelum 'detektif' Mak Piah menyoal apa-apa soalan yang memerangakap.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now