14

677 32 3
                                    

Qasya dan Ikhwan menikmati keindahan malam di beranda sambil melihat bintang yang menari di angkasa.Bangku yang terdapat di beranda dijadikan tempat 'melepak'.

"Awak..."Qasya ragu-ragu untuk menceritakan kejadian yang berlaku dekat sekolah tadi.Sejujurnya dia memerlukan cadangan untuk berbaik dengan bebudak 6Bestari.

"Emm,kenapa?"soal Ikhwan pelik.Biasanya Qasya kalau nak cakap atau meminta nasihat pasti sudah ditanya tanpa 'ketukan'.

"Awak...macam ni,petang semalam saya ada beli bahan-bahan nak buat kek and buatlah kek.Hajatnya nak buat untuk bebudak 6Bestari tu,tahu-tahu dia orang cakap idea saya ni childish.Saya pun tinggalkan kelas while nangis.Menurut awak,idea saya nak berbaik ngan dia orang guna kek childish,ke?"Qasya kembali bersila memusingkan badan menghadap Ikhwan.

Ikhwan ketawa terbahak-bahak dengar cerita Qasya.Sampaikan perut pun nak pecah rasa.Qasya mencebikkan bibirnya dengan kelakuan Ikhwan yang dapat dijangka jawapannya mesti idea Qasya ni childish.

"Emm...Saya rasa tak childish pon cuma...cute!Tak sangka pulak isteri saya ni se'cute' ni.Cuma sikit je la sikit childish."Ikhwan bersuara apabila tawanya beransur reda.

Qasya menjegilkan mata melihat Ikhwan.Kening kanan dan kirinya bertemu di tengah- tengah.

"Saya rasa ada baiknya kalau awak pergi minta maaf dengan bebudak tu."Ikhwan memberi saranan."Kenapa saya pula yang perlu pergi minta maaf kat dia orang?Sepatutnya dia orang yang minta maaf dengan saya kerana buat saya menangis."Qasya tetap dengan egonya.Jatuhlah maruahnya jika dia juga mengaku yang ideanya childish juga.

"Qasya,awak tak akan rugi apa-apa pun.Kerja?Kalau awak pergi minta maaf ngan bebudak tu,status sebagai guru hilang?Tak,kan?Kawan?Gaji pun masuk.Dan yang paling penting,awak tak hilang saya,suami awak yang sorang ni"gurau Ikhwan.Membahang la muka Qasya menahan malu dengan gurauan Ikhwan yang dia takkan hilang Ikhwan.

"Eii,awak ni kan.Kalau tak bergurau satu hari tak boleh,ek?"Karipap yang meniarap dalam pinggan di capai dan disuapkan ke dalam mulut.Ikhwan tersenyum melihat perubahan Qasya yang semakin hari semakin menerima kehadirannya di hatinya.

"Awak...suapkan karipap tu"Jari telunjuk Ikhwan menunding ke arah karipap.Ikhwan turut membuat muka cute supaya hasratnya dilaksana Qasya.

"Mengada...Tak naklah,Makan sendiri.Tangan ada,kan?Makan sendiri..."Qasya melemparkan wajahnya memandang bulan purnama yang bercahaya menyuluh Bumi.Ikhwan menundukkan wajahnya tanda hampa hasratnya tidak dipenuhi.

Ikhwan mengambil sendiri karipap dan disuakan ke mulut.Terpaksalah dia makan sendiri kerana Qasya enggan.

*****

Pelajar 6 Bestari bangun terlebih dahulu sebelum Qasya tiba.Mungkin mereka takut dan rasa bersalah dengan Qasya yang menyatakan dirinya childish.

Qasya hanya mampu tersenyum walau hatinya terluka.Dia perlu tersenyum supaya para pelajar tidak memandang rendah padanya.Biar tubuh rendah,asal maruah tidak rendah.

"Assalamualaikum,semua"Qasya memberi salam.Para pelajar menjawab dengan suara gementar.Mereka duduk sebaik sahaja mendapat keizinan untuk duduk daripada Qasya.

"Sebelum kita memulakan pembelajaran,saya nak minta maaf kepada kamu semua.Mungkin betul apa yang kamu kata,idea saya sememangnya childish.Saya minta maaf sekali lagi.Tapi,saya tak janji kalau idea saya lain kali tidak childish."Qasya menghembus nafas kelegaan selepas mengakhiri kata-katanya.

"Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan tahun.Saya nak kamu semua belajar bersungguh-sungguh.Ingat ibubapa kita yang berusaha keras untuk tengok kita berjaya.Danial,saya harap awak belajar bersungguh-sungguh.Paling tak pun lulus,faham?Kalau awak tak juga,saya tak tahu la...Ingat parents awak kat rumah.Saya bukan nak ikut campur urusan awak,cuma awak tak malu ke dah berkali-kali ulang exam ni,tapi hasilnya 'dot dot dot'.Awak tak kesian ke dekat parents awak?Ingat benda tu baik-baik,Danial.Kamu semua ambil juga apa yang saya katakan pada Danial ni.Saya bukan nasihat Danial sorang tapi kamu semua,faham?"

Qasya mengingati pelajarnya tentang peperiksaan penting yang akan dihadapi mereka.Takut-takut mereka lalai lagi dan akhirnya terpaksa mengulangi sekali lagi.Yang paling mengerikan sampai tua.

Danial bangun kasar.Jelas kelihatan dia sedang menahan marah.Dia mengangkat kaki keluar kelas.'semua orang tak paham aku!semua ingat aku happy sebAb aku kaya!Memang takkan ada orang yg paham aku!'getus Danial dalam hati.

Qasya hanya nampu menahan marah.Dia tak boleh nak buat apa.Nasihatkan Danial ?Memang tak la itu semua bagai mencurah air ke daun keladi aje.Sia-sia...

Qasya meneruskan pembelajaran seperti biasa.Hari ini diajar sedikit fast kerana takut tidak sempat menghabiskan sukatan.Masa yang dahulu pun dihabiskan untuk berkenalan,beramah mesra.

Tinggal lagi 5 minit masa kelas Qasya akan tamat.Danial mengatur langkah menuju ke kelas.Sengaja dia melepak di koperasi membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Tak sanggup melihat muka Qasya yang sudah menghinanya terang-terang.

****
"Qasya!"Haqym mengejutkan Qasya yang sedang mengelamun jauh tak ingat dunia.

Qasya mengerutkan dahinya.Haqym tidak senang duduk apabila di perlaku sebegitu."Awak ni Haqym,terkejut saya!Macam mana kalau saya ada sakit jantung?Siapa nak bertanggungjawab?"

"Sebab saya tahu awak tak ada penyakit sakit jantung la saya buat macam tu."Kalau jawapan yang tak berfaedah,cepat sangat dituturnya.Geram Qasya dibuatnya.

"ok ok...saya minta maaf,saya salah.Yang awak ni,kenapa termenung jauh?"Haqym meminta maaf sebelum Qasya memutuskan jawatannya sebagai Bffl Qasya.

Qasya menarik nafas,"Saya rasa saya tak patut kot bahas pasal parents dia.Haish,kenapa la saya bodoh sangat,hah awak?Saya bodoh,kan?".Qasya memandang wajah Haqym yang dipenuhi tanda tanya.

"Jap...siapa?apa?pasal apa ni?Tak paham wei."Wajah Haqym berkerut seribu.Qasya ketawa senget."Pasal Danial.Awak rasa saya perlu minta maaf ke?"Qasya menongkat dagunya memikirkan kesalahan yang dibuat.

"Emm...I think so.Awak,boleh tak kita stop berdrama kat sini?Saya dah lapar sangat ni.Perut saya ni dah berkeriuk-keriuk dah ni.Jom?"Haqym menyentuh perutnya yang sudah memasang 'lagu'.Qasya yang faham perangai sahabatnya segera bangun.Tas dicapai."Jom kita".Maka habis kisah tutup cerita drama Qasya.

"Awak,kita makan kat luar la.Dah muak dah makan kat sini.Boleh tak?",ujar Haqym.Qasya terdiam memikir sejenak."Emm...saya pun sebenarnya dah muak.Jom!"Qasya dan Haqym berjalan menuju ke kereta masing-masing.

****

"Hai,cik!Nak makan apa?Roti canai ada nasi lemak ada ha...ayam goreng pun ada!"Mamak pekerja di restoran itu bercakap persis Ipin dalam Upin dan Ipin.Qasya tergelak kecil.

"Hmm...Bagi saya roti canai aje la.Haqym?Awak nak apa?"Qasya bersuara lembut.Tiada sebarang jawapan daripada Haqym.Ternyata Haqym sedang mengayat sorang awek cun!

Qasya menapak menuju Haqym yang sedang 'try' awek cun."Abang,abang buat apa kat sini.Saya penat tunggu abang beli nasi ni.Jahat lah abang ni.Sape pompuan ni?",gurau Qasya.Perempuan yang di'try' kelihatan berang."Lelaki tak guna!"Perempuan itu memukul lengan sasa Haqym dengan beg tangannya.Haqym mengaduh kesakitan.Perempuan itu berlalu pergi dengan wajah yang marah.

Haqym memberikan jelingan tajam kepada Qasya.Qasya tersenyum malu."Awak,kenapa awak buat macam tu?",marah Haqym.Qasya membalas dengan memberi senyuman manis."Awak...saya buat macam tu sebab awak tinggalkan saya sorang diri tadi.Saya rasa saya ni macam orang gila bercakap sorang diri,tahu?".Suaranya bertukar garang.

"Ouh,ye ke?Minta maaf"Haqym menunduk tanda sorry."Dah la...saya malas nak terima maaf maaf daripada awak yang tak pernah datang dari hati.Jom!"Qasya berlalu pergi.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now