Kesemua pelajar SMK Harapan mula bersurai setelah perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari Isnin berakhir.Danial bersama Danny dan Naqib berlenggang ke bangunan yang menempatkan kelas mereka.
Suasana dalam kelas 6Bestari setanding dengan pasar jual ikan,sayur.Betapa kuatnya!Dahla kelas tu adalah kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang teramai.Pelajar dalam kelas itu sering dimarahai tetapi mereka buat 'bodoh' aje.
Kebanyakan pelajar lelaki duduk atas meja sambil berbual dengan 'makwe' masing-masing.Yang 'makwe'nya layan aje.Ada juga pelajar yang main bola sepak kertas.Lagi-lagi Danny!Ada juga yang tidur sambil didodoi mimpi.Sempat lagi,yew~!
"Cikgu Qasya datang!".Jerit seorang pelajar lelaki yang ditugaskan untuk menjaga masa mata pelajaran sambil berlari menuju ke tempat duduknya.Semua pelajar menuruti kerana mereka sudah tahu perkara sebenar Qasya yang garang apabila ada yang cuba 'main' dengannya.
Qasya berasa senang hati kerana semakin hari,pelajar itu mendengar setiap butiran kata yang dilontarkan."Assalamualaikum,semua".Salam Qasya di jawab baik sehingga bergema satu kelas."Ok,duduk".Semua pelajar melabuhkan punggung di atas kerusi masing-masing."Hari ini saya nak menguji potensi kamu semua.Jadi,saya ada sediakan ujian.Tujuannya supaya saya boleh tumpukan lebih sedikit kepada pelajar yang kurang memahami,boleh?".Kata-kata Qasya merubah muka-muka pelajar yang tersenyum menjadi berkerut seribu.
Qasya mula mengagihkan kertas ujian yang dibuat petang semalam.Hanya beberapa orang pelajar yang mukanya berseri-seri menerima kertas itu.Ada yang tidak.Yang paling teruk,Danial.Dia hanya termenung keluar jendela.Qasya ingin menegur tetapi tidak sanggup untuk bertikam lidah.
"Masa kamu 1 jam 30 minit aje.so,boleh mulakan sekarang".Qasya melabuhkan punggungnya di atas kerusi untuk menyiapkan kerja yang tertunggak.Qasya sempat berpesan,"I don't like people who are cheating n MENIRU".Qasya sengaja memelayukan perkataan meniru dan berkata sedikit kuat supaya pelajarnya alert.
Akhirnya 1 jam 30 minit telah melabuhkan tirainya.Semua murid berhenti menulis.Qasya sendiri yang mengutip kertas ujian a.k.a. latihan itu.Begitu semangatnya Cikgu Qasya ni!"Kamu semua boleh membuat kerja masing-masing sementara saya memeriksa kertas kamu.Tapi,jangan bising.Sesiapa yg bising saya denda berdiri di luar kelas dan cuci tandas seminggu".Ugut Qasya.
"Hai,Cikgu Haqym!"Sapa Qasya apabila ternampak Cikgu Haqym yang sedang menghirup kopi sambil bermain telefon bimbit Blueberry nya."Ouh,Hai Cikgu Qasya!".Balas Haqym apabila menyedari suara lunak Qasya menegurnya."Buat apa?"Soal Qasya."Tak de papelah.Saje"Balas Haqym.Haqym segera mematikan telefon bimbitmya kerana tahu kalau Qasya menegurnya pasti ada something yang dia ingin kongsikan bersamanya.
"Ada apa awak datang jumpa saya ni?Kalau takde pape pasti awak takkan jumpa saya,kan?"Tebak Haqym."Ni susah ada kawan hidung tajam ni.Pantang tipu ada je bau yang dihidu."Haqym dan Qasya tertawa bersama."Tak de apa pun.Cuma nak cakap apa yang awak cakap kat saya tu betul belaka.Pasal Danial.Ya Allah,susah sangat nak menangani dia.Dahla degil.Sering menyakat saya.Geram tau".Haqym tersenyum kerana hari ini Allah baru tunjuk sifat sebenarnya Qasya yg comel apabila complain something.Nasib baik la dia ni isteri orang,kalau tak dah lama hantar rombongan merisik ni!
"Kan?Saya pun tak tahan ngan dia.Kalau Tuan Pengetua lemah lutut dengan dia apatah lagi kita,Cik Qasya oi.Tapi,dia ada buat ape² kat awak yang buat awak terasa?".Risau Haqym sebab Qasya ni newbie pastu hot stuff pulak tu dibuli."Everyday!"Qasya menjuihkan bibirnya.
"Qasya,saya rasa saya kena pergi dulu sebab saya ada kelas sekarang ni.So,Bye!Jumpa nanti".Haqym megerlingkan matanya ke arah jam dinding bilik guru."Ok,Bye!"Qasya teriak kecil.'Apalah nasib kau Qasya.Dah la tak de teman gossip'.Qasya mengenang nasibnya dalam hati.Semua guru yang lain seakan-akan memulaunya.Kalau perempuan pun begitu,apatah lagi lelaki.
"Tak pe lah.Baik periksa kertas ni.Kang,balik umah tak dapat siap sebab ada 'tanggungjawab' besar yang wajib dilaksanakan".Qasya mencapai pen berdakwat merah dan kertas ujian pelajar-pelajarnya.Dia mula menanda jawapan pelajar-pelajarnya.
"Eh,jap.Baik aku pergi tengok jadual kelas aku.Mana tahu ada yang berubah".Qasya mengatur langkah menuju ke pejabat."Assalamualaikum,Kak Saleha".Sapa Qasya sebaik sahaja ternampak seorang perempuan yang bertubuh agak gempal merenungnya.Wanita yang diberi nama Saleha itu menghadiahkan Qasya raut wajah kemarahan."Kak Saleha,saya Qasya baru melaporkan diri beberapa hari lepas.Saya nak jadual kelas,boleh tak?"Qasya menjawab dengan senyuman yang manis "Jap,tengah cari!"Marah Saleha.
"Ha..Nah".Saleha memberinya dengan wajah yang tak ikhlas."Terima Kasih"Qasya segera cau takut-takut dileteri.Qasya melihat jadual yang baru diterima dengan perasaan yang marah dan terkejut.Kan Qasya jadi guru kelas 6 Bestari,so hari-hari dia akan jumpa 'mamat' poyo tu la.
Tanpa diduga,Qasya terlanggar seseorang.Habis berterabur buku-buku Qasya.Hanya perkataan maaf yang terpancul keluar dari mulutnya."Sorry,sorry...Saya tak sengaja.Awak,ok?Saya tak perasan awak tadi.Saya kadang-kadang tak langgar orang kalau saya tengah berangan sekali pun".Tipu Qasya.Aduh,kenapa takde respon ni?Tahulah lakonannya tak menjadi.Kali terakhir berlakon pun semasa menjadi ahli kelab drama sekolah menengah.Ini dah bukan bakat terpendam ni tapi,terendam!
Qasya mendongak takut-takut.Qasya terpempam seketika dihidangkan dengan sengihan panjang lelaki itu."Ala,tak pe.Tak kisah pun.Hi!I Syazril.You mesti Qasya Elina,right?I've heard about the got new stuff".Euww,gediknya!Hot new stuff lagi!Sejak bila Qasya jadi sejenis barangan.Menyampah!
Qasya tersengih dalam paksaan.Cukup sekadar hanya terangguk kecil tanda mengiakan.Tak sanggup dia hendak berlama-lama.Sekilas ikan di air,sudah tahu jantan betinanya,sekilas pandang,dah boleh detect rupa buaya.
Ops!Baru tersedar rupa-rupanya lengannya berada dalam genggaman tangan Syazril.Tahulah nak selamatkan dia daripada jatuh,tapi takkan nak pegang sampai 24 jam kot.Roti pun boleh expired tau."Err...tangan saya.Dah jammed ya tangan tu?You ada penyakit rheumatism agaknya,itu yang selalu kejang-kejang tu".Pedas dan bersahaja sindiran Qasya.
Syazril tersenyum lalu melepaskan tangan Qasya.Kedua-dua tangannya diangkat separa bahu tanda menyerah kalah.Tapi,senyuman sampai telinga.Meremang bulu roma Qasya,cepat-cepat dia melangkah pergi.Sayup-sayup masih kedengaran siulan riang Syazril diikuti dengan sapaan mesra Kak Saleha.
"Sally,slip gaji I dah ada?".Syazril sempat menerjah telinga Qasya sebelum Qasya keluar.Qasya segera berpaling melihat reaksi kak Saleha."Kejap,Ril.I carikan"jawab Saleha tersenyum manis sambil membetulkan rambutnya.'Amboi,ni dah kira kes pilih kasih ni.Kalau dengan aku tadi bukan main garangnya.Dengan Syazril ni bukan main lagi ya terlentok sana terlentok sini.Euu,macam sotong menari pun ada'.Sempat Qasya memberontak dalam hatinya sebelum meninggalkan Kak Saleha yang sedang 'menari'.
'Tak pe lain kali aku akan panggilnya dengan panggilan glamournya Kak Sally.Mungkin pas kut nama tu ngan dia.Ya lah perangai amboi lemah-gemalai.Sesuai macam Abang Salleh dalam Upin & Ipin.'Qasya memasang tekad.
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
De TodoNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...