"Tumiskan bawang.Biar sampai pecah minyak.Minyak boleh pecah ke?Apa benda la yang dia tulis ni.Masak aja la.Qasya kompem punya akan makan masakan aku."Ikhwan meneruskan 'show' masakannya.Buku resepi yang dibeli dalam perjalanan pulang di belek untuk melihat prosedur memasak makanan.Nasi goreng biasa menarik hatinya.
Aroma masakan menusuk hidung Qasya.Dia segera mengikut arah bau yang enak itu.Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Ikhwan sedang membuat 'cooking show' di dapurnya.
Qasya menghampiri Ikhwan."Apa yang awak buat?",Qasya menegur Ikhwan secara tiba-tiba.Bawang yang berada di dalam kuali tercampak ke luar kerana terkejut dengan suara Qasya."Ya allah,awak!Sorry sorry.Saya tak sengaja.Sorry sorry."Qasya mengutip bawang yang bertaburan.
Ikhwan hanya berdiam diri.Dia melihat sahaja kelakuan Qasya."Saya nak masak untuk awak la.Kesian saya tengok awak asyik masak untuk saya.Sekali-sekala saya nak juga masak untuk awak.Awak kan tahu yang saya ni busy man.Sementara saya free sekarang ni,baik saya guna sebaik mungkin with u."Ikhwan bersuara setelah diam seketika.
"Sejak bila pula awak jadi romantic ni?Pastu awak balik awal ni,boss awak tak marah ke?",Qasya mengelilingi Ikhwan.Dah macam polis menyoal pesalah pun ada.
Ikhwan berkerut seribu dengan kelakuan Qasya."Apa awak kata?Saya tak romantic?Yang saya lamar awak tu,tak romantic ke?Awak nak ke saya terlebih romantic?Kalau saya jadi overdose romantic nanti,lain pula yang jadinya."Kening kanan Ikhwan naik semacam.Meremang bulu roma Qasya dibuatnya.
"Eh,tak!Romantic romantic.Romantik giler!"Qasya mengangguk kepala selaju yang boleh.Hingga sekilas pandang,tengkuknya seperti ada spring yang fleksibel.Boleh jadi ahli gymnastic wanita pertama yang boleh menggeleng kepala paling laju.
"Baru je cakap belum buat lagi.Kalau buat haih...apa yang jadi agaknya?",usik Ikhwan.Senyumannya dileret ke kanan menampakkan lesung pipit yang sedia ada di pipi kanannya.
Qasya berlalu pergi.Lebih lama dia berada di situ,semakin merah pipinya macam mayat!Ikhwan tersenyum melihat tingkahlaku Qasya apabila diusik.Ikhwan menyambung kerjanya yang tertunggak sebentar.
Qasya menuruni tangga mendapatkan Ikhwan yang tengah menghidang lunch."Awak biar saya la yang buat semua ni."Qasya cuba mengambil pinggan yang berada di tangan Ikhwan tetapi ditepis Ikhwan."Takpe...Hari ni awak jadi Queen.Hari lain dah tak boleh dah.Jadi,enjoy aje.No bantahan!"Suara Ikhwan bernada tegas.Kecut perut Qasya.
"o...k.."Qasya mengatur langkah menuju ke meja makan.Ikhwan tersenyum gembira kerana Qasya menurut perintah.
"Ok,Nama makanan saya ialah Nasi Goreng Cinta Ikhwan.Harap tuan puteri dapat menikmati rasa cinta yang patik letak dalam masakan ni.Enjoy it!",Ikhwan memberi mukadimah.Qasya tersenyum malu.
Sudu yang berada di sisi pinggan dicapai.Dia memulakan suapan yang pertama.Ikhwan menanti dengan debaran."Emm...rasanya...sedap sangat!Kalah restoran bertaraf dunia ni!".Kembang kempis hidung Ikhwan dengan pujian Qasya.Dia yang tak tahu memasak dapat pujian kalah restoran antarabangsa.Wow!Amazing.
"Awak tak nak join ke?",soal Qasya sambil menikmati keenakan masakan air tangan Ikhwan."Tak pe la...awak makan dulu.Nanti saya join."Ikhwan mengambil tempat di hadapan Qasya.Berdebar-debar hati Qasya apabila di tenung Ikhwan.
"Awak..."Qasya memanggil Ikhwan apabila Ikhwan menenungnya lain macam.Ikhwan tidak menjawab sebaliknya dia semakin merenung dalam mata Qasya.Qasya menjadi tidak senang duduk.
Ikhwan mengambil pinggan dan menyedok nasi goreng 'cinta'nya.
*****
"Danial,Saya minta maaf pasal semalam.Saya mengaku saya salah.Saya langsung tak de hak untuk berbicara begitu.Saya minta maaf sekali lagi.Ok...tutup kisah habis cerita.Saya just nak bagitau yang hari ni hari last saya mengajar di sini".Pelajar 6Bestari kelihatan terkejut.Qaisara bersuara,"Cikgu,bukan ke cikgu kata cikgu guru kelas kami,ke?Kenapa last day pulak tetiba?".Qasya tersenyum."Haish...kamu ni.Saya tak habis cakap lagi,kamu dah potong.Saya nak cakap yg saya takkan mengajar kamu minggu depan sebab...adalah.Rahsia!"Para pelajar menghembus nafas kelegaan.Begitu sayangnya pelajar kepada Qasya.
"Let's continue our lesson!",kata Qasya bersemangat."Sure!".Bergegar satu kelas."Tiba-tiba kelas ni jadi kelas B.I pulak ye?".Berderai tawa pelajar dengan gurauan Qasya.
"Kamu semua boleh buat latihan.Nanti saya check".Para pelajar terkebil-kebil melihat Qasya.Mana tidaknya,baru diajar 15 minit,sudah kena buat latihan.Dahla faham suam-suam aje.
Qasya melentokkan kepalanya di atas meja.Peluh yang membanjiri dahi dibiarkan.Tidak lagi larat untuk mengajar.Para pelajar tidak menyedari keadaan Qasya kerana sibuk memikirkan jawapan.
"Sofee,kau bawak sapu tangan tak?!",pekik Danny kepada Sofee.Siapa tak kenal Sofee si Ratu sapu tangan.Tanpa banyak soal,Sofee melontarkan sapu tangan ke arah Danny.Sapu tangan Sofee selamat sampai dalam genggaman Danny.
Danny menolak kerusi ke belakang dan menapak menuju Qasya yang tidak berdaya.Sapu tangan Sofee mendarat di dahi Qasya.Terserlah kebaikan Danny yang selama ini hanya membuli orang.Perempuan tetap perempuan walaupun berubah menjadi tomboy.
Danial mengangkat kaki keluar kelas.Qasya membiarkan Danial berbuat demikian.Tidak sanggup bertikam lidah dengan Danial saat saat genting begini.Danny tetap mengelap peluh yang keluar merintih di dahi Qasya.Sedikit pun tidak berganjak.
Danial kembali ke kelas membawa segelas susu dan beberapa keping roti."Cik Qasya,bangun jap minum susu ni."Qasya mengangkat kepalanya dan minum segelas susu panas.Danny berhenti mengelap dahi Qasya.
"Cik Qasya makan sekali roti ni.Pesan Mak Piah,Cik Qasya kena makan sarapan tu.Jangan nak 'ponteng' pula,faham?".Lagak Danial bercakap sama seperti Mak menasihati anak.Atau mungkin bapa menasihati anak.Qasya mengangguk lemah.
Danny dan Danial kembali ke tempat duduk mereka."Kenapa kau tetiba jadi Romeo pulak ni?Prihatin kat orang.Biasanya kau buli orang tapi sekarang...erk.Kau ok tak?",ejek Danny.
"Sekurang-kurangnya aku ada gelas n pinggan yang Cik Qasya makan.Sementara kau?Tak de pape,kan?"Danial menayangkan gelas dan pinggan di depan Danny."Tolong sikit ok.Aku ada gak sapu tangan Cik Qasya.Bukan ke tu gelas yang Mak cik kantin punya,ke?Nampak sangat kau ni tak ok.",Danny menebar sapu tangan Sofee untuk menyimpannya dalam saku baju sekolah.
"Kamu semua buat latihan tu.Soon saya check.Saya dah tak larat sangat ni.Saya nak pergi balik rumah berehat.Qaisara kamu jaga kelas ni baik-baik.Dan kamu semua dengar arahan Qaisara,ok?Qaisara,tulis nama pelajar yang tak dengar kata.Orang tu siap siap la.Faham?".Sempat lagi Qasya berbicara walaupun badan sudah tidak bermaya.Qasya keluar kelas dalam keadaan lemah longlai.Ada sahaja pelajar yang ingin menolongnya tetapi ditolak nya.
****
Telefon bimbit yang berada dalam handbag di ambil nya.Qasya mendail nombor Bffl nya."Assalamualaikum,Qym.Saya nak beritahu yang saya kerja suku hari hari ni.Saya letih sangat.Gastrik kot.Tadi tak sempat nak sarapan.Terbangun lambat.Awak tolong bagitau TP boleh tak?".Qasya menunggu sebentar supaya enjin 'sebati' dengannya.
"Waalaikumussalam,Sya.Awak buat apa sampai terlewat bangun?Nanti saya bagitau Tuan Pengetua sebab sekarang ni saya tengah mengajar.Awak berehat la kat rumah.Berehat lama sikit supaya cepat sembuh.Nanti saya rindu pula dengan Bffl saya yang osem ni!",ujar Haqym.Qasya ketawa sebaik sahaja mendengar perkataan 'rindu' daripada Haqym.
"Ye la ye la.Nanti saya rehat lama-lama,ya?Hahaha...Dah la saya nak gerak ni.Enjin pun dah panas,so Bye!Assalamualaikum."Qasya mematikan phone dan memulakan journey pulang ke rumah.
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
RandomNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...