"Saya silap kira hari ke?" Qasya bertanya dingin.Pandang suami yang sedang bersiap depan cermin.Yang pasti bukan pakaian kerja.Dia yang baru sahaja selesai sediakan sarapan dan masuk semula ke dalam bilik,sedikit terperanjat.
"Nak mula la tu..." Ikhwan menjeling dalam cermin.
"Mula apa?" Tanya Qasya.Tunjuk muka tak besalah.
"Nak cari gaduh",jawab Ikhwan.
"Siapa yang mula dulu?",balas Qasya.
"Sayang, please..." Ikhwan pusing badan. Berdiri menghadap Qasya yang berubah 360°.Menjadi dingin plus 'gangster' selepas dia menyatakan isi hatinya tempoh hari dan semenjak berhoney madu . Dia rindu isterinya sentiasa manja dan ingin dimanjakan.
"So stylo semacam ni nak ke mana?Qasya bertanya sambil kaki memanjat katil.Beserta niat ingin melelapkan mata yang terasa agak berat untuk dibuka.
"Dating la." Ikhwan senyum. Labuhkan punggung di sisi katil.Pandang wajah isteri yang sedang terbaring lesu.Ya! Dia dah boleh baca perangai Qasya kalau datang bulan.Jadi,sebagai seorang suami yang ohsem dia perlu ambil tahu akan hal yang sebegini.
"Oh... selamat berdating la ye." Qasya pusingkan badan.Mengiring membelakangi Ikhwan. Alamak! Rasanya dia bakal kalah.Sebab Ikhwan dalam proses nak pujuk dia.
"Jom!" Ajak Ikhwan sambil pegang bahu Qasya,pusingkan badan isterinya supaya menghadap dia semula.Sekali lagi senyuman manis dihadiahkan kepada Qasya. Tangan pun dah mendarat ke wajah isteri,mengelus lembut dengan harapan Qasya akan bersetuju dengan ajakannya.
"Eh,awak yang nak dating, kan.Kenapa ajak saya pulak ni?Saya penat la.Semalam dah keluar.Hari ni malas nak keluar.Nak lepak kat rumah je."
"Penat ek?Okey!" Ikhwan ambil langkah drastik.Angkat batang tubuh Qasya dari pembaringan dan gendong menuju ke bilik air.Dia sanggup mandikan Qasya kalau dah isterinya penat giler.
"Ya Allah! Apa ni?Awak! Baik awak turunkan saya sekarang!" Qasya beri amaran.Cuba nak lepaskan diri, tapi tak boleh.Ikhwan dah siap bukakan pintu bilik air.Adeh! Laki dia nak buat apa ni? Takkan nak mandikan kut? Mati hidup semula pun,takkan!
"Tadi kata penat?"
"Yalah.Memang la penat. Sebab tu saya tak nak keluar,tak nak buat apa-apa. Nak tidur je." Qasya beri alasan.
"Tak boleh. Awak kena temankan saya juga hari ni.Esok dah nak balik Malaysia,so hari ni kita jalan puas-puas.Penat kan? Nanti suami awak yang ohsem ni mandikan ek? Awak tu tak delah berat mana pun.Senang sikut kerja saya."
"Awak! Memang la esok balik.Tapi,seriously saya letih giler. And...awak jangan nak ngada ngada.Saya tak de mood.Awak faham tak? Boleh tak awak bagi saya sedikit masa untuk rest?" Suara Qasya semakin mengendur.Rasa tak larat plus tak bermaya pun ada.
Ikhwan yang mendengar terus mematikan niat.Wajah isteri yang masih dikendong dipandang lama.
"Penat sangat ke?" Soal Ikhwan,lembut.
"Boleh tahan la. Rasa tak selesa sangat," jawab Qasya lembut.Sungguh! Soal merajuk dia dah letak tepi.Tapi soal ketidakselesaan,dia tidak mampu menipu.
"Okey. Saya temankan awak tidur ek. Kita keluar lepas zuhur." Ikhwan letakkan semula Qasya atas katil. Kemudian,dia turut memanjat katil dan berbaring sebelah isterinya.Tanpa sedar,dia terlena. Satu benda baru yang harus diakui, tempat paling selesa untuk berehat adalah di sisi isterinya,Qasya. Sampaikan ada kalanya dia mengaku,dia payah berenggang.
Usai solat zuhur, mereka sama sama keluar.Walaupun pada masa itu,mood Qasya tetap sama.
Qasya jeling Ikhwan.Dah kenapa pula tiba-tiba beralih tempat duduk? Elok saja tadi dia tengok Ikhwan duduk di hadapannya.Tiba-tiba saja Ikhwan bangun, lepas tu bangun dan labuhkan punggung di sebelahnya. Berhimpit pula tu. Ikhwan tak tahu ke isterinya ni tengah merajuk? Isteri dia ni masih lagi dalam keadaan hormon tak stabil.Dia ikut juga Ikhwan keluar tadi kerana dia tengok Ikhwan bersungguh-sungguh pujuk dia tadi.
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
RandomNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...