Ikhwan toleh ke belakang 'mengintai' Qasya yang tengah memberi salam terakhir.Tangan ditadah untuk berdoa memohon kepada yang Maha Esa.Qasya turut mengaminkan doa sebaik sahaja doa selesai dibaca.Ikhwan memusingkan badan menghadap Qasya."Sayang."Dia menghulurkan meminta Qasya menyambut.
Qasya mempercepatkan lipatan kain sembahyang.Tangan Ikhwan disambut dan dikucup lembut.Sejuk hati Ikhwan melihat Qasya yang mula menyesuaikan diri dengannya selepas lamaran tempoh hari.
"Sayang,abang rasa abang nak bawa sayang pusing-pusing Paris.Dan...sayang tak boleh nak bantah!Tapi,kalau sayang letih cancel je la.Sayang penat lagi ke? " Tangan Qasya dilepaskan selepas hasrat di hati berjaya diluahkan.Raut muka Qasya mula berubah.Berubah menjadi rasa malas nak ikut sekali 'lawatan' Ikhwan walaupun masih petang.Penat di badan masih lagi belum surut.
Dalam masa yang sama,Qasya merasa bersalah dengan Ikhwan.Permintaan Ikhwan selalu bad timing.Bila right timing,tidak pula disuarakan."Letih memang letih.Tapi,saya tak sanggup tengok awak sedih sebab saya.Jadi jawapannya,yes!"
Ikhwan menjerit hooray apabila Qasya memberi kata putus yang didambakan.Qasya tertawa melihat kelakuan Ikhwan.Penat hilang tiba-tiba dengan suasana happy.
"Sayang siap siap,abang ada hal jap.Bila sayang dah siap,sayang tunggu abang kat lobi.Bai,sayang!" Sempat lagi Ikhwan kucup dahi isterinya.Tersenyum sampai telinga la si Qasya.Nasib baik la Ikhwan sudah hilang dari pandangan,kalau tak jatuh air muka Qasya walaupun depan suami sendiri.Qasya menyambung melipat kain sembahyangnya.
Qasya melabuhkan punggung atas kerusi di lobi.Empuk sangat kerusi tu sampai terlompat-lompat Qasya dibuatnya.Kalau ada orang yang lalu,Qasya berhenti lepas tu sambung balik.
Satu suara lelaki dari arah belakang menghentikan perbuatan Qasya.Dia toleh sedikit ke belakang.Suara 'lelaki' itu rupanya dari suami tersayangnya.Kedua tangan Ikhwan tersorok di belakang persis cikgu disiplin menjaga pelajar menjalani peperiksaan.
Qasya bangun sedikit demi sedikit.Tak nak lah nampak drama sangat.Buat malu kaum perempuan je.Ikhwan menapak ke arah Qasya.Same as Qasya.Kalau buat drama mesti meleTOP habis!Jalan perlahan lahan ditiup angin sepoi sepoi bahasa tapi untuk kali ni aircond sepoi sepoi tuturan dah.
Ikhwan menghulurkan sejambak bunga melur yang tersusun elok dalam plastik yang bermotif bunga.Qasya menerima dengan sedikit getaran di dada.Terharu plus malu dengan ramai orang berkerumuni.Mereka bersorak bertepuk tangan macam diupah pun ada.
"So,inilah hal awak?" Qasya membawa sejambak bunga melur dalam dakapan.Dia menghidu satu persatu bunga melur.Wangi,hanya perkataan itu yang boleh diberitahu menggambarkan bau bunga itu.
"Absolutely,sayang." Ikhwan menghulur tangan macam prince hulur tangan untuk princess.Dalam malu malu Qasya tetap sambut.Keinginan hati,mahunya tidak disambut.Tapi apabila memikirkan soal Ikhwan,mesti Ikhwan malu dengan tolakannya.Dah la depan ramai orang pulak tu walaupun orang asing.Silap hari bulan bergema satu hotel dengan gelakan para tetamu.
Qasya meneliti susunan bunga melur seraya senyuman terukir di bibir.Walaupun bunga melur hari hari tengok,tapi tak pernah puas.Feveret la katakan!Qasya tersentak apabila terasa tangganya dalam genggaman.Tangan Ikhwan menjalar turun sampai ke tapak tangan Qasya.Geli geleman dibuatnya.
Ikhwan mengatur langkah menuju ke kereta,luar hotel sambil menggenggam erat tangan Qasya."Erk masa bila pula awak ada kereta BMW Z4?Tak pernah nampak pun sebelum ni." Qasya pelik.Semenjak hari pertama lagi kahwin belum pernah lagi dia lihat Ikhwan guna kereta BMW Z4.Asyik asyik guna kereta buruk dia tu,Corolla Altis.
YOU ARE READING
A Cupboard Love❤
RandomNur Qasya Elina ; Qasya ♡ Ikhwan Mustaqim ; Qim suka sama suka . Namun suka itu tidak bermaksud cinta . Lantaran hati belum bersedia . Mereka terpaksa dinikahkan atas kemahuan keluarga . Qasya ditakdirkan menjadi pendidik di Sekolah Menengah Hara...