11

680 32 0
                                    

Haqym melambai tangan kanannya sebaik sahaja ternampak satu susuk tubuh yang dikenali,Qasya.Qasya mengatur langkah menuju meja Ikhwan yang hanya bersebelahan dengan mejanya."Selamat pagi,Qasya"Haqym memulakan muqadimah.Di sambut mesra salammya.

Qasya mengambil tempat di tempatnya bersebelahan Haqym.Dia mula menyediakan bahan-bahan pembelajarannya.Haqym hanya menjadi pemerhati."Qym,saya pergi dulu tau.Takut lambat nanti"Qasya mengundurkan diri."Ok.Mengajar leklok tau".Haqym melihat pemergian Qasya sampai di hadapan pintu pejabat.

Qasya menapak menuju ke bilik darjah 6Bestari yang berada di hujung koridor tingkat 2.Dia memegang buku- buku di lengan kanannya.

Kelas pelajar 6Bestari kelihatan lengang dengan suara-suara bak mulut murai.Ketua kelas,Maisarah berdiri tanda hormat diikuti pelajar yang lain apabila Qasya memberi salam.Bergema laungan menjawab salam yang diberikan.

Semua pelajar mula duduk sebaik sahaja melihat tangan Qasya membuat tanda duduk.Bunyi yang sangat membingitkan telinga mula berlagu."Hari ini saya nak kamu semua buka buku teks muka surat 22.Baca sekejap dan saya akan terangkan kemudian.Siapa yang saya tengok tidak baca,saya akan denda."Qasya bersuara tegas.Pelajar-pelajar 6Bestari tertunduk membaca buku teks yg terbuka di atas meja minta dibaca.Danial yang kebosanan,bangun dari tempat duduknya.Gayanya seperti ingin memonteng kelas Qasya.Pelajar lain hanya buat dunno aje sebab mereka tahu,nanti mereka akan di hadiahkan jelingan maut Danial.

"Danial!Awak tak boleh skip kelas saya!"Qasya cuba menghalang Danial."Cik Qasya,saya cuma dahaga.Nak pergi beli minuman.Cik Qasya nak?Saya boleh belanja.Nak minum apa?"Danial mengeluarkan kedua tangan daripada koceknya.Sekali tengok Danial ni macam mamak yang jual roti canai tepi jalan.

"Tak payah nak Lb la!"Marah Qasya."Lb?"soal Danial kebingungan dengan sinkope yang ditutur Qasya."loyar buruk la.Dah dah masuk balik tempat duduk awak."arah Qasya bernada tegas."Saya tahu,kalau saya takde kat sini,mesti cik Qasya rindukan saya,kan?Alololo comelnya Cik Qasya ni.Kalau rindu cakap aje la.Tak perlu lah nak berkek lapis."gurau Danial membuatkan Qasya malu.Kawan-kawan rapat Danial apa lagi,bersorak la menambahkan lagi malu Qasya.

Danial segera meninggalkan kelas apabila pipi Qasya bertukar warna.Habis percakapan Qasya tergagap-gagap menahan malu."Dah dah semua sambung baca buku teks."Qasya duduk di atas kerusi untuk menyambung kerja yang tertangguh akibat melayan karenah Danial.

10 minit yang di berikan kepada pelajarnya untuk membaca buku teks telah melabuhkan tirai.Qasya bangun dan menerangkan apa yang tertera dalam buku teks.Semua pelajar kelihatan fokus memandang Qasya kerana takut dengannya walaupun tubuhnya kecil molek.Biasalah,belajar awal pagi memang mudah untuk membuatkan pelajar mengantuk dan hanya sekadar mengangguk entah faham entah tidak.

Pelajar yang mengantuk hanya menahan mata daripada tertutup takut-takut Qasya akan mendendanya.Tinggal lagi 5 minit masa pembelajaran Qasya.Pelajar-pelajar yang tadi hanya melentok sana melentok sini,kembali cergas,menegakkan badan.Danial yang tadi melepak di pondok bacaan,segera kembali ke kelas apabila masa pembelajaran hendak tamat.

***

Qasya memanjangkan lehernya untuk mencari kelibat Haqym supaya dapat meluahkan isi hatinya yang panas membara.Dia menanti dengan penuh kesabaran.Penantiannya berakhir apabila ternampak susuk tubuh yang tegap menghampirinya.Dia tersenyum sampai telinga melihat Haqym.

Haqym duduk bersebelahan Qasya."Amboi,happy nampak bila sya datang.Kenapa?Dah rindu ke,BFFL awak ni?"gurau Haqym.Ye la,siapa yang tak pelik lihat kawan tersenyum-senyum bahkan tersengih-sengih."Saya...nak mengadu aje kat awak".Haqym mengeluh.Asal cari dia mesti curah,asal curah mesti dia.Tapi,dia happy sekurang-kurangnya ada juga wanita yang ingin ber BFFL dengannya.

"Kenapa?"Haqym menanya dengan excited."Ni mesti tak lain tak bukan,pasal Danial tu,kan?"Haqym menebak dan tanpa diduga,tepat lagi benar."of course!100 markah untuk awak."Qasya menayangkan 10 jarinya yang di anggap seratus.Terbit senyuman di bibir Haqym melihat telatah Qasya yang macam budak-budak tapi cute.

"Tadi,saya bagila 10 minit supaya pelajar membaca buku teks sebelum saya memulakan pembelajaran.Si Danial tu,boleh pulak dia lari.Tahulah puas tapi tak payahlah lari.Huh!Pastu saya tahan la.Dia tu kan kalau tak loyar buruk satu hari memang tak sah!Ee...geramnya!"terangnya panjang lebar.Sepanjang dia menerangkan apa yang terjadi,Haqym hanya tersenyum kadang-kadang ketawa kecil.

Haqym mula bersuara sebaik Qasya menutup ceritanya,"Ala...lama-lama awak akan biasa la tu.Saya pun mula-mula macam awak.Saya lagi teruk siap demam sebab tak pernah jumpa orang yang macam tu.Hahaha..."Dia ketawa mengenangkan kejadian yang berlaku pada dirinya dahulu.Mula-mula memang malu tapi apabila dikenang menjadi lucu pula.Kalau cerita dekat cucu-cucu ni mesti pecah perut mereka semua.

Tiba-tiba perut Qasya berkeroncong memainkan lagu Kuch Kuch Hota Hai.Dia segera mengundurkan diri untuk pergi ke kantin sebelum penyakit gastrik datang kembali menguasai dirinya."Qym,saya nak pergi kantin jap.Dah lapar sangat ni.Tadi tak sempat breakfast."

"Jom,kita pergi bersama.Saya pun lapar gak.Boleh,kan?"Soal Haqym sambil mendorong kerusi ke meja kerjanya.Qasya dan Haqym keluar dari bilik guru bersama-sama.Cikgu Felicia,guru yang popular dengan Mrs.GossipMossip,mula menyebarkan khabar angin tentang keakraban Haqym dan Qasya apabila dia melihat Qasya dan Haqym jalan bersama.

Sepanjang perjalanan menuju ke kantin,guru-guru lain mula berbisik-bisik antara satu sama lain pasal Qasya&Haqym.Mereka hanya buat dunno aje sebab mereka benar.Buat apa takut kalau benar.Lainlah kalau salah,memang patut malu!

"Assalamualaikum,Mak Piah".Haqym menegur Mak Piah yang sedang sibuk mengelap meja."Waalaikumussalam,Haqym.Eh,Qasya pun ada".Mak Piah memberhentikan kerjanya sebentar.Tubuhnya dipusing ke belakang memandang Haqym dan Qasya pasangan BFFL yang sejati.

"Kamu berdua nak makan apa?"soal Mak Piah."Emm...saya nak makan mee goreng.Qasya?"Haqym memegang dagunya semasa hendak memesan makanan."Mak Piah,bagi Qasya maggi goreng aje la",beritahu Qasya.

Mak Piah segera menuju ke dapur kantin untuk menyediakan makanan yang dipesan mereka.Haqym dan Qasya mengambil tempat di meja makan guru.Mereka berbual-bual kosong sementara menunggu Mak Piah menyiapkan makanan yang di order.

Jam di dinding menunjukkan jam 10.00 pagi.Sepertinya,Mak Piah mengambil masa selama 15 minit untuk menyiapkan 2 menu makanan.Mak Piah meletakkan sepinggan mee goreng dan sepinggan maggi goreng di atas meja.

Mereka menyentap makanan yang terhidang di depan mata.Mak Piah juga turut join Qasya dan Haqym makan sementara guru-guru yang lain belum sampai ke kantin lagi.Mereka berbual-bual dan ketawa.Nasib baiklah tiada orang kat situ kecuali pekerja kantin yang lain,kalau tak mereka kelihatan seperti orang yang tidak waras.

Ikhwan dan Qasya meninggalkan kantin apabila perut yang kosong sudah penuh diisi.Mereka menuju ke bilik guru kerana masing-masingnya sebentar lagi akan mencurahkan ilmu kepada para pelajar Sekolah Menengah Harapan.

A Cupboard Love❤ Where stories live. Discover now